Hadis 29 (Hadis Arbain)



Daripada Mu'az bin Jabal RA berkata bahawa beliau bertanya kepada Rasululullah SAW, "Wahai Rasulullullah, beritahulah kepadaku tentang suatu amal yang dapat memasukkanku ke dalam syurga dan menjauhkanku daripada neraka.

Nabi SAW menjawab, "Engkau bertanya tentang pekara yang besar namun sesungguhnya ia adalah mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah SWT. Sembahlah Allah dan jangan menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun, kerjakanlah solat, keluarkanlah zakat, berpuasalah pada bulan Ramadhan dan kerjakanlah ibadah Haji ke Baitullah."

Kemudian baginda bersabda, “Inginkah engkau kuberi petunjuk akan pintu-pintu kebaikan?”

Puasa itu adalah perisai, sedekah adalah amal yang menghapuskan kesalahan sebagaimana air memadamkan api, dan solatnya seseorang pada tengah malam. Kemudian Baginda membaca ayat daripada surah as-Sajadah, ayat 16-17, “Mereka merenggangkan diri daripada tempat tidur (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan solat tahajud dan amal-amal soleh), mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan murka-Nya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredhaan-Nya) dan mereka selalu menderma sebahagian daripada apa yang Kami beri kepada mereka. Maka tidak ada seorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (daripada segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.”

Kemudian baginda bersabda, “Mahukah engkau kuberitahu tentang pokok amal, tiang dan puncaknya?” 

Saya menjawab  “Mahu, wahai Rasulullah!”

Rasulullah SAW bersabda “Pokok amal adalah Islam, tiangnya adalah solat, dan puncaknya adalah jihad.

Kemudian baginda bersabda, “Mahukah engkau kuberitahu tentang kunci daripada semua perkara itu?”

Saya menjawab, “Mahu, wahai Rasulullah”

Baginda lalu memegang lidahnya dan bersabda, “Jagalah ini!”

Saya berkata, “Wahai Nabi Allah, adakah kita dihisab atas apa yang kita katakan?”

Baginda bersabda, “Semoga ibumu kehilanganmu! (ungkapan hairan). Tidak ada yang menjerumuskan orang ke dalam neraka melainkan hasil daripada ucapannya (yang berbentuk maksiat)?”

(HR Ahmad No. 22016 dan at-Tirmizi No. 2619)

☝☝☝☝☝☝

Assalammualaikum, semua. Buat apa tu? Tengah meeting ni. Haha. Sambil-sambil keng...

Tugasan usrah Muthiah tempoh hari. Tak nak ulas panjang. Cuma mungkin nanti nak berbicara tentang Jaga Lidah. Jom baca hadis dulu dan fikir-fikirkan....

0 Responses