RAJIN atau MALAS?

Assalammualaikum...

Mulakan hari dengan ucapan ALHAMDULILLAH... Moga-moga kita kan menjadi hamba ALLAH yang sentiasa merendah diri kepada-NYA, berlapang dada dengan sesuatu yang tidak menyenangkan... bersyukur dengan nikmat kurniaan-NYA dan banyak lagi <- Berkata-kata untuk mengingat diri yang selalu lupa :] Jika hendak dicatat kurniaan ALLAH... tidak terkira ;)


Seorang gadis comel bertanya, "Mampukah saya menjadi isteri yang baik (dalam menguruskan rumah dan tangga) sedang saya tidak pandai membuat apa-apa???"

Tidak pandai buat apa-apa tu???

Gadis comel itu pun menjawab, "Saya tidak pandai memasak... tidak pandai juga membuat kerja rumah sampai saya selalu diperlekehkan oleh orang yang dekat dengan saya."

Hmm...

Dalam hal sebegini, satu soalan ingin Muthiah ajukan...


Rasa-rasalah, adik manis masuk dalam kategori gadis comel yang RAJIN atau MALAS?

Ambil masa, tanyakan pada diri.. di manakah kedudukan aku? Kita lebih tahu... tidak perlu maklumkan kepada sesiapa.

Jawabnya... Jeng jeng jeng...

RAJIN!

Alhamdulillah, insya-ALLAH... Gadis comel pasti boleh! Fight, oh <- Yankumi selalu sebut bila masuk kelas.

Berusahalah untuk menjadi yang terbaik. Membuat salah itu perkara biasa kerana kita hanyalah manusia namun usahlah kita sekali-kali berputus asa dalam berusaha. Insya-ALLAH, kita pasti boleh! Buat yang terbaik, kemudian... biar ALLAH yang menilainya. Apapun <- Usaha dahulu ya, gadis comel ^^

Jika tidak pandai, tetapi adik comel RAJIN mencuba... RAJIN berusaha... RAJIN juga belajar... insya-ALLAH, satu hari adik comel akan menjadi wanita hebat, mengalahkan mereka yang sedia pandai... sedia arif tetapi payah dan berat untuk melakukan sebarang kerja.

Apa guna pandai memasak jika nasi yang disuap disediakan oleh mak/ dibeli dikedai.
Apa guna pakar dalam menggosok pakaian jika pakaian suami pun... suami gosok sendiri.
Apa guna mahir membasuh tetapi baju dan kain pun dibasuh dan dilipat mak/ dihantar dobi.
Apa guna kreatif jika penyapu dan mop pun tidak pernah dipegang.

Justeru, adik comel sayang...

Bangkit... usahlah merendah diri dengan kelemahan diri. Setiap manusia, pasti ada sisi-sisi kelemahan dan kelebihannya. Bangkit dan yakinlah kepada diri sendiri. Janji... RAJIN.

Kekuatan kita yang lemah... pasti! Mengharapkan pertolongan ALLAH namun perlu diingat ... "Tidak AKU ubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri berusaha untuk mengubahnya." Ar-Ra'd ayat 11.

Titipan buat gadis comel di luar sana (maknanya, ditujukan kepada setiap gadis yang membaca entri ini)...

Tanyakan pada diri -> Aku RAJIN atau MALAS?

Jika rajin, insya-ALLAH akan berjaya <- Boleh juga aplikasi entri ini untuk hal-hal lain, tidak berkisar tentang persoalan menjadi isteri yang baik sahaja.

Jika malas... dan berterusan pula melayan perasaan malas itu (malas di sini ada dua. Satu ialah malas yang jarang-jarang, mungkin masih tidak apa) -> Ketahuilah... diri bukan sahaja akan merugi bahkan tidak ada orang yang suka.

Yuk... kita merajinkan diri sendiri <- Hahaha... Ini adalah titipan untuk Muthiah yang berada dalam mod -> KURANG RAJIN.

Selamat bermuhasabah, wahai diri ^^
Labels: | edit post
0 Responses