Anda juga seperti SAYA!

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah. Alhamdulillah, sihat.

Perkembangan kerja?
Alhamdulillah, walaupun berlangsung agak perlahan. Doakan, ya.

Perkembangan hati?
Alhamdulillah, semakin tenang sehari-hari. Moga dipelihara ALLAH selalu.

Perkembangan rumah tangga?
Alhamdulillah, syukur atas segalanya. Moga berkekalan begini hendaknya ;)


Ehe. Terlewat pos entri hari ini. Hendak tulis apa, ya? Hmm... tidak ada idea tetapi, ada satu kata-kata menarik yang Muthiah baca di wall seorang akhi di Facebook. Ungkapan tersebut berbunyi ...

Saya bukan ustaz tapi saya boleh baca Quran dengan tajweed
Saya bukan ustaz tapi saya boleh baca hadith Nabi SAW
Saya bukan ustaz tapi saya boleh jadi imam solat
Saya bukan ustaz tapi saya hafal Quran (sikit-sikit)
Saya bukan ustaz tapi saya boleh ajak org lain suka kepada ISLAM

... Hey! Bukankah ANDA juga seperti saya?

~Ammar Mohd Zain~

Apakah yang kita boleh renungkan di sini?

Satu kesimpulan yang boleh Muthiah buat, kita semua adalah PENDAKWAH yang mengajak manusia kepada ALLAH ;)
Labels: | edit post
2 Responses
  1. salam kak

    ya kan, tugas pendakwah bukan kepada bahu ustaz dan ustazah saja. tetapi kepada smeua umat Islam termasuk orang paling atas dan orang paling bawah dalam kepimpinan.


  2. Siti Muthiah Says:

    salam, dik.

    Naam. Kita semua adalah pendakwah. Mungkin kita tidak bijak berkata-kata tapi mungkin kita boleh menunjukkan akhlak yang paling baik. setiap orang, ada sisi kelebihan pada diri masing-masing...