Kisah rumah tangga | Lebong


Sepasang suami isteri sedang berehat-rehat di ruang tamu. 

Bertanya si isteri kepada suami, "Abang makan apa di pejabat tadi?"

Mengetahui sikap semulajadi sang isteri yang gemar makan, suami pun menjawab, "Udang bakar. Ketam masak..."

Isteri menggeleng.

"Kalau iya pun nak tipu, agak-agaklah," sang isteri terdiam sejenak.

Tidak lama, dia menambah, "Meh nak ajar tip-tip lebong (menipu). Pertama, biar logik. Kedua, kena berpada-pada. Ke..."

"Yahu. Abang dah belajar tip-tip lebong yang bermanfaat."

Isteri tercengang.

Hindari syak wasangka


Wahai diri yang pasti mati...

Daripada Abu Hurairah R.A., Nabi SAW bersabda, "Berwaspadalah kamu dengan syak wasangka, kerana ia adalah bicara yang paling dusta." (H.R. Bukhari dan Muslim).

Buat mereka yang mahu koreksi diri...

#BerfikirPositif
#HindariSangkaBuruk
#BercakapYangBaik
#UsahMenyakitkanHatiDenganBicaramu
#YukIstighfar
#JagaHatiPeliharaLidahMuhasabahDiri
 

Sabar dengan ujian-NYA


Buat diri yang acap kali alpa dan berputus asa...

“Dan sesungguhnya, akan KAMI berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun”. (al-Baqarah, 2:155-156)

... Sesungguhnya kami adalah kepunyaan ALLAH dan kepada ALLAH jualah kami kembali...

#JagaHatiPeliharaLidahMuhasabahDiri
 

Berhati-hati dalam berbicara

Foto : Blog Wilayah Islamiah
Peringatan buat diri,

Daripada Abu Umamah al-Bahili, Nabi SAW bersabda, "Seseorang boleh berbohong walau hanya dengan menceritakan semua perkara yang dia dengar." (H.R. al-Hakim)

Berawaslah dalam mengungkap bicara. Andai tidak pasti kebenarannya, lebih baik tanya atau berdiam sahaja. Sesungguhnya, ALLAH Maha Teliti Penghitungan-NYA 

#300HadisBimbingan
#JagaHatiPeliharaLidahMuhasabahDiri
 

Akhlak Tinggi VS Akhlak Rendah


Daripada Sahl bin Saad R.A., Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya, ALLAH 'Azzawajalla adalah mulia. DIA menyukai kemuliaan. DIA menyukai akhlak yang tinggi dan membenci akhlak yang rendah." (H.R. al-Hakim dan al-Tabrani)

Yuk semak kedudukan akhlak kita...

Jaga hubungan dengan ALLAH, sesama manusia dan alam. Insya-ALLAH, hidup akan bahagia. Sesungguhnya, DIA Maha Teliti Penghitungan-NYA 

#300HadisBimbingan
#JagaHatiPeliharaLidahMuhasabahDiri
 

... itulah hati


Renungan buat diri |

"..... ketahuilah bahawa di dalam jasad terdapat segumpal daging. Apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad itu, dan apabila ia rosak maka rosaklah seluruh jasad. Itulah hati." (H.R. Bukhari dan Muslim) 

Jom semak hati kita. Adakah...

... syak wasangka menguasai?
... iri hati merajai?
... tanggapan negatif menyelubungi diri?

Jika ada sisi-sisi negatif yang bisa mengundang murka ILAHI, ayuh!!!

... kembalilah kepada DIA yang Maha Mengetahui, Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
... istighfarlah... yuk bermusahabah diri. Khuatir mata kita terkatup daripada melihat kelompangan sendiri sedang ALLAH Maha Teliti.

Selagi ada nyawa, selagi itu ada masa.

#BerkatalahYangBaikPastiKanDisenangai

Drama sebelum kahwin MatLutfi90

Santai tengah hari...



Renung dan fikir...

Usaha tangga kejayaan




Baca...
Tuntu ilmu...
Fahami...
Hayati...
Amalkan...

Kalau tidak mampu buat semua, jangan tinggal segalanya. Moga kita tergolong dalam lingkungan hamba ALLAH yang tidak putus asa mengislah diri sendiri.


Ehe... Kongsi video menarik lagi. Moga mendapat manfaat daripadanya, insya-ALLAH.

Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki


Salam Ramadan al-Mubarak...

Jom kita sama-sama manfaatkan ruang masa yang ada ini untuk mendekatkan diri kepada PENCIPTA. 

Pesan buat diri yang selalu alpa lagi lupa...
  • Maafkanlah.
  • Berlapang dadalah.
  • Ucapkanlah perkataan yang baik-baik.
  • Berfikir perkara yang molek. Hindari syak-wasangka.
  • Jauhi yang haram.
  • Lakukan perkara yang dicintai ALLAH.
  • Pelihara aurat.
  • Jaga solat.
  • Sedar kedudukanmu di sisi sang suami/ ibu ayah dll.
Moga kita terlingkung dalam golongan manusia yang bersyukur dengan apa yang kita miliki.

Kisah rumah tangga | Air tangan isteri


Sewaktu berbuka puasa...

"Abang, sedap tak ayam goreng rempah ni?" isteri bertanya lembut.

Suami berhenti mengunyah. Dia memandang isterinya atas bawah.

"Sedap," jawab suami pendek.

Isteri mengangguk-angguk seraya tersenyum nipis.

"Ada rasa macam pelik-pelik tak? Macam lain macam tak? Cuba Abang rasa sekali lagi," ujar sang isteri sungguh-sungguh.

Dahi suami berkerut namun dia tetap melakukan apa yang diminta isterinya.

"Okey saja. Tak ada rasa pelik pun," dia memberitahu.

Isteri mengangguk-angguk. Agak lama dia mendiamkan diri.

"Sebenarnya, rempah kari daging tak ada. Jadi, Ayang guna rempah kari ikan buat ayam goreng masak rempah ni," akhirnya, isteri berterus-terang.

Mulut suami ternganga separuh...

Kasihnya ibu



Cerpen : Kasihnya ibu
Nama pena : Siti Muthiah
Majalah : Harmoni
Bulan : 1 - 15 Mei 2013 (Bil:204)

Si kecil yang kreatif


Stres? Jom senyum sorang-sorang. Kita tidak pernah sendiri kerana ALLAH dekat...

Labels: 0 comments | | edit post

Ragam rumah tangga | Cemburu buta



Usai menunaikan solat Maghrib secara berjemaah, berkata isteri kepada suami, "Abang..."

Suami segera menoleh ke arah sang isteri seraya mengangguk perlahan.

"Ayang baca dekat Facebook. Antara sikap perempuan yang dibenci  lelaki ialah cemburu buta kan?" isteri bertanya mendapatkan kepastian.

Suami mengangguk lagi mengeyakan.

Isteri segera mendekati sang suami. Dia memandang tepat anak mata lelaki itu lantas menambah, "Ayang tak cemburu buta kan? Ayang cemburu bertempat kan?"

Dahi suami berkerut. Agak lama dia mendiamkan diri. Kemudian, sang suami pun membalas, "Ya. Ayang cemburu bertempat dan banyak tempat pula tu."

Mulut isteri ternganga separuh. Suami pula tersenyum nipis penuh makna.

Janji ALLAH itu benar (an-Nisa', 4:87)


Wahai, diri.

Yakinlah... sesungguhnya janji ALLAH itu benar 

"... dan siapakah yang lebih benar perkataan-NYA daripada ALLAH?" (an-Nisa', 4:87)

Tidak ada yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan tatkala berjaya mencapai kemanisan iman dan mengecap cinta Ilahi," Siti Muthiah @ ‪#‎MH‬.

Takwa (al-Hujurat, 49:13)


Takwa...

"... Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (al-Hujurat, 49:13)

Tidak ada yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan tatkala berjaya mencapai kemanisan iman dan mengecap cinta Ilahi," Siti Muthiah @ ‪#‎MH‬.

Sesat VS Hidayah (an-Nahl, 16:125)


Sampaikan walau satu ayat...

"Serulah (manusia) kepada jalan TUHAN-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik; dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya TUHAN-mu DIA-lah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-NYA dan DIA-lah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." (an-Nahl, 16:125) 

~Hanya ALLAH yang tahu siapa yang sesat dan siapa pula yang mendapat petunjuk~

Tidak ada yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan tatkala berjaya mencapai kemanisan iman dan mengecap cinta Ilahi," Siti Muthiah @ ‪#‎MH‬

ALLAH-lah yang memberi hidayah (al-Qashash, 28:56)


Sampaikan walau satu ayat...

"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi ALLAH memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-NYA, dan ALLAH lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk." (al-Qashash, 28:56)

"Tidak ada yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan tatkala berjaya mencapai kemanisan iman dan mengecap cinta Ilahi," Siti Muthiah @ ‪#‎MH‬.

Menyeru kepada kebajikan (ali-Imran, 3:104)


Sampaikanlah walau satu ayat...

"Dan hendaklah ada di antara kalian segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung." (ali-Imran, 3:104)

"Tidak ada yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan tatkala berjaya mencapai kemanisan iman dan mengecap cinta Ilahi," Siti Muthiah @ ‪#‎MH‬.

Siapa lagi untung?


Usai iftar, berkata isteri kepada sang suami, "Abang."

Suami mendongak seraya tersenyum nipis.

"Untung jadi perempuan dan bini ni tau. Kalau dia nak makan apa-apa, dia boleh masak. Selesai masalah," tambah isteri lembut.

Suami mengangguk tetapi mulutnya memuncung sedikit.

"Kenapa, bang?" isteri menyoal cemas. Khuatir dia tersalah cakap. Reda lelaki itu didambakan untuk masuk ke syurga ALLAH.

Suami menarik nafas, kemudian menghembusnya perlahan.

"Suami lagi untung," balas suami pendek.

Dahi isteri berkerut.

"Sebab?"

Kali ini, senyuman suami terukir lebar.

"Kalau dia nak makan apa-apa, dia cakap saja pada isteri dia. Selesai masalah."

Mata isteri membulat...

Cinta dan benci



"ALLAH sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya..." (al-Ahzab, 33:4)

Mana mungkin pemilik hati yang sarat dengan cinta dan keimanan turut memiliki hati yang gersang serta penuh dengan kebencian.

Salam kasih sayang kerana ALLAH SWT.

"Tidak ada yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan tatkala berjaya mencapai kemanisan iman dan mengecap cinta Ilahi," Siti Muthiah @ ‪#‎MH‬

‪#‎BagaimanaMenyentuhHati‬, Abbas As-Siisiy.