Oyen...
Tuesday, December 15, 2020
Assalammualaikum. Mulakan harimu dengan senyuman. Macam ni ha 😊😊
Oyen ni, Muthiah jumpa dan kenal ketika berkayuh dari Putrajaya lalu tasik Cyber kemudian kembali ke Putrajaya semula. Sedang berkayuh, nampak dia sesekor di gazebo tepi tasik. Tidak jauh dari gazebo, ada beberapa buah rumah banglo. Kata pekerja am di situ, dulu... Oyen ni menghuni di salah sebuah banglo kat sana. Pun begitu, apabila tuan rumah pindah... Oyen ditinggalkan. Sedih kan kalau betul seperti apa yang dikata. Sob sob...
Selain Oyen... banyak budak berkaki empat yang hidup sebagai gelandangan. Di kedai-kedai... di masjid... di surau... di tepi jalan... paling sadis, dekat tempat pembuangan sampah. Hari ni, Muthiah tak nak bercakap pasal TNR. Muthiah just nak ajak sahabat-sahabat yang Muthiah sayang sungguh 💓💓💓💓... jom kita sama-sama berkongsi rezeki dengan makhluk Tuhan yang hanya tahu mengeow sahaja ni. Macam mana?
Hari ni, Muthiah nak bercerita tentang Oyen.
Alah, Oyen. Budak paling glamer kat Malaysia ni. Asal nama Oyen, memang banyak hal lah.
Oyen ni, Muthiah jumpa dan kenal ketika berkayuh dari Putrajaya lalu tasik Cyber kemudian kembali ke Putrajaya semula. Sedang berkayuh, nampak dia sesekor di gazebo tepi tasik. Tidak jauh dari gazebo, ada beberapa buah rumah banglo. Kata pekerja am di situ, dulu... Oyen ni menghuni di salah sebuah banglo kat sana. Pun begitu, apabila tuan rumah pindah... Oyen ditinggalkan. Sedih kan kalau betul seperti apa yang dikata. Sob sob...
Mungkin pada peringkat awal Oyen ni rasa sedih ditinggalkan tapi rasanya dah tak rasa sedih kot. Dia dah move on. Dah jadi retis kat pesisir tasik ni.
Iyalah. Setiap kali Muthiah lalu di gazebo, ada aja awek dan pakwe cun/ handsome duk bagi dia makan lah... duk selfie dengan dia lah... peluk dia ketat-ketatlah... macam-macam lah. Kata akak pekerja am, ada seorang pak cik selalu bagi dia makan. Muthiah kira... banyak feeder Oyen ni. Iyalah. Dalam bekas makanan dia, ada beberapa kibbles berlainan brand.
Okey. Tak nak cerita panjang pasal Oyen. Hidup dia aman dan bahagia kat situ. Namun, jauh di sudut hati Muthiah... Muthiah masih mengharap agar ada mummy/ daddy yang baik sudi adopt dia. Ada forever home. Keselamatan terjamin walaupun akak pekerja am bagitahu Muthiah, "Jangan risau, kami ada jaga dia." Moga sesiapa sahaja yang berkongsi rezeki dengan Oyen... dan geng-geng Oyen dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan berbahagia selalu. Macam Muthiah. Haha...
Selain Oyen... banyak budak berkaki empat yang hidup sebagai gelandangan. Di kedai-kedai... di masjid... di surau... di tepi jalan... paling sadis, dekat tempat pembuangan sampah. Hari ni, Muthiah tak nak bercakap pasal TNR. Muthiah just nak ajak sahabat-sahabat yang Muthiah sayang sungguh 💓💓💓💓... jom kita sama-sama berkongsi rezeki dengan makhluk Tuhan yang hanya tahu mengeow sahaja ni. Macam mana?
Jika mampu adopt kucing di jalanan, adoptlah. Vaksin. Neuter dan jadikan mereka macam ahli keluarga sendiri.
Kalau tak mampu... kongsilah rezeki semampunya. Bagi ayam ka... ikan ka... kibbles ka... kalau mampu dan berdaya, bawa kibbles tu ke mana-mana. Letak dalam bekas @ plastik @ apa-apalah yang memudahkan. Mana tahu...
Sedikit perkongsian kita pada makhluk yang tidak boleh bertutur kata ini diberi ganjaran pahala tanpa halangan.
Muthiah: Jom beramal.