Bekerjalah kerana ALLAH ~ Ummu Wafa

Assaalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah sekarang berada di kampung halaman, Pasir Mas, Kelantan. Insya-ALLAH, adik ipar Muthiah akan mendirikan rumah tangga Jumaat ini bersamaan 3 Jun 2011. Moga semuanya dipermudahkan TUHAN. Buat bakal-bakal pengantin ~ Moga kan menjadi isteri solehah yang sentiasa mendambakan syurga ALLAH. Tidak mudah tetapi insya-ALLAH, kita semua (para wanita) mampu lakukannya (~____^)

Ehe. Jeng jeng jeng… Penulis pilihan bulan ini ialah … Namun sebelum itu, Muthiah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penulis-penulis yang memberi kerjasama kepada Muthiah demi…

  • Mempromosi diri dan buku yang dihasilkan oleh rakan-rakan penulis.
  • Memenuhi impian Muthiah (sebenarnya minat) menjadi wartawan SS alias Syok Sendiri. Hahaha. Just kidding (^_^).


Penulis bulan ini | Ummu Wafa (UW)

Muthiah : Boleh UW ceritakan serba sedikit tentang diri UW?

UW : Nama sebenar UW ialah Faizah binti Yahya. UW berasal dari Kelantan dan kini menetap di Ipoh kerana berkahwin dengan orang Perak. UW memiliki 5 orang anak. Kini, UW bekerja sebagai seorang guru. Hehe. Kiranya… ustazah-lah ni. UW telah mendapat pendidikan awal di Kelantan dalam bidang agama.

Muthiah : Boleh UW berkongsi pengalaman UW sepanjang menjadi guru/ pendidik? [Kisah seorang guru…]

UW : Kisah seorang guru. Hmm… Kisah yang menarik untuk dikongsi bersama. Bagi UW, kerja yang paling mulia ialah kerjaya seorang guru dan doktor. Hal ini kerana… gurulah yang mengajar kita dari alam kejahilan sehingga bertemu cahaya… dari tidak mengenal huruf sehingga dapat membaca. Besar tidak pahala tu? Namun ada syaratnya. Bekerjalah kerana ALLAH.

Hanan (Nama pena Muthiah untuk novel NUR) tahu??? Seorang anak murid yang kita ajari Al-Quran sehingga pandai… kemudiannya sesudah dewasa diajarkan pula mereka (anak murid tersebut) kepada orang lain, maka pahala yang kita perolehi tidak akan terhenti. Itu baru seorang. Bagaimana halnya jika 700 orang anak murid? Satu prinsip yang UW pegang… 700 orang anak murid itu adalah anak UW kesemuanya. Justeru, UW akan mendidik mereka sebaik mungkin.

Muthiah : Apa yang UW faham tentang tarbiah?

UW : Tarbiah. Tarbiah merupakan sesuatu yang cukup penting dalam kehidupan seseorang Muslim. Tanpa tarbiah, kita adalah umpama anak-anak kecil yang diabaikan ibu bapa. Tarbiah itu sendiri membawa maksud mendidik, mengajar, mengasuh seseorang untuk berbuat kebaikan dan mengajak manusia meninggalkan kemungkaran. Dengan tarbiah kita mampu melihat kekurangan dan kesalahan-kesalahan yang kita lakukan tanpa kita sedari. Tarbiah boleh diikuti melalui USRAH yang digerakkan oleh sesuatu pertubuhan.

Muthiah : Boleh UW ceritakan tentang novel yang telah UW hasilkan?

UW : UW telah melahirkan sebuah novel Islamik (NUR) yang bertajuk Lembayung kasih-MU terbitan Alaf 21.

Novel ini melakarkan keindahan takdir dan cinta. Cinta itu pula adalah seindah mimpi pada malam hari. Maira hanyalah orang gaji tetapi jatuh hati dalam diam terhadap anak majikannya yang sungguh tampan. Sebenarnya, anak majikannya yang bernama Fansuri itu juga telah lama jatuh hati kepadanya. Namun… dek kerana ego seorang lelaki, dia merasakan Maira (yang hanya orang gaji) tidak layak untuk berada di sampingnya. Akhirnya, Maira ke London untuk melanjutkan pelajaran dan Fansuri pula menyesal kerana telah melepaskan peluang tersebut. Hendak tahu kisah seterusnya? Ehe… Kenalah beli (‘’)

Muthiah : Mesej UW kepada para penggemar novel tanah air?

UW : Sedikit titipan… novel bukanlah hiburan semata-mata. Di dalamnya terdapat mesej yang hendak disampaikan kepada pembaca. Ada suara yang ingin didengari. Ada rasa yang ingin dikongsi dan ada ilmu diajarkan. Semoga kita sama-sama dapat membaiki segala kekurangan, menambah ilmu dan pengalaman. Berseronoklah tatkala membaca novel pilihan anda kerana kami sebagai penulis sentiasa berusaha untuk memuaskan hati anda dan kami menulis dengan hati dan perasaan. Salam sayang untuk peminat daripada Ummu Wafa.

Fuh… Bukan mudah menjadi editor. Walaupun tidak cukup memahami dan menyelami, Muthiah tahu… kerja editor memang mencabar. Tahniah kepada editor-editor kesayangan Muthiah (Lis dan Ida ... juga yang bekerja secara tidak langsung dengan Muthiah)T_________T

Ayuh. Dapatkan segera novel Lembayung Kasih-MU serta jadikan novel-novel NUR, Alaf21 sebagai koleksi peribadi anda (Promote… promote)…

**| Insya-ALLAH. Dari semasa ke semasa Muthiah akan memperbaiki sesi 'temuramah' ini.

Soalan ka... Layout ka... semua-semualah. | **

Muthiah : Jangan lupa pada Mencari Naurah juga …. Huhu…
0 Responses