Popeye


Assalammualaikum. Selamat pagi Malaysia. Hehe... Alhamdulillah. Kerja Muthiah untuk hari ini sudah siap. Blog pun sudah buat satu tajuk. Hmm... lapar tetapi dia keluar. Jadi, Muthiah buat blogwalking. Ehe. Terjumpa gambar ini. Menurut papa Muthiah... Popeye adalah kartun kegemaran Muthiah waktu kecil dahulu. Sahabat-sahabat, bagaimana? Ayuh... kita kenang kembali saat suka-duka waktu jadi budak-budak.

Yang seronoknya... waktu kecil, hati kita mesti putih bersih, bukan?

Kalau iri hati pun, tidaklah sekeji orang dewasa yang cemburu.
Kalau bergaduh pun, tidak semelampau orang tua bertikam lidah.
Kalau mengutuk dan menghina pun, tidak se... orang dewasa.
Kalau nakal pun, tidak seteruk orang dewasa yang tidak baik akhlak dan perilakunya.
Kalau dan kalau.

Betulkah?

Hmm... Moga kan dapat direnungkan bersama. Sebalik di sebaliknya ;)

Muthiah : Oleh sebab Muthiah berkulit sawo matang, Muthiah tidak marah apabila orang kata Muthiah hitam sebab sememangnya Muthiah tidak hitam. Jadi, abaikan sahaja...
Labels: | edit post
2 Responses
  1. salam

    kartun zaman kecik2 ni.hehe

    biar luar hitam tapi hati putih :)


  2. Siti Muthiah Says:

    salam.

    yup... walaupun sukar untuk memutihkan yang di dalam, kita boleh memilih untuk berusaha memutihkannya.sama-samalah kita, ya ;)