Solat tiang agama

Assalammualaikum. Apa khabar? Alhamdulillah. Projek 1H1C Muthiah selesai sudah. Hajat di hati, ingin memulakan projek AMK tetapi ada urusan lain yang lebih penting perlu didahulukan. Doa agar dipermudahkan ya, insya-ALLAH. Amiin.


SOLAT

Ungkapan yang biasa kita dengar ~ Solat  tiang agama. Selain daripada itu, solat juga terkandung dalam rukum Islam yang 5. Apa lagi yang terbayang di fikiran apabila terjelma perkataan solat di hadapan mata? Solat membezakan orang Islam dengan bukan Islam. Solat juga bisa mendekatkan seorang hamba dengan PENCIPTA. Ada solat fardu, ada solat sunat dan perlu didahului dengan amalan wuduk. Solat berjemaah lebih afdal daripada solat bersendirian. 

Ada tambahan?

SOLAT WAJIB


  1. Subuh - 2 rakaat
  2. Zohor - 4 rakaat
  3. Asar - 4 rakaat 
  4. Maghrib - 3 rakaat
  5. Isyak - 4 rakaat


SYARAT WAJIB SOLAT


  1. Islam
  2. Baligh
  3. Berakal


SYARAT SAH SOLAT


  1. Yakin masuknya waktu solat.
  2. Menghadap kiblat.
  3. Menutup aurat.
  4. Suci daripada najis.
  5. Berwuduk dan telah pun mandi hadas (bagi yang berhadas).


RUKUN SOLAT


  1. Niat di dalam hati.
  2. Takbiratulihram.
  3. Berdiri bagi yang mampu.
  4. Membaca Al-Fatihah.
  5. Rukuk dan tamakninah.
  6. Iktidal.
  7. Sujud.
  8. Duduk di antara 2 sujud.
  9. Duduk tahiyat akhir.
  10. Membaca tahiyat akhir.
  11. Membaca selawat ke atas Nabi dalam tasyahud akhir.
  12. Salam pertama.
  13. Tertib.



Labels: 0 comments | | edit post

Kelebihan membaca Al-Quran




Kelebihan membaca Al-Quran :
  1. Ibadah paling utama (dari segi bacaan).
  2. Memperoleh ganjaran pahala daripada ALLAH.
  3. Terselamat daripada api neraka.
  4. Al-Quran sebagai pembela pada hari kiamat.
  5. Memperoleh keamanan di dunia dan kemuliaan di syurga, insya-ALLAH.
  6. Mendapat keberkatan dan keharmonian hidup. 
  7. Mendapat perlindungan di Padang Mahsyar.
  8. Dilindungi godaan syaitan laknatullah.
Masa diutamakan membaca Al-Quran :
  1. Pada waktu tengah malam sehingga fajar.
  2. Antara Maghrib dan Isyak.
  3. Sesudah solat Subuh.
Sumber : Indahnya Hidup Bersyariat, Dato' Ismail Kamus

Muthiah!!!

Assalammualaikum. Berkurun sudah (bohonglah) tidak duduk lama di blog sendiri. Agak sibuk mengejar deadline. Alhamdulillah. Beres sudah. Sebelum beralih ke projek ke seterusnya, bolehlah luangkan masa di sini sekejap. Moga kita semua dirahmati ALLAH selalu, insya-ALLAH. Amiin.

Yuk, Muthiah. Ingat ni...




  • Jauhi prasangka. Jangan sampai buruk sangka itu membawa kita ke lembah hina. Bagaimana? Dari prasangka, mulalah mengumpat dan mengata. Silap hari bulan, jadi fitnah pula. Paling teruk, mulut dan mata pena kita turut memainkan peranan. Menggores jasad bernyawa tanpa perasaan. Ingatlah insan yang kelak akan dimasukkan ke dalam liang lahat. Kesemuanya ALLAH benci. Bukan sahaja ALLAH, bahkan manusia pun tidak suka. Tanya pada diri, adakah kita terlingkung dalam golongan manusia yang suka mengumpat, mengata dan memfitnah? Jadi, untuk hindarinya... lebih baik BERDIAM sahaja. Tidak mampu? PERLU meluahkan juga? Merasakan diri BENAR sentiasa? Mengadulah pada ALLAH Yang Maha ESA, Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Menghitung, Maha Adil lagi Maha Saksama. Muthiah... ingatlah, Muthiah.
  • Hindari perkataan atau tulisan yang bisa menggores hati orang lain (Muthiah, mata pena anda di blog macam mana?). Salah dengan manusia, bisa bertaubat. Terlepas cakap dengan manusia? Pilih dua. Sama ada BERDIAM atau berbicara yang menyenangkan hati sahaja. Muthiah... ingatlah, Muthiah.
  • Positiflah. Jangan biarkan aura negatif melingkari diri. Bukan orang lain yang merugi, bahkan diri sendiri. Akibatnya, terhasilkan sikap dan akhlak yang tidak menyenangkan orang di sekeliling kita. Tepuk dada, tanya iman. Sejauh mana kita berusaha mendekatkan diri kepada PENCIPTA. Hamba ALLAH yang akrab dengan DIA, insya-ALLAH akan berbuat perkara yang baik-baik sahaja. Muthiah... ingatlah, Muthiah.

Huh! Lama benar tidak mencoret di blog, terlebih panjang pula jadinya. Maaf. Agak laju gaya penulisannya. Mahu cepat mengejar masa. Bacalah tanpa rasa tetapi ambillah yang baik sahaja sebagai pedoman. Ambillah dari sisi yang positif. Bersihkan hati dan jiwa. Insya-ALLAH jasad dan hati akan bahagia.

Peringatan untuk diri Muthiah sebenarnya... 

Kadang-kadang... ops, terlepas kata. 
Eh, aku TER-mengumpat? 
TER-fitnah? 
TER-mengata? 
Cuba semak balik. Kalau ada... beristighfarlah. 

Sebagai manusia yang lemah, kita selalu sangat lupa. Suka benar mengulangi kesalahan yang sama. Acap kali tidak meletakkan ALLAH di hadapan apabila hendak berbuat apa-apa.   Maka, lahirlah satu sikap yang ALLAH tidak suka. Astaghfirullah. Moga Muthiah dan sahabat-sahabat yang Muthiah sayang  dapat mengislah diri menjadi lebih baik. Jom!

Tidak mampu buat semua, jangan tinggal segalanya.

Okey. Full stop.

Hendak berkongsi hal lain, TER-tulis perkara lain pula. Masalah TER ini memang cukup sinonim dengan kita. Hindarlah. Jauhilah andai membawa kepada DOSA.

Muthiah : Ikhlaskan jiwa dan hati yuk! Payah tetapi berusahalah!
Labels: 0 comments | | edit post

Marah... bersabarlah


Peringatan buat diri...

Daripada Abu Hurairah R.A., Nabi SAW bersabda, "Bukanlah orang gagah itu, orang yang kuat bertinju. Akan tetapi, orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah." (H.R. Bukhari dan Muslim)

... "Sesungguhnya, ALLAH bersama dengan orang-orang yang sabar." (al-Baqarah, 2:153)

#IngatMati
#PeliharaDiri
#PositifLapangDada
#HindariNegatifSakitiHatiSyakWasangka
#JagaLidahPerhalusiMataPena

Kalau tidak mampu buat semua, usah tinggal segalanya - Siti Muthiah.

Cerminan diri


Renung dan fikir....

Daripada Abu Hurairah R.A., Nabi SAW bersabda, "Seorang Mukmin adalah cermin kepada Mukmin yang lain. Dan seorang Mukmin adalah saudara kepada Mukmin yang lain." (H.R. Bukhari dan Muslim).

... kejelekan di wajah hanya diketahui setelah melihat cermin atau diberitahu. Justeru....

‪#‎IngatMati‬
‪#‎PeliharaDiri‬
‪#‎PositifLapangDada‬
‪#‎HindariNegatifSakitiHatiSyakWasangka‬

 Kalau tidak mampu buat semua, usah tinggal segalanya - Siti Muthiah.

Perhatikan...


Jom semak diri...

Sejauh mana kita berhati-hati dalam mengungkap bicara...

Perhatikan...

tutur katamu...
coretan mata penamu...

Di manakah diri kamu di sisi-NYA? ♥

#IngatMati
#PeliharaDiri
#PositifLapangDada
#HindariNegatifSakitiHatiSyakWasangka

Kalau tidak mampu buat semua, usah tinggal segalanya - Siti Muthiah.
Labels: 0 comments | | edit post

... bila ALLAH kehendaki kebaikan...


Buat jasad dan hati...

Daripada Abu Hurairah R.A., Nabi SAW bersabda, "Sesiapa yang ALLAH kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya ALLAH mengujinya." (H.R. Bukhari)

... kasih sayang ALLAH itu luas...

#IngatMati
#PeliharaDiri
#PositifLapangDada
#HindariNegatifSakitiHatiSyakWasangka

Kalau tidak mampu buat semua, usah tinggal segalanya - Siti Muthiah.

Sekali-kali tidak berputus asa pada-NYA


Wahai jasad yang selalu alpa. Usahlah sekali-kali dikau berputus asa daripada rahmat-NYA...

"Katakanlah, 'Wahai hamba-hamba-KU yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH. Sesungguhnya, ALLAH mengampuni segala dosa. Sesungguhnya, DIA-lah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani,'." (az-Zumar, 39:53)

#IngatMati
#PeliharaDiri
#PositifLapangDada
#HindariNegatifSakitiHatiSyakWasangka

 Kalau tidak mampu buat semua, usah tinggal segalanya - Siti Muthiah

Usah marah


Peringatan buat diri agar tenang dan bahagia sentiasa...

Daripada Abu Hurairah R.A., bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW, “Berilah aku wasiat.” Maka, Rasullah pun bersabda, “Janganlah engkau marah.” Beliau mengulang soalannya beberapa kali. Nabi SAW tetap bersabda, “Janganlah engkau marah.” (H.R. Bukhari)

#HadisArbain16
#IngatMati
#PositifLapangDada
#HindariSakitiHatiNegatifSyakWasangka

 Sesungguhnya, ALLAH Maha Teliti Penghitungan-NYA. Ingat tu, Siti Muthiah 
 

Perelokkan akhlakku...


Daripada Aisyah R.HA. , Nabi SAW bersabda, "Ya, ALLAH. ENGKAU telah mengelokkan kejadianku, maka perelokkan akhlakku." (Riwayat Ahmad).

#JagaLidah
#JagaMataPena
#JagaHati
#JagaTelinga
#YukIstighfar
#Positif
#Bahagia
#HindariSikapAuraNegatif

... Sesungguhnya ALLAH Maha Teliti...

Cermin diri


Titipan buat diri, suami, keluarga serta semua yang dikasihi dan menyayangi...

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada ALLAH dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada ALLAH, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (al-Hasyr, 59:18)

Mati Yang Pasti


Buat diri yang selalu alpa...

".... maka apabila ajal mereka telah datang, mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun, dan tidak dapat (pula) memajukannya." (al-A'raaf, 7:34)

Mati itu pasti. Kita sahaja yang selalu lupa tentangnya.

#BerbuatBaiklah
#HindariDosa
#JauhiBurukSangka
#ElakMenyakitiHatiDenganSikapDanBicara
#NyahPerasaanDanSikapNegatifDalamDiri
#JanganMengumpatMengataBerdusta
#IstighfarSentiasa
#SayangiSemua

Tak mampu buat semua, jangan tinggal segalanya

Kisah rumah tangga | Lebong


Sepasang suami isteri sedang berehat-rehat di ruang tamu. 

Bertanya si isteri kepada suami, "Abang makan apa di pejabat tadi?"

Mengetahui sikap semulajadi sang isteri yang gemar makan, suami pun menjawab, "Udang bakar. Ketam masak..."

Isteri menggeleng.

"Kalau iya pun nak tipu, agak-agaklah," sang isteri terdiam sejenak.

Tidak lama, dia menambah, "Meh nak ajar tip-tip lebong (menipu). Pertama, biar logik. Kedua, kena berpada-pada. Ke..."

"Yahu. Abang dah belajar tip-tip lebong yang bermanfaat."

Isteri tercengang.

Hindari syak wasangka


Wahai diri yang pasti mati...

Daripada Abu Hurairah R.A., Nabi SAW bersabda, "Berwaspadalah kamu dengan syak wasangka, kerana ia adalah bicara yang paling dusta." (H.R. Bukhari dan Muslim).

Buat mereka yang mahu koreksi diri...

#BerfikirPositif
#HindariSangkaBuruk
#BercakapYangBaik
#UsahMenyakitkanHatiDenganBicaramu
#YukIstighfar
#JagaHatiPeliharaLidahMuhasabahDiri
 

Sabar dengan ujian-NYA


Buat diri yang acap kali alpa dan berputus asa...

“Dan sesungguhnya, akan KAMI berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun”. (al-Baqarah, 2:155-156)

... Sesungguhnya kami adalah kepunyaan ALLAH dan kepada ALLAH jualah kami kembali...

#JagaHatiPeliharaLidahMuhasabahDiri
 

Berhati-hati dalam berbicara

Foto : Blog Wilayah Islamiah
Peringatan buat diri,

Daripada Abu Umamah al-Bahili, Nabi SAW bersabda, "Seseorang boleh berbohong walau hanya dengan menceritakan semua perkara yang dia dengar." (H.R. al-Hakim)

Berawaslah dalam mengungkap bicara. Andai tidak pasti kebenarannya, lebih baik tanya atau berdiam sahaja. Sesungguhnya, ALLAH Maha Teliti Penghitungan-NYA 

#300HadisBimbingan
#JagaHatiPeliharaLidahMuhasabahDiri
 

Akhlak Tinggi VS Akhlak Rendah


Daripada Sahl bin Saad R.A., Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya, ALLAH 'Azzawajalla adalah mulia. DIA menyukai kemuliaan. DIA menyukai akhlak yang tinggi dan membenci akhlak yang rendah." (H.R. al-Hakim dan al-Tabrani)

Yuk semak kedudukan akhlak kita...

Jaga hubungan dengan ALLAH, sesama manusia dan alam. Insya-ALLAH, hidup akan bahagia. Sesungguhnya, DIA Maha Teliti Penghitungan-NYA 

#300HadisBimbingan
#JagaHatiPeliharaLidahMuhasabahDiri
 

... itulah hati


Renungan buat diri |

"..... ketahuilah bahawa di dalam jasad terdapat segumpal daging. Apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad itu, dan apabila ia rosak maka rosaklah seluruh jasad. Itulah hati." (H.R. Bukhari dan Muslim) 

Jom semak hati kita. Adakah...

... syak wasangka menguasai?
... iri hati merajai?
... tanggapan negatif menyelubungi diri?

Jika ada sisi-sisi negatif yang bisa mengundang murka ILAHI, ayuh!!!

... kembalilah kepada DIA yang Maha Mengetahui, Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
... istighfarlah... yuk bermusahabah diri. Khuatir mata kita terkatup daripada melihat kelompangan sendiri sedang ALLAH Maha Teliti.

Selagi ada nyawa, selagi itu ada masa.

#BerkatalahYangBaikPastiKanDisenangai

Drama sebelum kahwin MatLutfi90

Santai tengah hari...



Renung dan fikir...

Usaha tangga kejayaan




Baca...
Tuntu ilmu...
Fahami...
Hayati...
Amalkan...

Kalau tidak mampu buat semua, jangan tinggal segalanya. Moga kita tergolong dalam lingkungan hamba ALLAH yang tidak putus asa mengislah diri sendiri.


Ehe... Kongsi video menarik lagi. Moga mendapat manfaat daripadanya, insya-ALLAH.