Oh, my tok laki...(i)
Sunday, December 12, 2010
Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah... Seperti biasa, Alhamdulillah. Senyum dan ceria. Aisey. Ceria memanjang. Tidak akan tidak pernah stres? Hmmm... Serah sahaja kepada ALLAH yang lebih arif ke atas segala sesuatu.
Buat para isteri...
Pernah atau tidak melalui saat letih yang teramat sangat saat menguruskan rumah tangga? Sudahlah penat dan stres di tempat kerja, balik rumah...
- Baju dan pinggan tidak berbasuh.
- Rumah bersepah. Sampah dan mainan anak-anak merata-rata.
- Anak-anak tidak mahu mandi.
- Makan malam tidak dipersiap lagi.
- Bla bla bla...
Semua perlu diuruskan seorang diri. Sakit jiwa dibuatnya. Suami? Hmmm...
Seorang teman pernah memberitahu Muthiah, "Jangan biar suami duduk senang-lenang di rumah. Suruh dia basuh baju juga. Suruh dia basuh pinggan juga. Buat kerja sama-sama. Kalau tidak, diri kita yang sakit sendiri. Mana boleh kita seorang... bla bla bla..."
Muthiah hanya tersenyum. Pesanan itu sentiasa segar dalam ingatan meskipun Muthiah tidak pernah mengaplikasikannya. Andai suami membantu, Alhamdulillah. Kalau tidak?
....
Muthiah pernah berkata kepada suami, "Abe, tadi Muthiah dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus."
Suami membalas, "Apa dia?"
Muthiah berfikir sejenak. "Ustaz cakap, suami ni pikul beban yang besar atas bahu dia." Muthiah terdiam sejenak.
"Selain perlu menjaga diri sendiri, suami mempunyai amanah terhadap isterinya. Isteri... bisa menarik lelaki yang hampir masuk syurga ke neraka."
Muthiah menambah, "Lepas ni, Abe nak makan pukul 2.00 pagi geraklah. Sikit saja tu setakat nak bangun masak. Kalau nak banding dengan beban yang perlu Abe pikul sebagai suami."
Ehe... Dalam hati, 'Harap-harap, tidaklah minta masak pukul 2.00 pagi.' Tetapi kalau minta, kenalah buat.
....
Boleh tangkap apa yang ingin Muthiah sampaikan?
~bersambung ~
Muthiah : Lain orang, lain pandangannya. Lain susun hias rumahnya.
menarik entry ni.. tak sabar menantikan sambungannya
;) yang baik, jadikan panduan... yang tak elok, boleh renung-renungkan...