Kriteria teman


Assalammualaikum. Pertamanya, Muthiah ingin mengucapkan :

  • Selamat bekerja...
  • Selamat mengajar bagi pendidik...
  • Selamat belajar bagi para pelajar...
  • Selamat menguruskan rumah bagi suri rumah...
  • Selamat dan selamat. Moga kita semua kan selamat di dunia dan akhirat.

Hmm... masih lagi berada dalam mode kurang aktif menulis. Ehe. Apapun, kitalah yang membuat pilihan, bukan?


Facebook oh facebook. Macam-macam boleh dilihat di facebook. Macam-macam ada. Kadang-kadang, tidak perlu beli surat khabar. Ada yang sudi berkongsi informasi tentang hal ehwal semasa. Satu persoalan, apakah kriteria teman yang membuatkan kita tergerak hati untuk menambah seseorang sebagai salah seorang kawan kita?

  • Cantik/ kacak. Sedap mata memandang. Betul?
  • Kawan sekolah/ kolej/ U dan yang seangkatan dengannya. Dengan kata lain, berjejak kasih.
  • Kawan sekerja. Mudah kalau hendak meluah ketidakpuasan hati terhadap sesiapa tetapi ingat, jangan tambah bos sebagai teman.
  • Kenal satu kampung. Mudahlah kalau ada apa-apa.
  • Orang glamor. Macam artis... ahli politik.
  • Rakan penulis. Ehe. Boleh bertukar-tukar fikiran dan belajar daripada mereka yang berpengalaman.
  • Tambah siapa sahaja. Yang penting, jumlah kawan kita ramai.
  • Dia kuat bergosip. Memudahkan kita mendapat maklumat terkini.
Apa lagi, ya? Baik. Muthiah hendak tengok mama Muthiah dahulu. Nanti, kalau ada idea... kita sambung ;)

Wassalam ;)
Labels: | edit post
4 Responses
  1. baru nak belajar2 dgn FB.hehe


  2. Arfa Ardiya Says:

    1)seseorang yg boleh dibuat sebagai prospect client/customer.. dalam erti kata lain, senang nak buat marketing nanti. hehe. ;-)

    2)disebabkan adanya perkataan 'mutual friends'.. (saje nak berlumba tambahkan bilangan kawan). huhu.


  3. Siti Muthiah Says:

    azhan,

    ehe... add akak please ;)


  4. Siti Muthiah Says:

    ardiya,

    correct... antara medium membuat pasaran yang sangat efektif.

    lumba tambah kawan? hmmm... idea yang baik tu..hahaha...