Letih, beb!
Wednesday, October 17, 2012
Assalammualaikum. Moga kita semua ceria-ceria selalu. Mahu tulis apa ya?
Biasalah. Apabila berperjalanan jauh, badan pun letih. Apabila jasad penat, tidak dapat fokus menulis. Akibatnya, kerja dirasa tidak produktif. Jadual tidak dapat diikut secara baik. Walhal sebelumnya, jadual yang dibuat berlangsung elok.
Sejak raya Aidilfitri tempoh hari, boleh dikatakan hampir setiap minggu Muthiah berperjalanan jauh : Kuala Lumpur -> Kelantan -> Perak.
Sedikit sebanyak, terbit juga rasa kecewa dalam diri. Salah siapa ek?
Soalan cepu mas : Adakah terdapat unsur-unsur keluhan di sini?
a) Memang pun.
b) Hisy, dia pun mengeluh memanjang.
c) Mana ada. Cerita di atas adalah sebagai mukadimah entri blog sahaja.
Apa ada di dalam hati anda? :)
Kitalah yang membuat pilihan...
Gambar hiasan
Muthiah berkata pada suami, "Lepas program ni, Muthiah tak nak sertai mana-mana program dah. Nak fokus menulis. Kerja tak jalan. Balik program, letih bla bla bla..."
Suami menggeleng. "Tak elok cakap begitu. Cakaplah begini begini begini."
Terasa dengan teguran suami, Muthiah pun mendiamkan diri. Jauh di sudut hati, Muthiah akui kebenaran kata-kata suami tetapi biasalah...
Manusia biasa (lemah dan banyak kekurangan). Egonya meninggi. Mujur sang suami yang menasihati. Maka, tidaklah Muthiah berbalas cakap. Muthiah memilih untuk mendengar sahaja tanpa menyatakan pendapat Muthiah sendiri. Tambahan pula... kata-kata suami, memang betul.
Hendak dijadikan cerita...
Seminggu selepas program itu, berlangsung Bengkel Penulisan ITBM-PENA-DBP di Kuala Lumpur. Dua minggu kemudian pula (bermula semalam sehingga Ahad ini), berlangsung Seminar Penulisan di Melaka dan Kuala Lumpur dan....
Muthiah merupakan salah seorang daripada peserta program tersebut. Apa???
... membuatkan Muthiah berfikir-fikir kembali.
Apa yang aku cakap?
Apa yang ALLAH tentukan untuk aku?
Sesungguhnya, perencanaan ALLAH adalah yang terbaik!
Apa pengajaran daripada perkongsian di atas?
- Positiflah dalam apa jua kondisi.
- Kita merancang. ALLAH merancang. DIA-lah sebaik-baik Perancang.
- Apabila menegur, tegurlah dari hati. Hindari cakap-cakap yang sinis dan menyakitkan hati. Insya-ALLAH, teguran yang baik itu akan sampai ke hati. Pahala pun dapat apabila kita menegur dengan ikhlas (Bab ikhlas ini, hanya ALLAH yang tahu).
- Pilihlah untuk mengharungi -> mencari penyelesaian -> akhirnya berjaya. Bukan melarikan diri -> mengaku kalah sebelum berjuang -> tidak ke mana.
- Yakin dengan ALLAH!
- Usaha tangga kejayaan.
- Bersakit-sakit dahulu... bersenang-lenang kemudian ^_^
- Kurangkan mengeluh. Berbalik kepada point yang pertama -> POSITIF!
Okey. Cukup untuk hari ini. Yang baik... jadikan teladan. Yang tidak elok, fikir-fikirkan. Panjang umur, ketemua lagi ya.
Muthiah : Orang yang suka menyakitkan hati, hati dia sebenarnya berpenyakit. Betul?