Rajin-rajinlah baca buku, ya - Elee Mardiana
Thursday, June 30, 2011
Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Ehe. Penulis pilihan Muthiah minggu ini ialah PuanElee Mardiana (EM). Kenalkah sahabat-sahabat dengan Kak Elee? Ada yang mengangguk dan ada juga yang menggeleng. Ayuh... Mari kita kenali Kak Elee dengan lebih dekat. Novel yang dihasilkan beliau... MELETUP, insya-ALAH ^___^
Muthiah : Hujan emas di negeri orang, lebih baik hujan batu di negeri sendiri. Boleh EM, kaitkan dengan diri EM?
EM : Soalan ini sangat-sangat boleh dikaitkan dengan diri Kak Elee. Sejak hidup di negara orang, akak rasa betapa peritnya menjadi 'orang luar'. Walaupun kita punya pengalaman kerja tetapi di sini, akak perlu bermula dari bawah semula. Pengalaman dan pengetahuan akak tidak diterima, kononnya tidak menepati standard mereka. Jadi, mahu tidak mahu, akak terpaksa bekerja sebagai pelayan restoran untuk membantu ekonomi keluarga.
Kemudian, akak memohon kerja sementara di bank dan hospital di sini. Dua minggu dihantar ke sana, dan dua minggu ke sini. Minggu ini kerja malam, dua minggu kemudian kerja siang. Penat tetapi itulah tiket untuk akak menempah kerja tetap di sini. Di Malaysia dah
ulu, hidup akak mudah. Syukur, Alhamdulillah. Akak bermula dari bawah juga tetapi usaha telah memberi peluang kepada akak untuk menjawat jawatan yang ideal. Jadi jangan sia-siakan keistimewaan yang kita peroleh di negara sendiri. Jangan sekali-kali!
Muthiah : Bagaimana EM mencari idea untuk menulis?
EM : Idea selalunya datang dari pengalaman diri sendiri, kawan-kawan dan juga apa yang akak baca, serta tonton. Membaca buku ilmiah, contohnya, boleh memberi idea untuk kita kembangkan dalam fiksyen. Novel fiksyen sekarang tidak boleh ditulis sembaran
gan. Fakta mesti betul supaya tidak ada sesiapa pun mempertikaikannya. Jadi, rajin-rajinlah membaca buku-buku yang penuh dengan ilmu pengetahuan.
Muthiah : Perkara paling seronok dalam hidup EM?
EM : Apabila menemui cita-cita yang sangat sesuai dengan jiwa. Sebelum ini, akak banyak mencuba pelbagai kerja demi mencari kerjaya yang 'satu' itu. Alhamdulillah, akak telah menemuinya dan kini, akak bangga bergelar seorang novelis.
Muthiah : Untuk apa pula EM terlibat dalam penulisan?
Muthiah : Boleh EM ceritakan serba sedikit tentang novel yang pernah EM hasilkan?
EM : Novel-novel akak, baik novel dewasa atau novel remaja, berkisar pada kasih sayang dan kese
tiaan pendokong watak 'UTAMA' dengan keluarga serta rakan-rakan karibnya.
Antara novel yang telah dihasilkan oleh EM..
Misteri bomoh ajaib - KarnaDya Publishing
Misteri kelubung putih - KarnaDya Publishing
Misteri wira malam - KarnaDya Publishing
Cinta seorang kekasih - Alaf21
Di sebalik wajah - Alaf21
Izad menjejak buku sakti - Alaf15
Izad menjejak pewaris kasyorga - Buku Prima
Siri Galaktika I : Azamaris muncul kembali - Buku Prima
Siri Galaktika II : Bertarung dengan Akraba - Buku Prima
Muthiah : Apa yang EM paling tidak suka apabila menjadi public figure ...
EM : Public figure? Hehehe... Akak tidak rasa diri akak ni sebagai public figure, mungkin kerana akak duduk jauh dan belum lagi merasai kehidupan yang Hanan maksudkan itu. Tapi akak bersyukur, kerjaya yang akak pilih ini telah mengizinkan akak berkenalan dengan ramai orang.
Ehe. Perkongsian yang boleh direnungkan bersama. Bagi sesiapa yang hendak mengenali Elee Mardiana dengan lebih dekat, bolehlah berkunjung ke blog serta like page facebook beliau.
Muthiah : Moga Kak Elee akan terus berjaya di dunia dan akhirat ^__^