Talent
Wednesday, October 10, 2012
Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah.
Hari ini tidak ada mood. Sebab... biarlah rahsia.
Ehe. Apapun, hidup ini ada pasang surutnya. Kadang-kadang kita gembira. Acap kali juga hati berasa rawan. Sekali-sekala rasa teruja. Berkali-kali juga merasa kecewa. Apapun, kitalah yang membuat pilihan.
Sampai bila hendak melayan rasa???
Okey...
Talent.
Tahu tak apa itu talent? Muthiah pun baru tahu sebenarnya. Salah satu yang Muthiah faham... talent adalah gadis (lelaki pun ada) yang dijadikan model oleh para jurufoto. Betul tak? Ini yang Muthiah fahamlah. Untuk info lebih tepat, bolehlah bertanya kepada mereka yang lebih pakar. Namun menurut Kamus Dewan online, talent membawa maksud ->PRPM.
Suami Muthiah memiliki hobi baharu yakni mengambil gambar dengan kamera DSLR. Muthiah pun tumpang gembira (sebab suami gembira). Cuma,ada sesuatu yang kurang menyenangkan Muthiah. Apa dia?
Hahaha...
Risau... ada unsur cemburu di dalam hati... tidak senang apabila mengenangkan suami yang bakal keluar outing (padahal tak keluar outing pun lagi) untuk mengambil gambar para talent yang cantik rupawan.
....
Kata Muthiah, "Nanti outing, Abe mesti ambil gambar budak-budak comel tu kan?"
"Muthiah comel lagi. Nanti, Muthiah ikutlah sekali," balas suami tenang.
Muthiah mengangguk-angguk. "Okey. Nanti kalau outing, jurufoto lain ambil gambar talent, Abe ambil gambar Muthiah seorang."
Pengajaran dan peringatan buat diri...
Hari ini tidak ada mood. Sebab... biarlah rahsia.
Ehe. Apapun, hidup ini ada pasang surutnya. Kadang-kadang kita gembira. Acap kali juga hati berasa rawan. Sekali-sekala rasa teruja. Berkali-kali juga merasa kecewa. Apapun, kitalah yang membuat pilihan.
Sampai bila hendak melayan rasa???
Okey...
Talent.
Tahu tak apa itu talent? Muthiah pun baru tahu sebenarnya. Salah satu yang Muthiah faham... talent adalah gadis (lelaki pun ada) yang dijadikan model oleh para jurufoto. Betul tak? Ini yang Muthiah fahamlah. Untuk info lebih tepat, bolehlah bertanya kepada mereka yang lebih pakar. Namun menurut Kamus Dewan online, talent membawa maksud ->PRPM.
Suami Muthiah memiliki hobi baharu yakni mengambil gambar dengan kamera DSLR. Muthiah pun tumpang gembira (sebab suami gembira). Cuma,
Hahaha...
Risau... ada unsur cemburu di dalam hati... tidak senang apabila mengenangkan suami yang bakal keluar outing (padahal tak keluar outing pun lagi) untuk mengambil gambar para talent yang cantik rupawan.
....
Kata Muthiah, "Nanti outing, Abe mesti ambil gambar budak-budak comel tu kan?"
"Muthiah comel lagi. Nanti, Muthiah ikutlah sekali," balas suami tenang.
Muthiah mengangguk-angguk. "Okey. Nanti kalau outing, jurufoto lain ambil gambar talent, Abe ambil gambar Muthiah seorang."
Pengajaran dan peringatan buat diri...
- Cemburu itu perlu tetapi biarlah bertempat dan berpada-pada.
- Para suami, biasakanlah diri memuji kecantikan isteri anda meski isteri anda itu biasa-biasa sahaja.
- Apa yang difikirkan itu juga satu doa. Maka, fikirkanlah yang baik-baik sahaja.
Baiklah. Moga kita semua dirahmati ALLAH. Noktah :)
Muthiah : Cemburu pada segenap tempat?