=)

Assalammualaikum. Apa khabar, semua. Alhamdulillah, Muthiah sihat. Mak pun semakin baik. Insya-ALLAH, jika semuanya OK... hari ini dapat keluar hospital. Doakan, ya ;)


Hmm.. Hendak tulis apa? Afwan. Masa agak mencemburui. Sebenarnya, banyak yang hendak dikongsi. Sesuatu yang insya-ALLAH, boleh diambil dari sisi positif dan dibuat pedoman. Insya-ALLAH, balik Taiping nanti, ya ;)


OK... Sebelum beransur dari sini ...

Setinggi-tinggi tahniah Muthiah ucapkan kepada Kak Raihan Zaffya atas kelahiran novel kedua beliau. Ayuh, teman-teman. Dapatkan segera di pasaran - MENANTI FAJAR SIDIK.


Selamat berpuasa bagi sahabat-sahabat yang sedang berpuasa.


Hmmm... JAGA DIRI HIASI PERIBADI. Kitalah yang membuat pilihan. Mahu menjadi manusia yang baik atau sebaliknya. Letaklah ALLAH di tempat tertinggi dalam hati kita. Payah! Cakap memang senang tetapi tidak salah memotivasi diri begitu, bukan?


Salam sayang daripada Muthiah ;)

Labels: | edit post
2 Responses
  1. Salam. Akak juga mendoakan akan kesihatan ibu Muthiah. Semoga beliau cepat sembuh.


  2. Salam.

    Terima kasih, kak. Alhamdulillah, keadaan mak semakin baik. Insya-ALLAH esok Muthiah kembali 'bertugas'.