Muthiah... sedih ...


Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah. Pagi tadi, makan nasi goreng. Sedikit masin. Hahaha... Bukan apa, Muthiah ingat, nasi banyak. Jadi, awas dibubuh lebih. Alih-alih, sedikit bangat. Adoi-adoi... Tetapi apapun, bak kata suami, "Rezeki kita hari ini..."

;) Pagi semalam, emosi Muthiah berada dalam keadaan yang tidak baik. Rasa cepat marah, geram, putus asa dan... entah apa-apa. Suami pula, ALLAH izin banyak kerja pula di pejabat. Berkebetulan, ada hal sedikit. Muthiah cuba hubungi telefon pejabat suami. Tidak berangkat. Walaupun Muthiah tahu suami memang sibuk, Muthiah tetap mahu terasa hati. Suami balik kerja, baru terubat sedikit rasa hati.

Malamnya, entah kenapa Muthiah menangis. Suami kata, "Abe kan ada..." tetapi Muthiah tetap mahu menangis. Sebab apa... entahlah. Mungkin dek kerana letih. Iyalah. Muthiah meletakkan target untuk perkara tertentu. Namun, apabila berkejar-kejar, rasa penat. Akibatnya, tidak mampu berfikir sewajarnya.

Semalam, Muthiah tidak masuk'pejabat'. Tidak pandang pada blog dan tidak juga melihat pada manuskrip yang hendak diedit/ dirombak. Muthiah tonton TV3, lakonan Jackie Chan (sudah lama Muthiah tidak tengok TV sebenarnya kecuali cerita animasi Detektif Conan). Kemudian, Muthiah bermuhasabah sendiri...

Hmmm... ada sesuatu yang Muthiah abaikan...

Suami??? Tidak... Insya-ALLAH, Muthiah cuba lakukan yang terbaik untuk menjadi isteri yang paling baik untuk suami di sisi ALLAH.

Keluarga??? Insya-ALLAH, tidak. Keluarga tetap di hati Muthiah. Meskipun tidak mampu membantu banyak dari sudut kewangan, Muthiah sudah cuba yang terbaik.

Kawan-kawan??? Insya-ALLAH, tidak juga. Beberapa orang teman meluah rasa kepada Muthiah dan Muthiah cuba yang terbaik untuk menjadi pendengar dan kaunselor (yang tidak bertauliah) yang setia. Ehe...

Jadi, di manakah silapnya? Bukankah dengan MENGINGATI ALLAH itu hati akan tenang??

Hisab punya hisab akhirnya...

Nah!!! Sudah seminggu rupanya Muthiah tidak bangun qiam. Huhu... Iyalah. Kadang-kadang, kita rasa perkara itu biasa-biasa sahaja tetapi luar biasa hakikatnya. Kejauhan dengan ALLAH (mungkin dek kesibukan duniawi) menyebabkan kita terlupa.

Astaghfirullah tetapi Alhamdulillah... ALLAH masih sayangkan Muthiah dan mahu Muthiah kembali kepada-NYA.

Justeru, sahabat-sahabat...

Andai berasa tidak keruan... rasa tidak kena...

AMBILLAH RUANG... CARILAH MASA menghisab diri sendiri.

Salam sayang buat semua ;)

Muthiah : Sayang mereka yang menyayangi...
Labels: | edit post
4 Responses
  1. ainhany Says:

    Salam Muthiah,

    Alhamdulillah.. puncanya ditemui dan dirawat degn segera.Muga2 ALLAH sentiasa dekat dgn kita dan mmberi petunjuk utk kita.

    Ain juga ada pengalamn 'kecelaruan dalm hidup" bila mngabaikan mathurat setiap pagi...benar bila urusan ALLAH selesai, segala urusan dunia pasti jadi mudah..

    Muthiah mgg hebat!!! nak kena jejaki org2 hebat nie...insyaALLAH matlamat kita tetap sama.

    Terima kasih berkongsi nasi greng ..ooop berkongsi cerita laaa( silap2)


  2. Salam, ain.

    Ukhtie benar... kecelaruan itu kadang2 tanpa kita sedari berpunca daripada kealpaan kita selaku seorang hamba dan khalifah...

    ;) Sesungguhnya... kita semua sama-sama mempunyai misi mengejar cinta ILAHI.justeru, ayuh sama-sama juga kita saling mengingati.

    Ehe... mau kongsi nasi goreng real, mailah taiping...xjauh eh dr kedah ke taiping... klu balik kg tuh, bolehlah singgah ...


  3. salam kak,

    kadang2 Allah bagi peluang utk kita terus bermuhasabah, moga terus menjadi insan soleh dan solehah


  4. salam, azhan...

    ALLAH sayang kita... cuma kita sahaja yang tidak menyedarinya...