Mesyuarat Agung Tahunan PENA kali ke-49

Assalammualaikum. Salam Maal Hijrah dan selamat bercuti buat semua. Buat apa hari ini? Muthiah... tidak bercuti kerana mahu menyiapkan kerja @ deadline, insya-ALLAH. Doakan Muthiah ya.

Pada 11 November baru-baru ini, telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan PENA kali ke-49. Mesyuarat ini diadakan di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka. Pendaftaran bermula pada jam 8.30 pagi. Muthiah sampai dalam jam 9.30 pagi. Itu pun tersesat. Walaupun sudah beberapa kali turun DBP, tetap lupa lokasinya. 

Inilah manusia. Kita acap kali alpa dan terlupa. Perlu diingatkan sentiasa. Mesti mencari petunjuk. Untuk sampai ke destinasi, tidak boleh berputus asa. 

Jom...

Taraaaa... kami bersiap sedia untuk ke DBP. Bersemangat kental. 

Bersama Pengurus Besar Penerbitan, Grup Buku Karangkraf, Puan Sri Diah Shaharudin.

Ucapan alu-aluan oleh Presiden PENA, Dr. Mohamad Saleeh Rahamad.

Muthiah sempat makan pagi dengan Tok Hassim, bekas wartawan (Muthiah kira).

Forum Bahasa dan Sastera.
Panel : Dato' Mohd Noor Azam (Mantan Ketua I PENA)

Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PENA ke-49 oleh Dr. Haji Awang Sariyan, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

 Jawatankuasa PENA sesi lepas.

Pak Ladin Nuawi.

Sebelum pulang, bergambar dengan Mas Adeki yang mahir bergurindam, Pak Ladin, Kak Long Haniza dari Perlis dan Kak Oni dari Sabah.

Mesyuarat Agung ini berakhir sekitar jam 2.00 petang. Tahniah Muthiah ucapkan kepada jawatankuasa baharu PENA. Moga teguh dan kental melaksanakan taklifan yang diamanahkan. 

Berikut Muthiah kongsi jawatankuasa baharu PENA.


Okey. Mahu sambung baca balik manuskrip. Sekali lagi, Muthiah ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah buat semua.
Labels: | edit post
0 Responses