Ainul Mardhiah

Assalammualaikum. Selamat berhujung minggu. Apa khabar? Masak apa pagi ini? Apa?? Makan di luar? Ehe. Tidak apa. Sekali-sekala, apa salahnya. Muthiah pun selalu buat. Hihi...Hari-hari, dikhuatiri botak kepala. Hmm.. tidak apa. Duit banyak. Okey ;) Selamat menjamu selera.

Dahulu... masa Muthiah belajar di UM. Muthiah ada cemburukan seseorang.

  • Siapakah dia?
  • Mengapa sampai begitu sekali?


Hmm... entahlah. Automatik perasaan itu menjelma. Bukan hendak tetapi ia datang sendiri. Namun, inilah ketetapan, bukan? Telah disediakan bidadari-bidadari buat mereka yang bertakwa. Jadi...

Buat sisi diri...

  • Berusahalah untuk menjadi hamba/ isteri yang terbaik.
  • Dekatkan diri dengan ALLAH agar terhindar perasaan yang tidak sepatutnya.
  • Mohon kekuatan daripada-NYA untuk menempuh segala dugaan di atas muka bumi ini.

Kadang-kadang, bahkan acap kali... setiap kali gembira, kita lupakan DIA tetapi... bilamana dirundung duka, terkial-kial kita mencari TUHAN. Moga Muthiah kan sentiasa diingatkan tentang ini. ALLAH-lah segalanya saat suka dan duka. Harapnya, sahabat-sahabat pun begitu ;)

Muthiah : Ya, ALLAH. Kurniakan aku.. dia dan mereka kesucian hati dan jiwa ...
2 Responses
  1. salam

    moga kakak kuat menghadapi segala dugaan dan cabaran hidup :)


  2. Siti Muthiah Says:

    Salam, dik.

    Ehe... masuk blog sekejap... hendak ke hospital pula ni, tgk mak... insya-ALLAH. jzkk, dik ;)