Marah....

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Ehe. Nampaknya, agak lama teratak Muthiah ini bersawang. Nasib baik tidak menjadi penempatan tetap sekumpulan labah-labah. Jika tidak, jenuh juga hendak membersihkannya.

Alhamdulillah. Setelah bertungkus-lumus mengejar deadline satu projek, Muthiah akhirnya BERJAYA menyelesaikannya. Setel untuk fasa yang pertama. TAHNIAH diiucapkan kepada diri sendiri. Mode senyum sampai ke telinga =) Doakan agar dipermudahkan oleh-NYA.

Dan sekarang, Muthiah mahu kembali hidup seperti normal. Normal? Tidak normalkah sebelum ini? Huhu... bukan tidak normal tetapi rasa macam hendak tercekik pula. Al-maklumlah.

Hmm... hari ini, Muthiah hendak membebel apa? Entah kenapa, rasa blur seketika. Mungkin dek kerana terlebih luah. Hiiiiiiiiiiiii.... Merapu sahajalah ^^

Jom bicara tentang marah :



1- Pernah marah?
  • Ya.
2- Punca marah?

  • Orang mungkir janji.
  • Orang mengata/ fitnah kita, juga mereka yang kita sayang.
  • Orang lain buat salah, kita yang kena marah. Apa lagi, kita pun marah sekali.
  • Orang hina agama kita atau... ulama-ulama kita.... atau... kampung kita... atau pasukan bola sepak kesayangan kita.
  • Buat kerja secara berkumpulan... kita buat tip top, ada seorang itu, siapkan tugasan sambil lewa. Sakit jiwa!!
  • Cinta dipermainkan. Huh... Sudah dapat madu, sepah dibuang. Jaga kau. Jadi, berwaspadalah wahai, anak dara :]
  • Sudahlah makanan tidak sedap tetapi mahal macam makan di hotel lima bintang. Huh!
  • Dari jam 8.00 pagi, sampai 12.00 tengah hari. Kita masih lagi beratur di sini, tunggu tiba nombor giliran. Kaunter macam banyak. Yang dibuka... hanya dua!
  • Ada seorang perempuan, dengan kita tidak mahu menjadi teman. Dengan suami kita, sudi pula. Ehe. Ada kes sebegini?
  • Lembu punya susu, sapi dapat nama :P
  • Orang stalker profile kita di Facebook. Kemudian, curi pula identiti kita.
  • Anak atau isteri atau orang bawahan yang tidak mendengar kata.
Banyak sebab yang membolehkan kita naik angin. Jika Muthiah hendak tulis satu per satu, sampai ke tahun hadapan pun mungkin tidak habis lagi. Cuma... ayuhlah. Peringatan kepada kita semua, dan diri Muthiah sendiri khususnya...

Marah, marah juga tetapi jangan sampai marah yang bisa membinasakan diri sendiri (juga orang lain). Bak kata pepatah Melayu, "Marahkan nyamuk, kelambu kita bakar."

Jadi...

  • Istighfar apabila marah. Huhu.
  • Tenangkan diri terlebih dahulu. Khuatir. Jika sembur terus, jadi lain pula.
  • Jika sedang berdiri, duduk dulu. Jika sudah duduk, berbaringlah.
  • Ambil wuduk.
  • Bagi orang ketiga, lebih baik diam sahaja apabila nampak sebarang ketegangan. Takut tanpa sedar, kita sebenarnya sedang menjadi batu api.
  • Jika kita marahkan seseorang atas berita yang disampaikan kepada kita, jangan lupa untuk dapatkan KEBENARAN cerita. Manalah tahu. Kita marah pada orang yang salah dan atas berita yang tidak betul.
  • Sabar ....
  • Bagi yang marah sebab menunggu lama, pastikan dalam beg atau di tangan... ada buku untuk dibaca. Sambil menunggu, bolehlah isi masa. Tidak pun, berkenalanlah dengan mak cik yang duduk di sebelah kita.
OK. Sudah hampir masuk waktu. Selamat berpuasa bagi yang berpuasa hari ini. Jom... kita jaga hati kita... jaga percakapan kita dan jaga tingkahlaku.

^____^

Muthiah : Marah dulu, baru istighfar.
Labels: | edit post
0 Responses