Kari ayam

Assalammualaikum. Selamat memulakan kerja dengan PENUH SEMANGAT macam Muthiah

^________________^

Namun sebelum itu, jom kita masak-masak dahulu, mahu?


Bahan-bahan

Beberapa ketul ayam
Rempah kari
Bawang merah, bawang putih dan halia yang siap ditumbuk
3 biji ubi kentang
Kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih
Asam jawa
Santan
Sedikit garam dan gula

Cara membuatnya

1- Perap ayam dengan serbuk kari dan air asam jawa (tidak perap pun tidak apa).

2- Tumis bahan yang ditumbuk sampai naik bau. Jangan lupa... kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih sekali.

3- Masukkan ayam yang sudah diperap tadi. Tambah sedikit air. Kemudian, agak-agak menggelegak, masukkan santan dan ubi kentang (Muthiah biasa masuk ubi kentang awal sebab nak bagi lembut).

4- Sesudah itu, masukkan garam. Hendak letak gula pun tak apa. Akhirnya, siap...

Muthiah :

Muthiah terlupa untuk snap gambar. Jadi, Muthiah pun cari gambar 'SENYUM' sebab Muthiah suka melihat orang yang murah dengan senyuman. Ikhlas tidak ikhlas, belakang kira. Hanya ALLAH yang bisa menilainya. Tup-tup, gambar ini yang Muthiah temui. Kata-katanya pun menarik. Jom masak sambil senyum^^
Labels: | edit post
0 Responses