MALAS...

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah. Alhamdulillah. Masih lagi diberi ruang oleh ALLAH untuk meneruskan coretan di sini. Terima kasih kerana sudi menjengah.

Hmmm... siapa yang tidak pernah rasa MALAS, sila angkat tangan?

Ehe... jom, kita kongsi bagaimana ingin mengatasi rasa MALAS.

  1. Rajinkan diri ~ apa daaaa... Ehe... no worry. Setiap orang BERHAK mengemukakan pandangan masing-masing, di rumah masing-masing. Aik. Apa ni? Selingan dan merapu sahaja ;)
  2. Biasakan diri untuk melakukan perkara yang berfaedah atau bermanfaat.
  3. Tidak ada kerja... jom cari kerja (biarlah halal dan tidak melanggar syariat).
  4. Dekatkan diri dengan ALLAH.
  5. Jaga makan dan kesihatan ~ Iyalah. Apabila badan sihat, otak pun cerdas. Hmmm... malas juga? Berbalik kepada item di atas ~ Rajinkan... biasakan... carikan... dekatkan...
  6. Tidur secukupnya ~ Apa makna 'secukupnya' bagi sahabat-sahabat? Ehe... tidur 8 jam sehari semalam? Atau... tidak seadanya tetapi berkualiti. Bagaimana hendak mendapatkan tidur yang berkualiti? Hmmm... lain kali, kalau ada masa dan idea, Muthiah cuba cari bagaimana (tetapi tidak janji ya)...
Okeylah. Santai untuk hari ini. Selamat bermuhasabah ;)

Muthiah : Ada kalanya malas tetapi berusaha merajinkan diri.
Labels: | edit post
2 Responses
  1. ainhany Says:

    salam muthiah,

    Pa kahabaq Langkawi..amboi ceq pi santai sana noo..hati2 ya...:)

    Ain pulak tak sihat..terpaksa makan ubat dah tu mulala mngntuk. Gara2 backache..MC shri..dah tue kan...huhuu

    n3 MALAS nie macam kena kat diri jer...mood pun out of phase..tdur tapi tak berquality..huhuuu


  2. salam...

    ehe... alhamdulillah... zauj keje, muthiah boleh tumpang dua kaki...

    dah sihat, belum? ALLAH sayang tu..sbb tu ALLAH uji... mkn mknan berkhasiat, minum air byk2 dan makan buah...

    xpe2..slow2... iA, nanti ok... zikir jugak byk2... muthiah plak nih batuk2... tp malas nk makan buah tp... kene paksa la...hiii..