Dadah MEMBUNUH


Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah. Kesihatan, baik. Hati pun, insya-ALLAH baik. Kalau tidak cukup baik sekalipun, baik-baikkanlah ia ;)

Baik. Semasa di PPBSM hari ini... Muthiah ingin berkongsi info tentang kes dadah ~ Katakan tidak pada DADAH!

KUALA LUMPUR, 29 Nov. 2010 - Polis mencatat sejarah apabila berjaya membongkar 16 makmal memproses dadah dan merampas dadah seberat 3.5 tan yang dianggarkan bernilai RM220 juta dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

KUANTAN 9 Nov. 2010 - Pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM500,000 yang dirampas sejak tahun 1998 hingga 2005 dilupuskan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di Lapang Sasar Bukit Rangin di sini, hari ini.

SETIU 7 Nov. 2010 - Kes pengedaran dan penagihan dadah di negeri ini kian serius dan memperlihatkan gejala amat membimbangkan ketika pihak polis terus memperhebatkan operasi mereka.

SHAH ALAM 1 Nov. 2010 – Polis sekali lagi berjaya menggagalkan cubaan menyeludup dadah yang dilakukan empat lelaki warga Iran dan seorang rakyat India serta merampas 5.45 kilogram syabu bernilai kira-kira RM1.3 juta dalam dua serbuan kelmarin dan semalam.

SEREMBAN 28 Okt. 2010 - Seramai 309 orang ditahan di negeri ini kerana terlibat dengan kes jenayah narkotik mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39 A (2) akta yang sama sepanjang Januari hingga September tahun ini.

PULAU PINANG 22 Okt. 2010 - Polis berjaya membongkar kegiatan memproses dadah jenis heroin bernilai jutaan ringgit selepas menyerbu sebuah pangsapuri mewah di Lebuh Sungai Pinang 2, berhampiran Lebuh Raya Jelutong di sini, hari ini.

PEKAN 21 Okt. 2010 - Polis Pekan melupuskan sebanyak lebih 300 bahan bukti kes pemilikan dadah yang dianggarkan bernilai RM25,000 di sini, hari ini.

KOTA KINABALU 21 Okt. 2010 – Tiga lelaki berusia antara 18 dengan 37 tahun ditahan dalam tiga tangkapan berasingan di sini baru-baru ini kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah jenis ketamin dan syabu.

KUALA LUMPUR 6 Okt. 2010 - Sindiket pengedaran dadah warga Afrika kini semakin sukar untuk mencari 'makan' di negara ini, menyebabkan mereka terpaksa beralih kepada penyeludupan dadah jenis ganja yang harganya lebih murah berbanding heroin dan kokain.

Jadi, renung-renungkan. Selamatkah diri kita... anak-anak kita... saudara-saudara kita sekarang ini? Macam-macam ada. Peka dan prihatinlah kepada mereka yang berada di sekeliling kita.

Muthiah : Suka makan ais krim.
0 Responses