Selamat Pengantin Baharu
Assalammualaikum. Buat apa hari ini? Okey. Hari ni, nak berceloteh sikit pasal adik lelaki Muthiah. Adik nombor dua. Beza umur kami dalam 9 tahun. Dia… baru sahaja menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihan hati pada 17 Mei lepas. Kira pengantin PKP lah ni.
Selamat Pengantin Baharu, Abang. Moga jadi suami yang baik dan bertanggungjawab. Jadilah suami yang sentiasa melindungi isteri. Jika mendengar sebarang kata buruk tentang isteri, cuba siasat… dengarkan cerita daripada banyak pihak. Sebab… dalam hidup ni…hati manusia lain-lain.Ada yang sentiasa bersangka baik.Ada juga yang cepat berburuk sangka yang tanpa sedar membawa kepada fitnah. Percayalah. Tatkala kata-kata nista hadir akibat buruk sangka berlaku, kisah itu akan tersemat dalam jiwa sampai bila-bila. Moga perkahwinan terus bahagia sampai jannah, insya-Allah.