Jalan-jalan hujung minggu ;)

Assalammualaikum. Apa khabar? Bagaimana dengan hujung minggu yang lalu? Alhamdulillah.

Pertama : Dapat makan Radix Fried Chicken di Ipoh. Ehe. Promsi RFC sekejap, boleh? Marilah kita sama-sama menyokong produk Muslim. Kalau bukan kita, siapa lagi? Muthiah yakin. Satu hari nanti, RFC akan berkembang maju dan dapat bersaing dengan...

Kedua : Dapat jalan-jalan ke Istana Kellie yang terletak di tepi jalan Simpang Pulai ke Batu Gajah. Bayaran masuk untuk dewasa ialah RM4. Untuk kanak-kanak, Muthiah tidak pasti. Jom jalan ;)


Apabila mula-mula sampai, beginilah pemandangannya. Ruang dalam rumah agak unik, luas dan berseni.

Rumah awal Kellie sebelum runtuh akibat perang dunia ke-2. Hendak tahu lanjut, boleh tengok Wikipedia, ya ;)

Pokok ini dinamakan sebagai Pokok Beruang. Mungkin bentuknya menyerupai beruang.

Ketiga : Dapat bersama dia saat senang dan susah ;)

Walau di mana kita berada, ayuh bersihkan hati daripada sesuatu yang tidak sepatutnya. Orang lain tidak rugi apa-apa. Kitalah yang kelak menerima tempiasnya ...

Muthiah : Jadi pegawai pelancong pula hari ini. Hiiii...
Labels: | edit post
4 Responses
  1. salam kak

    bestnya, menarik tu, teringin nak p istana tu...klasik :)


  2. Siti Muthiah Says:

    Salam.

    Dik, betul. Masa akak jalan-jalan, ada 4 pasangan pengantin baru duk amik gambar ...


  3. bagus entry nih.share bersama tntg istana kellie.good! keep posting :)


  4. Siti Muthiah Says:

    Insya-ALLAH... nanti, bolehlah ajak famili jalan-jalan sini. selain istana kellie, banyak lagi tempat yang menarik di perak.