Usah bersangka-sangka, wahai diri...

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah. Alhamdulillah. Sihat walafiat bersama suami dan insan-insan tercinta. Bagaimana dengan hujung minggu sahabat-sahabat? Harapan Muthiah agar semuanya baik-baik belaka.

T_______T

Peringatan buat diri... juga buat mereka yang mahu memikirkannya ...


Usah kita gemar bersangka-sangka kerana...

  • Boleh jadi apa yang kita sangkakan itu meleset sama sekali. Tanyakan sendiri, "Apa khabar hati dan jiwa?" Percayalah. Orang yang bersih dan tulus hatinya tidak akan mudah meletakkan persangkaan yang bukan-bukan pada orang lain. Mereka tidak akan cepat melatah dan gemar mencari kelemahan orang lain. Khuatir... kita gusar hati yang sepatutnya sentiasa mengingati ALLAH itu penuh dengan bintik-bintik hitam... hina dan lagi keji dek perasaan yang tidak menguntungkan siapa-siapa.

  • Jika persangkaan itu dikongsi dengan orang lain... AWAS! Bisa menjadi fitnah yang akan membinasakan dirimu sendiri [ayat ancaman]. Iyalah. Sekiranya betul apa yang disangka, disebarluaskan pula... akan jadi mengumpat. Mengumpat itu sendiri dikeji ALLAH dan Rasul. Fitnah pula? Lebih teruk dari berzina. Demi ALLAH, jika diri tidak dimaafi pula oleh yang kena fitnah, tunggulah penghitungan daripada-NYA (~_~). ***Hii... Muthiah sengaja membuat mode 'keras'. Terkesan? Hmm... tidak memberi impak langsung! Tidak apa... hidayah itu hanyalah daripada-NYA. ***

  • Sakit sendiri jadinya. Kenapa? Berbalik kepada hati. Iyalah. Hati yang sakit tidak akan berasa nyaman dan tenteram. Agak-agaknyalah... hobi mencari kelompangan orang lain itu menyesakkan otak sendiri, atau tidak? Agak-agaknyalah... kegemaran suka bercerita keburukan orang lain itu secara batinnya dapat menggembirakan hati, atau tidak? Tepuk dada, tanya iman. Beringat-ingatlah sentiasa, wahai diri yang selalu alpa dan lupa.

  • Tandanya... kita jauh daripada TUHAN. Ish. Suka-suka hati sahaja. Hmm... boleh jadi ya, dan boleh jadi tidak. Semua keberangkalian tetap ada. Orang yang hampir dan dekat dengan TUHAN tidak akan punya masa untuk bersangka-sangka sebenarnya. Hidupnya... matinya hanyalah untuk mengabdikan diri kepada ALLAH. Bukan itu sahaja, benaknya hanya memikirkan tentang ISLAM dan perjuangan. Persoalannya, bagaimana pula dengan seseorang yang melorongkan dirinya untuk disangka-sangka?

  • Tanpa sedar, kita sedang membazirkan diri sendiri. Sepatutnya, kita mengemaskini blog tetapi masa yang ada... kita berfikir dan terus berfikir tentang kelemahan orang lain. Tidak nampak? Kita cari dan terus mencari. Bayangkan... 30 minit digunakan untuk mencari kelompangan. 30 minit pula diperuntukkan untuk menyebarluas kecacatan. Huhu... Kalau tidur pun sedap (^____^).

Ehe. Mode merapu yang entah apa-apa. Moga dapat direnungkan bersama. Usah fikir tentang orang yang bersangka-sangka dengan kita. ALLAH ada. Keadilan dan kesaksamaan-NYA tidak dapat dipertikaikan lagi. Serah sahaja 150% pada DIA yang Maha Segalanya. Namun, fikirkan...

Usah kelompokan diri kita menjadi salah seorang yang bersangka-sangka itu kerana kita sendiri sudah tahu... ALLAH MAHA TELITI PENGHITUNGAN-NYA (")

Muthiah : Senyum pada si pengembara pada waktu malam T________T
Labels: | edit post
0 Responses