Marah (iii)
Thursday, December 09, 2010
-sambungan semalam-
Assalammualaikum. Mulakan harimu dengan senyuman ;)
Hmmm...
Punca marah - sudah.
Kesan marah - sudah.
Penyelesaian???
Hehe... ada. Sabar. Sabar itu separuh daripada iman. Andai Muthiah terlepas pandang, boleh kongsikan info. Kan best dapat sama-sama menyebarkan kebaikan.
Persoalannya : Bagaimana hendak mengendalikan perasaan marah?
1- Membaca ta'awwudz - Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Ada kalimah, jika diucapkan nescaya dapat menghilangkan kemarahan seseorang iaitu 'A'udzu billahi minasyaithaanir rajim,'," (HR Bukhari Muslim).
2- Duduk - Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Kalau kamu marah, duduklah. Kalau tidak menghilang (marah itu), maka berbaringlah," (HR Abu Dawud).
3- Wuduk - Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Kemarahan itu datang daripada syaitan sedang syaitan diperbuat daripada api. Sesungguhnya, api bisa padam dengan air. Maka, ketika marah, berwuduklah," (HR Abu Dawud).
4- Diam - Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Ajarilah (orang lain), permudahkanlah, usah mempersuliti masalah dan andai kamu marah, diamlah," (HR Ahmad).
5- Bersujud - Solatlah sekurang-kurangnya dua rakaat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Ketahuilah bahawa marah itu bara api bagi manusia. Tidakkah kau melihat betapa merahnya kedua matanya dan tegangnya urat darah lehernya?Maka, apabila seseorang berada di situ (sedang marah), hendaklah menempelkan pipinya ke tanah (sujud)," (HR Tarmidzi).
Ada tambahan?
Jom fikir... jom renung.
** Tentang hadis di atas, bolehlah rujuk (kepada yang lebih pakar) dan kalau ada kongsikan juga, ya:) Muthiah tidak pasti status hadis-hadis di atas (sahih atau selainnya). Apapun, ambillah yang baik. **
Kuliah hari ini : Tanda-tanda mati.
Akhbar hari ini : Dr. M pertikai keperluan membeli pesawat baru.
Muthiah : Tidak berdaya/ mampu memuaskan hati semua orang.
salam kak, perkongsian yang baik, msalahnya tgh mrah minyak naik.hehe.cmna nk bt.hehe
Salam Muthiah,
Terimkasih ats perkongsian info ini
Marah, jgn kau marah..:(
Tambhan nie: bila rasa nak marah, kita pikir punca kemarahan dan hikmah disebaliknya. Payah tapi natijahnya tinggi kerana di sini kita mmpu menewaskan syaitan yng berpesta dan mnghasut2 kita.Semuga ALLAH mnjadikan hati2 kita tabah, sabar dlm apa saja ujian.
salam, azhan.
Ehe... bagi sejuk dulu.... tenang. relaks. bila minyak dah turun, simbah air. Huhu... betul ke jawapan ni? ;)
Apapun, waktu marah... baik diam dulu. sebab kita takut, emosi kita melangkaui rasional. agak-agak dah ok, fikir balik...
ain,
yup... ambil masa dan tempoh bertenang (waktu marah). kemudian, koreksi balik... kenapa marah dan lain-lain. dulu kan... masa muda-muda dulu... kalau marah, selalu muthiah fikir... 'kalau aku marah, bagi impak pada ISLAM x?' kalau kesan yang positif, marahlah (cth : marah apabila islam diperkotak-katikkan). kalau kesan negatif, istighfar banyak-banyak...diam dulu dan ambil masa bertenang...
tapi, tu dulu la... masa dekat dengan tarbiah... huhu... sekarang jauh ke? nauzubillah. xjauh cuma xseperti dulu... tuh la... di sinilah kita boleh saling mengingatkan ;)
jzkk, ain.