Mencari Naurah (Bab 61)
Sunday, October 14, 2012
Novel | Mencari Naurah
TELEFON bimbit
Anuar berdering…
"Assalammualaikum,
Asyraf. Awal-awal pagi sudah kacau aku tidur," Anuar bersuara riang.
"Waalaikumussalam.
Alahai, eksekutif sumber manusia. Bangun! Matahari sudah naik. Tidak elok tidur
selepas subuh," balas Asyraf. Turut sama riang.
"Apa hal kau
telefon aku pagi-pagi ini?" soal Anuar pendek.
"Hmmm… aku
hendak bagi kad, lah," Asyraf berterus-terang.
"Kad serta
berita gembira," tambahnya lagi.
"Wow, kad
kahwin ke, kawan? Aku pun ada berita gembira juga ni," Anuar yang tadinya
terbaring di atas katil segera bangkit menuju ke tepi jendela.
"Cepat, siap!
Aku ambil kau kat rumah dalam 10 minit lagi. Kau mandi P. Ramlee sahaja pagi
ni," seloroh Asyraf.
"Hmmm… Idea
bernas. Kau datanglah. Kalau aku tidak siap lagi, kau tunggulah sekejap,"
ujar Anuar.
"Okey. Aku dah
dalam perjalanan ni. Cepat sikit," Asyraf sedikit mengarah.
"Baik,
bos." Anuar segera berjalan laju ke bilik air yang terletak di dalam kamar
tidurnya.
'Apalah berita gembira yang ingin disampaikan Asyraf? Apapun… pasti
tidak akan dapat mengatasi berita kegembiraanku,' Anuar berkata sendiri. Wajah
Natasha tiba-tiba hadir. Anuar yakin dirinya diterima.
“DIAM-DIAM
berisi juga sahabat aku yang seorang ini,” usik Anuar dalam senyum. Senyum yang
palsu, mungkin...
“Mungkin
sudah jodoh...” balas Asyraf pendek.
“Sejak
bila sebenarnya?” Anuar bertanya lagi.
“Entahlah,
semuanya berlaku dengan begitu pantas. Begitu banyak perkara yang terjadi dan
perkahwinan ini adalah kemuncaknya,” Asyraf berterus-terang.
“Memang
tidak ada siapa pun yang dapat menolak ketetapan ILAHI. Walaupun sudah memecut
laju, jika ketetapan-NYA begitu, akhirnya dia akan tetap pergi.” Ada sedikit
getar pada bicara Anuar. Dia menoleh ke arah Masjid Ar-Rahman yang terletak di
sebelah kiri pintu masuk Universiti Malaya.
“Siapa
sangka, gadis yang kita kejar-kejar selama ini kelak menjadi hak sahabat yang
dekat dengan kita,” sambungnya lagi. Tidak ada tanda-tanda menunjukkan dia
sedang marah.
“Milik
sementara kerana dia adalah milik TUHAN yang mutlak, War.” Asyraf menyampuk.
“Benar...”
Anuar mengiakan. “Sejak bila sebenarnya?” Dia masih tidak berpuas hati. Dia
tetap mahukan kepastian.
“Aku
pun tidak tahu, War. Semuanya tidak dirancang,” Asyraf berkalih ke arah Anuar
yang tidak berkelip memandangnya. Benar! Dia sebenarnya tidak pasti sejak bila
dia memerhatikan Natasha. Mungkin sahaja sejak di alam kampus.
“Mula-mula,
rasa kecewa juga,” luah Anuar perlahan. “Sewaktu ditolak Asha dahulu, aku rasa
masih punya peluang untuk menambat hatinya,” Anuar tersenyum kemudian serius
kembali. “Lebih-lebih lagi apabila ibu dan ayah sudah berkenan dengan budak
kecil yang seorang itu...”
“Mak
dan ayah kau sudah
berjumpa dengan Natasha?” Kening Asyraf terangkat. Sama sekali dia tidak
mengetahuinya.
“Sudah,”
jawab Anuar pendek.
“Tetapi...”
Asyraf mencelah.
Anuar
memintas kata-kata Asyraf sebelum sempat lelaki itu menyudahkan bicaranya. “Bila dapat kad kau tadi… tiba-tiba rasa
gelapnya dunia...” Dia terdiam sejenak. “Rasa macam tidak adil dan tidak
berbaloi. Penantian selama ini hanyalah sia-sia...”
“Mungkin
iblis sedang mencucuk dan menghasut. Sebab itu aku boleh berfikir begitu.” Dia
memberhentikan kenderaan yang dipandunya di tempat letak kereta Kolej Kediaman
Pertama (ASTAR), Universiti Malaya.
“Aku cuba mencari ruang untuk menghilangkan perasaan itu...”
lidahnya tiba-tiba kelu.
“Kemudian, apabila kita memasuki kolej kediaman ini... aku rasa lapang,” dia
berterus-terang.
“Lapang?”
Asyraf bertanya. Mereka masih lagi duduk di dalam kereta.
“Ya,
Asyraf. Hilang semua rasa kecewa. Mungkin ikatan persahabatan antara kita
menyebabkan aku dapat menerima segalanya,” suara Anuar masih lagi bergetar.
“Aku yakin Natasha pasti tidak akan dipersia-siakan,” katanya lagi.
“Insya-ALLAH,
aku akan jaga Natasha dengan baik.” Mata Asyraf masih lagi memandang Tasik
Varisti yang terletak di hadapan ASTAR.
Gambar hiasan
“Aku
suka Natasha sejak kau marahkannya dahulu,” Anuar tergelak kecil.
“Bila?”
Dahi Asyraf berkerut.
“Sewaktu
jam tangannya mati.” Anuar tersenyum sendiri mengenangkan saat itu.
“Kemudian
lewat lima minit,” Asyraf menyambung sambil ketawa kecil.
“Kenangan
tidak akan kembali tetapi akan tetap kekal dalam ingatan. Walaupun dia sudah
bergelar si nenek tua,” ujar Anuar lagi.
“Benar.
Kita tidak akan mampu menyahkan kenangan lalu. Namun, jadikanlah kenangan itu
sebagai motivasi untuk kita terus bergerak laju,” Asyraf menambah.
“Jom
makan. Lapar daaaa,” Anuar membuka pintu Avanza miliknya. Mereka pun menuju ke
gerai makan Pak Abu yang terletak di belakang blok D, Kolej Kediaman Pertama.
"Eh, apa pula berita gembira yang kau
nak sampaikan?" Asyraf tiba-tiba bertanya. Anuar terkesima dengan
pertanyaan Asyraf. Ia tunduk ke tanah kemudian mendongak kembali.
"Hmmm… berita gembira sebab aku dapat
merasai bahawa rakan akrabku akan berumah tangga," ujar Anuar tanpa
memandang wajah Asyraf.
"Terima kasih," ucap Asyraf.
"Hmmm…" mereka pun sama-sama
memasuki gerai makan Pak Abu.
‘Biarkan
kenangan itu berlalu sendiri tanpa perlu membuangnya,’ Anuar berkata di dalam hati. Dia tetap
tersenyum dalam sendu.
~bersambung~