Cerita : Salah siapa!
Thursday, October 04, 2012
Assalammualaikum. Apa khabar, wahai hati-hati sekalian?
Ada baik? atau...
Keresahan? kenapa?
Jom kita muhasabah bersama-sama. Ada amanah yang belum diberesi? Ada hati yang telah kita guris? Melalui kata-kata... bicara pena... sms, mungkin. Awas! Gerak langkahmu, ooo...
Dari sisi Muthiah... maaf ya jika ada yang terjeruk rasa.
....
Ehe. Jalan cerita dan nama watak di atas hanyalah rekaan semata-mata. Namun sebenarnya, tetap berlaku di alam maya. Pernah baca luahan sebegini? Muthiah pernah. Hmm... salah siapa ya?
Entahlah. Macam Mak Limah, Muthiah pun tidak ada jawapan untuk persoalan yang diajukan. Diri sendiri yang melalui lebih tahu apa yang dilakukan. Baik Kamelia... tunangnya si Amran... isterinya si Rashid... teman wanita Ali... Amran... Rashid atau Ali sendiri.
Renung dan fikir...
Moga ALLAH pelihara kita semua.
Muthiah : Mahal...

Salah siapa!
"Mak! Kakak kena serang?" Kamelia memberitahu emaknya.
Mata Mak Limah membulat. "Siapa yang serang?" Risau benar nampaknya Mak Limah.
Kamelia menunduk ke lantai rumah. "Kelmarin, tunangnya si Amran serang. Dia cakap, kakak menggatal dengan tunangnya. Semalam, bini si Rashid pula serang. Dia pun marah kakak sebab berbaik dengan suaminya. Hari ni, kawan perempuan Ali serang kakak..."
"Kenapa pula mereka nak serang kamu?" Mak Limah menyampuk.
Kamelia menjungkit bahu. "Entah. Cemburu buta, mak," ujar Kamelia tergagap-gagap.
"Kamu kuat melayan ni. Ada kamu rapat dengan lelaki-lelaki tu?" Mak Limah menyoal macam Inspektor Polis pula.
Kamelia mendengkus kuat. "Alah, mak. Dalam FB. Bukannya apa-apa pun. Nama lagi laman sosial. Setakat kawanlah, mak. Dia orang tanya, kakak jawab. Dia orang bergurau, kakak balas. Dia orang nak berkongsi cerita, kakak dengar. Salah ke, mak?" Kamelia seolah-olah tidak berpuas hati. Dia tidak bersalah!
Mak Limah menggeleng laju. Tidak tahu apa yang boleh diperkatakan kepada anak daranya itu...
....
Ehe. Jalan cerita dan nama watak di atas hanyalah rekaan semata-mata. Namun sebenarnya, tetap berlaku di alam maya. Pernah baca luahan sebegini? Muthiah pernah. Hmm... salah siapa ya?
- Kamelia?
- Tunangnya si Amran... isterinya si Rashid... temannya si Ali?
- Amran... Rashid... Ali?
- Atau... Mak Limah?