Doa Terakhir

Assalammualaikum. Promosi buku NUR minggu ini. Jeng jeng jeng...

Doa Terakhir



Sinopsis

Ustaz Kamal menghadapi dilema dalam menegakkan syiar Islam di kampungnya. Penduduk kampungnya lebih taksub dengan amalan khurafat dan mempercayai bomoh-bomoh yang menggunakan syaitan laknatullah sebagai pengantara. Malah Ustaz Kamal dipukul dengan teruk oleh suami Norita, Tuan Musa hanya kerana mengajar Norita tentang agama.

Norita sendiri teruk diseksa oleh Tuan Musa. Cubaannya melarikan diri juga gagal. Dia dikurung dan tiada sesiapa yang dibenarkan berjumpa dengannya. Norita hanya mampu menangis dan bermohon kepada ALLAH agar meringankan seksaan yang ditanggung. DOA TERAKHIR, merubah segala-galanya.

Penulis : Fuad Haji Sam

** Muthiah kira penulis ada facebook tetapi tidak berjumpa pula **

Ayuh, dapatkannya di pasaran. Dan... jom kita meluncur bersama ~
Labels: | edit post
2 Responses
  1. Salam siti...saya hadiahkan buku ini pada hari lahir anak saya yang masih Tahun 6. Sebaik saja dia baca dia terus ceritakan beberapa helai yg tlh dia baca...seolah-olah spt dia bru lepas menonton tv. Setiap sblum tido dia pasti ambil novel ini. Esoknya dia pasti cerita semula apa yg dia baca. Anak saya ini minat betul pada penulis novel ini. Dia btul2 nak bgambar dgn penulis ini.


  2. Salam, Akak. Terima kasih kerana menyokong novel NUR. Ada facebook? Nanti, bolehlah Akak tambah sebagai teman penulisnya. Kebetulan, saya baru berjumpa dengan Facebook beliau. Insya-ALLAH, ada rezeki, Akak boleh berjumpa sendiri dengannya dan... Ehe... bergambar dengannya.

    Facebook ~ Muhammad Alfuady @ fuadsam@ymail.com.

    ;)