Cemburu
Friday, April 06, 2012
CEMBURU
Tidak senang melihat kelebihan orang lain.
Sungguh!
Cemburu yang MEMUDARATKAN itu hakikatnya merugikan diri. Hati tidak akan tenang. Jiwa akan kegelisahan. Lebih parah, memberi impak negatif, bukan sahaja kepada orang yang dicemburui tetapi empunya badan sendiri.
Cara atasi :
1- Banyakkan istighfar ~ Moga ALLAH menyucikan hati. Jiwa yang kotor, mudah dihinggapi penyakit. Mudah tidak keruan.
2- Banyakkan membaca al-Quran ~ Dengan ingat DIA hati kan tenang. (Ar-Ra'ad, 13:28)
3- Positif ~ Setiap makhluk ALLAH telah ditetapkan rezekinya. Terima ketetapan ALLAH dengan reda. Dalam masa yang sama, tingkatkan usaha untuk berjaya. Insya-ALLAH, boleh! (Ar-Ra'ad, 13:11)
4- Menangis ~ Menangislah dalam penyesalan... jika cemburu itu hadir dari hati yang sakit, moga ALLAH ampun dosa.
Namun sekiranya cemburu itu disebabkan oleh lumrah insan (Contoh: Sang isteri cemburu melihat kemesraan suaminya dengan wanita lain), menangislah untuk meluahkan rasa hati. Awas! Usah biar rasa cemburu itu menguasai diri.
5- Bermuhasabah ~ Tidak ada seorang manusia pun di atas muka bumi ini yang sempurna. Moga-moga dengan koreksi diri ini dapat membawa kita kembali, mendekat kepada PENCIPTA.
....
....
....
Ya ALLAH, lindungi hati, perasaan dan jiwa kami daripada sikap cemburu yang memudaratkan.
Dan apabila hamba-hamba-KU bertanya kepadamu tentang AKU, maka (jawablah), bahawasanya AKU adalah dekat. AKU mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepada-KU, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-KU) dan hendaklah mereka beriman kepada-KU, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Al-Baqarah, 2:186)