Muka tebal...
Friday, December 31, 2010
Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah. Ehe... Bak kata Nurhidayu Salleh, 'Dia outstation, aku instation..."
Kelebihannya... Muthiah dapat jalan-jalan.
Kekurangan/ kelemahannya... KB Muthiah tertangguh.
Apapun, insya-ALLAH. Muthiah yakin pasti ada hikmah-NYA. Muthiah merancang, KB dapat disiapkan dalam tahun ini juga. Tup tup... banyak pula agenda lain yang datang. Tidak dapat dielakkan pula. Sesungguhnya, ALLAH lebih tahu segala sesuatu yang tidak kita ketahui.
;) Sudah hampir seminggu Pesta Buku Kanak-kanak berakhir. Alhamdulillah. Muthiah gembira dan berbesar hati sungguh. Sebabnya??? Kerana Muthiah dapat belajar dan berkenalan dengan orang yang hebat. Paling teruja, bila dapat berjumpa empat mata dengan Kak Sri Diah.
Seorang penulis memberitahu Muthiah (iyalah... Muthiah malu-malu kucing pula di sana)...
Untuk memasarkan buku kita, tidak boleh malu-malu. Kita kena positif dan optimis. Kita mahu buku kita... tidak ada yang membelinya disebabkan sikap kita yang malu-malu ini? Dalam hati Muthiah, Muthiah berkata sendiri, "Malu tidak bertempat!" Adoi...
Muthiah hanya tersenyum. Ehe... Mungkin bukan malu tetapi agak segan. Mungkin sebab Muthiah orang baru. Mungkin dan mungkin... Ah! Alasan tetapi.... Tidak ada tapi-tapi lagi. Baik pergi naik kereta api, Den-O. Apa ni? (Dahi berkerut tanda sedang buntu @ blur).
Hmmm...Meskipun sudah lama menulis di blog.... Hendak cakap macam mana, ya? Entahlah... Tidak mampu diungkap dengan kata-kata. Pause...
Apa pengajaran yang Muthiah dapat daripada pemerhatian Muthiah sepanjang hari tersebut (25/12/2010)?
- Kita kena berani melakukan sesuatu jika hendak berjaya (Asal mana tidak melanggari syariat). Go go go, Muthiah. BERANI! Orang lain, pun... sama...
- Bukan mudah mahu berjaya. Perlu berusaha bersungguh-sungguh. Macam rakan penulis ini. Muthiah sangat kagum kepadanya. Orang muda cakap, "Tabik spring." Masakan tidak... hampir setiap hari beliau turun ke pesta buku ini untuk mempromosi bukunya.
- Dalam hidup, usah sekali-kali cepat mengalah. Kalau jatuh, cuba bangun. Kalau tidak mampu bangkit, hulurkan tangan. Insya-ALLAH, akan ada yang tarik kita untuk berdiri semula.
- Jaga diri... jaga hati daripada sikap-sikap buruk seperti iri hati, fitnah dan lain-lain. Terkedu juga Muthiah apabila penulis berkenaan bercerita tentang kisahnya yang difitnah. Asbab? Entahlah tetapi sejak novel pertamanya terbit dan mendapat sambutan ramai. Hmmm... rupanya, tidak semua orang senang dengan kegembiraan dan keberjayaan orang lain. Jadi... bersiap sedialah. Mohon perlindungan daripada ALLAH. Harapan Muthiah... Moga, beliau terus sabar dan tabah ;)
Okey... Ayuh, kita sama-sama terus mengorak langkah.
Muthiah : Kembalikan segala kehebatan itu kepada ALLAH kerana kita sebenarnya bukanlah siapa-siapa.
ye..sama2 kita berubah~ hehehe