Hisy... SMS siapa ni???
Tuesday, June 21, 2011
Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah. Sihat walafiat di samping insan-insan tercinta.
Hmm.. Apakah yang boleh kutulis hari ini? Ehe....
SMS, oh sms...
Persoalan;
- Dalam sehari, berapa banyakkah kawan-kawan mengirimkan sms? - Jika ikut sen, berapa sen habis?
- Siapakah penerima sms tersebut? - Mak... ayah... kawan-kawan... kekasih... suami... anak???
- Apa yang ditulis di dalam sms tersebut? - Sesuatu yang bermanfaat atau lagha???
- Setiap apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan oleh TUHAN. Bersediakah kita? - Dengan apa yang telah kita kirimkan melalui sms tadi.
^_____________________________^
Oleh sebab sedang ketandusan idea untuk bercorat-coret di sini, Muthiah ingin berkongsi kisah santai yang ...
Buat kita senyum sendiri (Muthiahlah yang senyum)...
Buat kita geleng kepala (entah apa-apa entah Muthiah ini)...
Buat kita hendak hentak kepala di dinding (buang masa sahaja entri ini)...
Apapun, cerita ini hanyalah secebis kisah suka/ lawak dalam alam rumah tangga. Namun, bolehlah difikirkan kembali oleh para isteri...
Begini....
Selain menjadi 'Pengurus Rumah', Muthiah juga berperanan membuang mesej (tidak penting) di telefon bimbit suami. Iyalah. Kadang-kadang, Inbox-nya melebihi seratus. Apabila kita hantar mesej, jadi pending. Hisy. Siapalah yang hantar banyak-banyak mesej ini???
Satu hari, Muthiah pun membuat operasi membuang mesej di telefon bimbit suami. Banyaknya!!! Lebih 150 mesej. Mula-mula, Muthiah semak satu persatu tetapi banyak sangat. Malas dibuatnya.
Oleh sebab Muthiah genius, Muthiah pun pergi ke kotak Conversation. Perkara pertama yang Muthiah buat ialah membuang mesej yang dikirimkan oleh Muthiah sendiri. Hasilnya. Cukup memberangsangkan.
WHAT!!!!!!
Daripada 150 mesej, berbaki bawah 20. Jadi, 130 tu... Muthiahkah yang hantar???? Adoi!!!
Moral daripada cerita di atas:
- Sebelum kahwin, 50 mesej dikirim buat sang kekasih. Sudah kahwin, bagaimana?
- Bersangka baiklah kepada suami/ isteri kita. Jika ada yang meragukan, dapatkan kepastian terus. Usah membuat persangkaan sendiri. Nanti, sama-sama yang sakit hati (")
- Ikhlaskan diri dalam melakukan sesuatu. Cakap mudah. Hendak buat... ALLAH sahaja yang tahu. Jika tidak ikhlas... sematkan dalam hati - AKU IKHLAS -
- Sentiasalah kita mewujudkan suasana gembira dalam rumah tangga. Duit itu penting bahkan tetapi bukanlah segalanya. (Peringatan buat Muthiah yang kadang-kadang, terfokus kerja sampai lupa pada tanggungjawab yang sebenar selaku seorang isteri).
Okeylah. Muthiah hendak sambung kerja dahulu. Doakan, projek ini siap sebelum waktunya.
Muthiah : Setiap perkataan akan dipertanggungjawab TUHAN. Ya, ALLAH. Ampuni silap dan salahku dalam mengungkap kata.
salam dik,
bertuahnya cik abe...ade profesional deleter kat umah..hihi..
Mana la nak cari si muthiah sorang nie kan..Boleh dicalonkan dalm malaysia book of record...kan azim kan??
Salam, Kak Ain.
Nak tambah satu lagi. Kadang-kadang, pening kepala tok laki dibuatnya T___T