Promosi novel Januari Alaf 21


Alhamdulillah. Akhirnya....

Jeng jeng jeng. Bakal terbit JANUARI 2014.

Operasi bulan madu - Aini Marisha.
Mas Kahwinku 22.50 - Zan Zarida Mohd Nasir.
Dia Diktator Hatiku - Nazihatul HananNurliza Mohd Nasir.
Cinta Kuasa Tinggi SayleMoon HazelLin AzleyaShadzalin.

Tahniah kepada rakan penulis.

Nantikan kemunculan buku-buku ini dan ayuh dapatkan di pasaran 


Nota : 

Dia diktator hatiku ~ Karya Siti Muthiah.

Buka untuk tempahan. Sesiapa yang berminat, boleh e-mel Muthiah di xpdcsolehah99@gmail.com

Kisah Nabi Ibrahim dan Siti Hajar.


Ibrahim telah meninggalkan Siti Hajar bersama anak mereka, Ismail di satu lembah kontang tanpa tumbuh-tumbuhan di Mekah. Tiada tetangga, tiada makanan. Berkali-kali Siti Hajar bertanya, mengapa mereka ditinggalkan di situ namun tidak diendahkan Ibrahim. Akhirnya...

"Adakah ini perintah ALLAH?" soal Siti Hajar.

"Ya," jawab Ibrahim.

Maka, berkata Siti Hajar dengan yakin, "Sekiranya begitu, ALLAH pasti tidak akan mensia-siakan kita. Tentu ada pembelaan daripada-NYA." 
Labels: 0 comments | | edit post

Milik ALLAH di langit dan di bumi


"Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat. Dan kebaikan apa sahaja yang kamu usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahalanya pada sisi ALLAH. Sesungguhnya, ALLAH Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan." (al-Baqarah, 2:110)

"Dan kepunyaan ALLAH-lah timur dan barat; maka ke mana pun kamu menghadap, di situlah wajah ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Luas (rahmat-NYA), lagi Maha Mengetahui." (al-Baqarah, 2:115)

"ALLAH Pencipta langit dan bumi, dan bila DIA berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu; maka (cukuplah) DIA hanya mengatakan kepadanya, 'Jadilah!', lalu jadilah ia." (al-Baqarah, 2:117)

Kisah Mus'ab bin Umair R.A.



  • Remaja Quraisy yang kacak dan hidup mewah.
  • Meninggalkan kemewahan setelah pengislamannya. Sabda Nabi SAW, "Dahulu, ketika aku melihat Mus'ab, tidak ada siapapun yang dapat menandinginya dalam memperoleh kesenangan daripada orang tuanya; kemudian ditinggalkan semua itu demi cintanya kepada ALLAH dan Rasul-NYA."
  • Mendapat tentangan yang hebat daripada ibunya sendiri, Khunas binti Malik ~ Dikurung ibunya di satu tempat terpencil di rumahnya sebelum mencari perlindungan di Habsyah.
  • Menjadi duta Rasulullah ke Madinah ~ mengajarkan agama kepada orang Ansar; mengajak orang lain kepada ALLAH; mempersiapkan Madinah untuk menyambut hijrah Rasulullah.
  • Di Madinah, menjadi tetamu di rumah As'ad bin Zararah  ~ Dengan As'ad, mengunjungi kabilah-kabilah dari rumah ke rumah untuk membacakan ayat suci Al-Quran. 
  • Ditentang Usaid bin Hudhair (kepala suku kabilah Abdul Asyhal di Madinah) namun akhirnya, Usaid bersaksi bahawa tiada TUHAN yang diabdikan diri melainkan ALLAH setelah mendengarkan ayat Al-Quran yang dibaca Mus'ab. Diikuti dengan pengislaman Sa'ad bin Mu'az dan Sa'ad bin 'Ubadah.
  • Menjadi pembawa bendera sewaktu Perang Uhud - syahid di pertempuran Uhud.
Labels: 0 comments | | edit post

Bakal terbit - Dia Diktator Hatiku


Harga : RM 22.00
ISBN : 978-983-124-917-8
Halaman : ~ 556
Berat : 480 gm
Tarikh Terbit : 10 Januari 2013
Kategori : Novel

Sinopsis
Deadline, deadline, deadline! Bila tiba saja ‘hari’ itu, semua orang akan menjadi stres. Terutamanya Sumayyah. Dia selalu menjadi mangsa buli Zahin. Lelaki itu suka benar mencari salahnya. Apa sahaja yang dibuatnya, selalu tidak kena di mata Zahin. Perasaan benci terhadap Zahin begitu membuak-buak sehingga sesak nafas dibuatnya! Tapi siapa sangka, perasaan benci itu bertukar menjadi rindu dan sayang. Dalam diam, Zahin begitu mencintai Sumayyah. Perasaan ini tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Biarlah hanya ALLAH sahaja yang tahu isi hati mereka berdua. Namun, perasaan itu terhalang dengan kehadiran Sabrina yang menabur fitnah antara mereka.

Nantikan kemunculannya...

Hanyalah ALLAH...



"Tiadakah kamu mengetahui bahawa kerajaan langit dan bumi adalah kepunyaan ALLAH? Dan tiada bagimu selain ALLAH seorang pelindung mahupun seorang penolong." (al-Baqarah, 2:107)

#Terjemahan 

Al-Baqarah, 2:101-110.

#Tazkirah

Syahadatain - tiang utama dan landasan penting bagi rukun Islam; tertegak syahadah, maka tertegaklah ibadah dalam diri; mewujudkan sikap rohaniah yang memberi impak kepada tingkah laku fizikal dan akal; tunduk, taat dan patuh hanya pada ALLAH.


#Muhasabah diri

 Pelihara hati, lidah, mata, telinga
 Hindari syak, perasaan negatif, cemburu
 Cakap dan menulis yang baik-baik, bermanfaat

 Berusahalah untuk istiqamah. Tidak mampu buat semua, jangan tinggal segalanya 

Ujian penghapus dosa...


"Tidaklah menimpa seorang Mukmin satu penyakit yang berpanjangan; kesulitan; sebarang jenis kesakitan; dan kesedihan, bahkan kedukacitaan; melainkan dihapuskan sebahagian daripada dosa-dosanya." (H.R. Bukhari dan Muslim)

#Terjemahan 2:51-100
#KisahNabiMusa, sapi dan kaumnya 2:67-73.
#PeliharaHatiLidahMataTelinga
#HindariSyakNegatifCemburu

 Andai tidak mampu lakukan semua, usah tinggal segalanya. Berusahalah untuk istiqamah 

Sabar dan solat



"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya, yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk..." (al-Baqarah, 2:45)

#Terjemahan 2:1-50.
#PeliharaHatiLidahMataTelinga
#HindariSyakNegatifCemburu

 Andai tidak mampu lakukan semua, usah tinggal segalanya. Berusahalah untuk istiqamah 

Beritahulah...


Sayang kamu... dia... mereka... semuanya 

"Apabila seseorang insan mengasihi saudaranya, maka beritahulah kepadanya bahawa dia mengasihi saudaranya itu." (H.R. Abu Daud & Tirmidzi)

~ Buatmu, sahabat ~

#Peringatan buat diri yang selalu lupa dan terlepas pandang.

 Andai tidak mampu buat semua, jangan tinggal segalanya 

Berkata yang baik atau diam...



Daripada Abu Hurairah R.A., Nabi SAW bersabda, "Barangsiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat; janganlah dia menyakiti jirannya, dan barangsiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat; hendaklah dia memuliakan tetamunya, dan barangsiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat; hendaklah dia berkata yang baik atau diam." (H.R. Bukhari dan Muslim)

#Peringatan buat diri yang selalu lupa dan terlepas pandang.

 Andai tidak mampu buat semua, jangan tinggal segalanya 

Sifat mahmudah (Menurut Imam al-Ghazali)


Taubat

"Sesungguhnya,  ALLAH menyukai orang-orang yang bertaubat; dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (al-Baqarah, 2:222) 

Takut kepada ALLAH

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takwa kepada-NYA..." (ali-Imran, 3:102)

Kasih kepada ALLAH

"...dan orang-orang yang beriman itu sangat mencintai Allah...” (al-Baqarah,2:165)

Zuhud

"Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi TUHAN-mu serta lebih baik untuk menjadi harapan." (al-Kahfi, 18:46)

Sabar

"Hai, orang-orang yang beriman. Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu, dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu), dan bertakwalah kepada ALLAH; supaya kamu beruntung." (ali-Imran, 3:200)

Syukur

"Oleh sebab itu, ingatlah kamu kepada-KU nescaya AKU ingat (pula) kepadamu; dan bersyukurlah kepada-KU; dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-KU." (al-Baqarah, 2:152)

Ikhlas dan benar

"Kecuali orang-orang yang taubat dan mengadakan pembaikan; dan berpegang teguh pada (agama) ALLAH; dan tulus ikhlas (mengerjakan) agama mereka kerana ALLAH..." (an-Nisa', 4:146)

Tawakal

"Dan bertawakallah kepada (ALLAH) Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang." (as-Syu'ara, 26:217)

Reda dengan qadak ALLAH

"Sekiranya mereka sungguh-sungguh reda dengan apa yang diberikan ALLAH dan Rasul-NYA kepada mereka, lalu berkata, 'Cukuplah ALLAH bagi kami,' ALLAH akan memberikan sebahagian daripada kurnia-NYA dan demikian (pula) Rasul-NYA; sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berharap kepada ALLAH, (tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka)." (at-Taubah, 9:59)

Ingat mati

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati..." (ali-Imran, 3:185)


Labels: 0 comments | | edit post

Yakini janji-NYA


"Dan bersabarlah kamu; sesungguhnya janji ALLAH adalah benar dan sekali-kali janganlah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran ayat-ayat ALLAH) itu menggelisahkan kamu." (ar-Ruum, 30:60)

#MenulisBercakapMelihatMendengarBerbuat yang baik 
#PositifOptimis 
#HindariPrasangkaNegatif 

~Setiap amal bermula dengan niat. Perbetulkan niatmu, Muthiah ~

Usah meremeh kebaikan


Daripada Abu Dzar R.A., dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Janganlah sekali-kali kamu meremehkan kebaikan, meskipun hanya berupa keceriaan wajah tatkala bertemu dengan saudaramu." (H.R. Muslim)

Senyum sokmo 

#Sampaikan walau satu ayat.
#Pelihara hati, lidah, mata, pena, telinga.
#Positif, optimis.
#Hindari syakwasangka, gores hati, tuduh melulu.

Memperjuang kalimah ALLAH


Daripada Abu Musa al-Asy'ari, Nabi SAW bersabda, "Barang siapa yang berjuang untuk menjadikan kalimah ALLAH sebagai kalimah yang paling tinggi, maka dia berada di jalan ALLAH." (H.R. Bukhari dan Muslim)

Andai tidak mampu buat semua, usah tinggal segalanya 

#Sampaikan walau satu ayat.
#Pelihara hati, lidah, mata, pena, telinga.
#Positif, optimis.
#Hindari syakwasangka, gores hati, tuduh melulu.

Rukun Usrah


Ukhwah.

"Orang-orang beriman itu adalah bersaudara. Oleh sebab itu, damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap ALLAH; supaya kamu mendapat rahmat." (al-Hujuraat, 49:10)

Rukun usrah :

#Taaruf - saling kenal kerana ALLAH.
#Tafahhum - saling memahamkan.
#Takaful - saling menanggung beban.
Labels: 0 comments | | edit post

Bersangka baik dengan ALLAH


Positif...

Daripada Abu Hurairah R.A., Nabi SAW bersabda, "ALLAH SWT berfirman,'AKU berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-KU sangkakan terhadap-KU; dan AKU berserta dengannya ketika dia menyebut-KU (berzikir kepada-KU)',". (H.R. Bukhari dan Muslim)

#UsahaGigih
#JagaLidahPenaMataTelinga
#SangkaBaikCakapBaikTulisBaik

Usah menzalimi


Hati-hati, diri...

Daripada Abdullah bin Abbas R.A., Rasulullah SAW bersabda, "Takutilah doa orang yang dizalimi, sesungguhnya tidak ada hijab di antaranya dengan ALLAH." (H.R. Bukhari dan Muslim)

#AwasiDiri
#JagaLidahMataTelingaPena
#Istighfar
#SangkaBaik

Buatmu sahabat


Buat mereka yang bergelar sahabat...

Daripada Anas R.A., Nabi SAW bersabda, "Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah ia mengasihi saudaranya sepertimana ia mengasihi dirinya sendiri." (H.R. al-Bukhari dan Muslim)

#JagaHati
#PeliharaLidah
#AwasiMataPena

 Hormati dan sayangilah sahabatmu 

Nabi dan Rasul



Nabi 
  • Seorang lelaki yang merdeka; menerima wahyu daripada ALLAH; tidak ditugaskan untuk menyampaikannya kepada orang lain.
  • Jumlah : 124,000 orang.
Rasul
  • Seorang lelaki yang merdeka; mendapat wahyu daripada ALLAH; ditugaskan untuk menyampaikan kepada orang lain.
  • Jumlah : 313 orang.
  • Rasul yang wajib diketahui : 25 orang.
  1. Adam A.S.
  2. Idris A.S.
  3. Nuh A.S.
  4. Hud A.S.
  5. Saleh A.S.
  6. Ibrahim A.S
  7. Lut A.S.
  8. Ismail A.S.
  9. Ishak A.S.
  10. Yaakub A.S.
  11. Yusof A.S.
  12. Ayub A.S.
  13. Syuib A.S.
  14. Musa A.S.
  15. Harun A.S.
  16. Zulkifli A.S.
  17. Daud A.S.
  18. Sulaiman A.S.
  19. Ilyas A.S.
  20. Ilyasa' A.S.
  21. Yunus A.S.
  22. Zakaria A.S.
  23. Yahya A.S.
  24. Isa A.S.
  25. Muhammad SAW
  • Ulul 'Azmi : 5 orang (NIMIM)
  1. Nuh A.S.
  2. Ibrahim A.S.
  3. Musa A.S.
  4. Isa A.S.
  5. Muhammad SAW
Labels: 0 comments | | edit post

Boleh jadi kamu benci sesuatu... (al-Baqarah, 2:216)


".... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu; dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah, 2:216)



Fikir, renung, muhasabah sendiri.
ALLAH Maha Tahu, fikiran manusia terbatas