Pilihan sendiri
Friday, October 05, 2012
Assalammualaikum. Insya-ALLAH, sebentar lagi Muthiah akan berperjalanan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri Bengkel Penulisan dan Penerbitan, ITNM-PENA-DBP selama tiga hari. Doakan semuanya dipermudahkan ALLAH ya.
Haha. Lama tidak berpuisi (sekiranya layak dipanggil puisi). Peringatan buat sesiapa yang begitu sukar untuk melupakan kisah duka, mahupun derita. Ujian itu penghapus dosa... mendekat jiwa yang alpa kepada PENCIPTA.
CAN FORGIVE, CAN'T FORGET.
Jom... jom... jom...
Buang senarai nama yang menyakitkan hati itu dari dalam sanubari kita.
1. ___________
2. ___________
3. ___________
4. ___________
Kita tidak untung apa-apa sebenarnya bahkan kerugian itu kembali kepada diri kita.
Kitalah yang membuat pilihan.
Okey. Cukup coretan untuk hari ini. Motivasi buat diri dan para sahabat yang mendepani..
Muthiah : Moga tidak menjadi insan yang mengguris hati itu.
Entah kenapa
jantung berdegup kencang
rasa resah menyelubungi jiwa
mungkinkah dek kerana dosa menimbun
atau sesuatu yang belum clear!
Ah, sukarnya untuk berlapang dada
meski bibir selalu mengungkap reda
namun jauh di sudut hati
sakitnya tetap terasa
parutnya jelas tampak
Hai, hati yang selalu lupa
tahukah dikau
ajalmu bisa dijemput bila-bila masa
rendahkan hati
semat di jiwa
HANYA REDHA ALLAH MATLAMAT UTAMA
Jom... jom... jom...
Buang senarai nama yang menyakitkan hati itu dari dalam sanubari kita.
1. ___________
2. ___________
3. ___________
4. ___________
Kita tidak untung apa-apa sebenarnya bahkan kerugian itu kembali kepada diri kita.
Teringat dan terkenang
lalu sakit hati
dikhuatiri kelak membenci
jiwa resah tidak keruan
sedih berbaldi-baldi
air mata membasahi pipi
aduh...
hidup tak aman dan tenteram
kesannya...
TEPUK DADA, TANYA DIRI SENDIRI
Kitalah yang membuat pilihan.
Lapangkan dada
maafi mereka
serah segalanya pada YANG ESA
yakin pasti
DIA MAHA TELITI PENGHITUNGAN-NYA
ILAH ADIL LAGI SAKSAMA
percaya
jiwa tentu kan lebih sentosa
Okey. Cukup coretan untuk hari ini. Motivasi buat diri dan para sahabat yang mendepani..
Muthiah : Moga tidak menjadi insan yang mengguris hati itu.
Seronoknya kak dapat ikuti bengkel tu. Lepas tu dapat saksikan orang terima anugerah pula kan.
Alhamdulillah. Turut serta tak?