Usah meremeh kebaikan


Daripada Abu Dzar R.A., dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Janganlah sekali-kali kamu meremehkan kebaikan, meskipun hanya berupa keceriaan wajah tatkala bertemu dengan saudaramu." (H.R. Muslim)

Senyum sokmo 

#Sampaikan walau satu ayat.
#Pelihara hati, lidah, mata, pena, telinga.
#Positif, optimis.
#Hindari syakwasangka, gores hati, tuduh melulu.

Memperjuang kalimah ALLAH


Daripada Abu Musa al-Asy'ari, Nabi SAW bersabda, "Barang siapa yang berjuang untuk menjadikan kalimah ALLAH sebagai kalimah yang paling tinggi, maka dia berada di jalan ALLAH." (H.R. Bukhari dan Muslim)

Andai tidak mampu buat semua, usah tinggal segalanya 

#Sampaikan walau satu ayat.
#Pelihara hati, lidah, mata, pena, telinga.
#Positif, optimis.
#Hindari syakwasangka, gores hati, tuduh melulu.

Rukun Usrah


Ukhwah.

"Orang-orang beriman itu adalah bersaudara. Oleh sebab itu, damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap ALLAH; supaya kamu mendapat rahmat." (al-Hujuraat, 49:10)

Rukun usrah :

#Taaruf - saling kenal kerana ALLAH.
#Tafahhum - saling memahamkan.
#Takaful - saling menanggung beban.
Labels: 0 comments | | edit post

Bersangka baik dengan ALLAH


Positif...

Daripada Abu Hurairah R.A., Nabi SAW bersabda, "ALLAH SWT berfirman,'AKU berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-KU sangkakan terhadap-KU; dan AKU berserta dengannya ketika dia menyebut-KU (berzikir kepada-KU)',". (H.R. Bukhari dan Muslim)

#UsahaGigih
#JagaLidahPenaMataTelinga
#SangkaBaikCakapBaikTulisBaik

Usah menzalimi


Hati-hati, diri...

Daripada Abdullah bin Abbas R.A., Rasulullah SAW bersabda, "Takutilah doa orang yang dizalimi, sesungguhnya tidak ada hijab di antaranya dengan ALLAH." (H.R. Bukhari dan Muslim)

#AwasiDiri
#JagaLidahMataTelingaPena
#Istighfar
#SangkaBaik

Buatmu sahabat


Buat mereka yang bergelar sahabat...

Daripada Anas R.A., Nabi SAW bersabda, "Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah ia mengasihi saudaranya sepertimana ia mengasihi dirinya sendiri." (H.R. al-Bukhari dan Muslim)

#JagaHati
#PeliharaLidah
#AwasiMataPena

 Hormati dan sayangilah sahabatmu 

Nabi dan Rasul



Nabi 
  • Seorang lelaki yang merdeka; menerima wahyu daripada ALLAH; tidak ditugaskan untuk menyampaikannya kepada orang lain.
  • Jumlah : 124,000 orang.
Rasul
  • Seorang lelaki yang merdeka; mendapat wahyu daripada ALLAH; ditugaskan untuk menyampaikan kepada orang lain.
  • Jumlah : 313 orang.
  • Rasul yang wajib diketahui : 25 orang.
  1. Adam A.S.
  2. Idris A.S.
  3. Nuh A.S.
  4. Hud A.S.
  5. Saleh A.S.
  6. Ibrahim A.S
  7. Lut A.S.
  8. Ismail A.S.
  9. Ishak A.S.
  10. Yaakub A.S.
  11. Yusof A.S.
  12. Ayub A.S.
  13. Syuib A.S.
  14. Musa A.S.
  15. Harun A.S.
  16. Zulkifli A.S.
  17. Daud A.S.
  18. Sulaiman A.S.
  19. Ilyas A.S.
  20. Ilyasa' A.S.
  21. Yunus A.S.
  22. Zakaria A.S.
  23. Yahya A.S.
  24. Isa A.S.
  25. Muhammad SAW
  • Ulul 'Azmi : 5 orang (NIMIM)
  1. Nuh A.S.
  2. Ibrahim A.S.
  3. Musa A.S.
  4. Isa A.S.
  5. Muhammad SAW
Labels: 0 comments | | edit post

Boleh jadi kamu benci sesuatu... (al-Baqarah, 2:216)


".... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu; dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah, 2:216)



Fikir, renung, muhasabah sendiri.
ALLAH Maha Tahu, fikiran manusia terbatas 

Berbuat baik


Daripada Abu Dzar R.A., Nabi SAW bersabda, "Takutilah ALLAH di mana sahaja kamu berada; dan iringilah perbuatan buruk itu dengan perbuatan yang baik kerana kebaikan bisa menghapus kejahatan; dan bergaulah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik." (H.R. al-Tirmizi dan al-Hakim)

 Berbuat baiklah sentiasa agar hidup bahagia, insya-ALLAH 

#Berfikir yang baik.
#Berkata yang baik.
#Menulis yang baik.

Moga ALLAH merahmati 

Istiqamah



Daripada Aisyah R.HA., Nabi SAW bersabda, "Wahai manusia, lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya, ALLAH tidak pernah jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling ALLAH sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit." (H.R. Bukhari dan Muslim)

 Sekiranya tidak mampu buat semua, usah tinggal segalanya 

Malaikat

Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah... Alhamdulillah. Masih 'off' menulis. Insya-ALLAH, jadual kerja bermula pada minggu hadapan. Apa pasal lama sangat bercuti? Oh, bukan saja-saja. Ada urusan lain yang perlu diberesi terlebih dahulu. Doakan Muthiah ya.





Hmm... sambil duduk santai, Muthiah sebut sendirian nama-nama malaikat. Daripada pembacaan Muthiah, malaikat ada banyak tetapi 10 yang wajib kita ketahui. Ingat tak nama-nama malaikat ni? Jom kita semak balik...


  1. Jibril A.S. - menyampaikan wahyu.
  2. Izrail A.S. - mencabut nyawa.
  3. Mikail A.S. - mengagihkan rezeki.
  4. Israfil A.S. - meniup sangkakala.
  5. Munkar A.S. - menyoal di dalam kubur.
  6. Nakir A.S. - menyoal di dalam kubur.
  7. Raqib A.S. - menulis perkara baik.
  8. 'Atid A.S. - menulis perkara jahat.
  9. Malik A.S. - menjaga neraka.
  10. Ridhwan A.S. - menjaga syurga.


Setelah mengetahui adanya malaikat ini, apakah yang perlu kita lakukan?

_______
_______
_______

Renung dan fikir...

Labels: 0 comments | | edit post

Menutup aib orang


Buat jasad yang selalu alpa.

Daripada Abu Hurairah R.A., Nabi SAW bersabda, "Tidaklah seorang hamba yang menutup keaiban hamba yang lain melainkan ALLAH akan menutup keaibannya pada hari kiamat." (H.R. Muslim)

 Andai tidak mampu mengungkap kata yang baik-baik, lebih baik berdiam sahaja. Sesungguhnya, ALLAH Maha Teliti Penghitungan-NYA 

"... Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula." (al-Zalzalah, 99:7-8)

Solat tiang agama

Assalammualaikum. Apa khabar? Alhamdulillah. Projek 1H1C Muthiah selesai sudah. Hajat di hati, ingin memulakan projek AMK tetapi ada urusan lain yang lebih penting perlu didahulukan. Doa agar dipermudahkan ya, insya-ALLAH. Amiin.


SOLAT

Ungkapan yang biasa kita dengar ~ Solat  tiang agama. Selain daripada itu, solat juga terkandung dalam rukum Islam yang 5. Apa lagi yang terbayang di fikiran apabila terjelma perkataan solat di hadapan mata? Solat membezakan orang Islam dengan bukan Islam. Solat juga bisa mendekatkan seorang hamba dengan PENCIPTA. Ada solat fardu, ada solat sunat dan perlu didahului dengan amalan wuduk. Solat berjemaah lebih afdal daripada solat bersendirian. 

Ada tambahan?

SOLAT WAJIB


  1. Subuh - 2 rakaat
  2. Zohor - 4 rakaat
  3. Asar - 4 rakaat 
  4. Maghrib - 3 rakaat
  5. Isyak - 4 rakaat


SYARAT WAJIB SOLAT


  1. Islam
  2. Baligh
  3. Berakal


SYARAT SAH SOLAT


  1. Yakin masuknya waktu solat.
  2. Menghadap kiblat.
  3. Menutup aurat.
  4. Suci daripada najis.
  5. Berwuduk dan telah pun mandi hadas (bagi yang berhadas).


RUKUN SOLAT


  1. Niat di dalam hati.
  2. Takbiratulihram.
  3. Berdiri bagi yang mampu.
  4. Membaca Al-Fatihah.
  5. Rukuk dan tamakninah.
  6. Iktidal.
  7. Sujud.
  8. Duduk di antara 2 sujud.
  9. Duduk tahiyat akhir.
  10. Membaca tahiyat akhir.
  11. Membaca selawat ke atas Nabi dalam tasyahud akhir.
  12. Salam pertama.
  13. Tertib.



Labels: 0 comments | | edit post

Kelebihan membaca Al-Quran




Kelebihan membaca Al-Quran :
  1. Ibadah paling utama (dari segi bacaan).
  2. Memperoleh ganjaran pahala daripada ALLAH.
  3. Terselamat daripada api neraka.
  4. Al-Quran sebagai pembela pada hari kiamat.
  5. Memperoleh keamanan di dunia dan kemuliaan di syurga, insya-ALLAH.
  6. Mendapat keberkatan dan keharmonian hidup. 
  7. Mendapat perlindungan di Padang Mahsyar.
  8. Dilindungi godaan syaitan laknatullah.
Masa diutamakan membaca Al-Quran :
  1. Pada waktu tengah malam sehingga fajar.
  2. Antara Maghrib dan Isyak.
  3. Sesudah solat Subuh.
Sumber : Indahnya Hidup Bersyariat, Dato' Ismail Kamus

Muthiah!!!

Assalammualaikum. Berkurun sudah (bohonglah) tidak duduk lama di blog sendiri. Agak sibuk mengejar deadline. Alhamdulillah. Beres sudah. Sebelum beralih ke projek ke seterusnya, bolehlah luangkan masa di sini sekejap. Moga kita semua dirahmati ALLAH selalu, insya-ALLAH. Amiin.

Yuk, Muthiah. Ingat ni...




  • Jauhi prasangka. Jangan sampai buruk sangka itu membawa kita ke lembah hina. Bagaimana? Dari prasangka, mulalah mengumpat dan mengata. Silap hari bulan, jadi fitnah pula. Paling teruk, mulut dan mata pena kita turut memainkan peranan. Menggores jasad bernyawa tanpa perasaan. Ingatlah insan yang kelak akan dimasukkan ke dalam liang lahat. Kesemuanya ALLAH benci. Bukan sahaja ALLAH, bahkan manusia pun tidak suka. Tanya pada diri, adakah kita terlingkung dalam golongan manusia yang suka mengumpat, mengata dan memfitnah? Jadi, untuk hindarinya... lebih baik BERDIAM sahaja. Tidak mampu? PERLU meluahkan juga? Merasakan diri BENAR sentiasa? Mengadulah pada ALLAH Yang Maha ESA, Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Menghitung, Maha Adil lagi Maha Saksama. Muthiah... ingatlah, Muthiah.
  • Hindari perkataan atau tulisan yang bisa menggores hati orang lain (Muthiah, mata pena anda di blog macam mana?). Salah dengan manusia, bisa bertaubat. Terlepas cakap dengan manusia? Pilih dua. Sama ada BERDIAM atau berbicara yang menyenangkan hati sahaja. Muthiah... ingatlah, Muthiah.
  • Positiflah. Jangan biarkan aura negatif melingkari diri. Bukan orang lain yang merugi, bahkan diri sendiri. Akibatnya, terhasilkan sikap dan akhlak yang tidak menyenangkan orang di sekeliling kita. Tepuk dada, tanya iman. Sejauh mana kita berusaha mendekatkan diri kepada PENCIPTA. Hamba ALLAH yang akrab dengan DIA, insya-ALLAH akan berbuat perkara yang baik-baik sahaja. Muthiah... ingatlah, Muthiah.

Huh! Lama benar tidak mencoret di blog, terlebih panjang pula jadinya. Maaf. Agak laju gaya penulisannya. Mahu cepat mengejar masa. Bacalah tanpa rasa tetapi ambillah yang baik sahaja sebagai pedoman. Ambillah dari sisi yang positif. Bersihkan hati dan jiwa. Insya-ALLAH jasad dan hati akan bahagia.

Peringatan untuk diri Muthiah sebenarnya... 

Kadang-kadang... ops, terlepas kata. 
Eh, aku TER-mengumpat? 
TER-fitnah? 
TER-mengata? 
Cuba semak balik. Kalau ada... beristighfarlah. 

Sebagai manusia yang lemah, kita selalu sangat lupa. Suka benar mengulangi kesalahan yang sama. Acap kali tidak meletakkan ALLAH di hadapan apabila hendak berbuat apa-apa.   Maka, lahirlah satu sikap yang ALLAH tidak suka. Astaghfirullah. Moga Muthiah dan sahabat-sahabat yang Muthiah sayang  dapat mengislah diri menjadi lebih baik. Jom!

Tidak mampu buat semua, jangan tinggal segalanya.

Okey. Full stop.

Hendak berkongsi hal lain, TER-tulis perkara lain pula. Masalah TER ini memang cukup sinonim dengan kita. Hindarlah. Jauhilah andai membawa kepada DOSA.

Muthiah : Ikhlaskan jiwa dan hati yuk! Payah tetapi berusahalah!
Labels: 0 comments | | edit post

Marah... bersabarlah


Peringatan buat diri...

Daripada Abu Hurairah R.A., Nabi SAW bersabda, "Bukanlah orang gagah itu, orang yang kuat bertinju. Akan tetapi, orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah." (H.R. Bukhari dan Muslim)

... "Sesungguhnya, ALLAH bersama dengan orang-orang yang sabar." (al-Baqarah, 2:153)

#IngatMati
#PeliharaDiri
#PositifLapangDada
#HindariNegatifSakitiHatiSyakWasangka
#JagaLidahPerhalusiMataPena

Kalau tidak mampu buat semua, usah tinggal segalanya - Siti Muthiah.

Cerminan diri


Renung dan fikir....

Daripada Abu Hurairah R.A., Nabi SAW bersabda, "Seorang Mukmin adalah cermin kepada Mukmin yang lain. Dan seorang Mukmin adalah saudara kepada Mukmin yang lain." (H.R. Bukhari dan Muslim).

... kejelekan di wajah hanya diketahui setelah melihat cermin atau diberitahu. Justeru....

‪#‎IngatMati‬
‪#‎PeliharaDiri‬
‪#‎PositifLapangDada‬
‪#‎HindariNegatifSakitiHatiSyakWasangka‬

 Kalau tidak mampu buat semua, usah tinggal segalanya - Siti Muthiah.

Perhatikan...


Jom semak diri...

Sejauh mana kita berhati-hati dalam mengungkap bicara...

Perhatikan...

tutur katamu...
coretan mata penamu...

Di manakah diri kamu di sisi-NYA? ♥

#IngatMati
#PeliharaDiri
#PositifLapangDada
#HindariNegatifSakitiHatiSyakWasangka

Kalau tidak mampu buat semua, usah tinggal segalanya - Siti Muthiah.
Labels: 0 comments | | edit post

... bila ALLAH kehendaki kebaikan...


Buat jasad dan hati...

Daripada Abu Hurairah R.A., Nabi SAW bersabda, "Sesiapa yang ALLAH kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya ALLAH mengujinya." (H.R. Bukhari)

... kasih sayang ALLAH itu luas...

#IngatMati
#PeliharaDiri
#PositifLapangDada
#HindariNegatifSakitiHatiSyakWasangka

Kalau tidak mampu buat semua, usah tinggal segalanya - Siti Muthiah.

Sekali-kali tidak berputus asa pada-NYA


Wahai jasad yang selalu alpa. Usahlah sekali-kali dikau berputus asa daripada rahmat-NYA...

"Katakanlah, 'Wahai hamba-hamba-KU yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH. Sesungguhnya, ALLAH mengampuni segala dosa. Sesungguhnya, DIA-lah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani,'." (az-Zumar, 39:53)

#IngatMati
#PeliharaDiri
#PositifLapangDada
#HindariNegatifSakitiHatiSyakWasangka

 Kalau tidak mampu buat semua, usah tinggal segalanya - Siti Muthiah