Jaga Lidah
Assalammualaikum, semua. Buat apa hari ni? 😍😍
Muthiah... sepagi, ada kawan datang rumah. Berkongsi dan mendengar cerita. Agak lama kami dating. Bercakap pasal permasalahan orang awam yang kadang tu, tak nampak jalan penyelesaian. Ada jalan tapi panjang likunya. Apapun, moga segala urusan kawan Muthiah dipermudahkan Allah. Insya-Allah. Muthiah yakin pasti. Allah uji dia dan mereka kerana Allah tahu mereka mampu mendepaninya.
Okey. Semalam, Muthiah ada berkongsi pasal hadis 29 daripada hadis Arbain kan? Actually, Muthiah ada buat kupasan tentang keseluruhan hadis tu (untuk presentation usrah) tapi hari ni, Muthiah nak bercakap pasal 'Jaga Lidah' sepertimana yang disebut dalam akhir hadis.
LIDAH...
Susah nak jaga lidah ni. Bukan kata kat orang lain tapi Muthiah cakap kat diri Muthiah sendiri. Cakap sesuatu yang tak disukai orang yang diperkatakan, jadi UMPAT. Cakap sesuatu yang tak betul, jadi FITNAH. Dua-dua Allah tak suka. Dua-dua boleh undang dosa. Dua-dua boleh bawa kita ke neraka. Jadi macam mana? Cuba check. Ada involve tak dengan dua benda ni?
Jomlah. Kita sesama. Rakan pembaca blog dan Muthiah sama-sama cuba dan berusaha untuk menjaga lidah masing-masing.
Kita biasakan diri. Cakap benda baik atau diam. Kat sini, kena belajar untuk proses dulu sebelum nak cakap apa-apa. Jangan main ikut sedap mulut je. Benda yang kita cakap tu baik ke idak. Benda kita cakap tu menyakitkan hati orang lain ke tak. Benda yang kita cakap tu betul ke salah atau tanggapan kita sahaja. Benda yang kita cakap tu ada manfaat tak. Benda yang kita cakap tu kita dah siasat betul-betul ke... dah tanya dua-dua belah pihak. Benda yang kita cakap tu Allah suka tak.
Kalau tak... lebih baik diam sahaja. Serius. Kalau kita bercakap sesuatu yang tidak betul... boleh undang fitnah. Kita menghukum pulak atas benda yang tak betul tu... boleh menyakitkan hati orang lain. Percayalah. Perbuatan kita ni... walaupun kita rasa puas atau seronok bila dapat mengata atau menghukum (padahal perkara tu tidak jelas atau mungkin tak betul), jiwa kecil kita sebenarnya tak akan tenang. Kenapa kita tidak tenang? Sebab... mana tahu. Kan doa orang yang dizalimi itu diangkat terus oleh Allah SWT.
Hmm...
Hal ni mengingatkan Muthiah pada beberapa peristiwa dulu kala. Ada Polanah binti Polanah ni... selalu bercakap tak elok. Pada kaca mata dia, yang buruk je. Ada je yang tak elok. Semua benda salah dan tak kena. Lebih parah apabila dia hanya mendengar dari sebelah pihak. Sudahlah hanya mendengar dari sebelah pihak... dah dengar tu, terus mengata dan menghukum. Kesan apabila berkata-kata yang buruk sebelum siasat dan mendengar dari kedua belah pihak... bila tahu salah dan mengakui kesalahan... hati yang tersakiti kekal sakit dan disakiti. Chewah ayat.
Dari sisi orang yang rasa dizalimi...
Sebagai manusia, jiwa kita ni rapuh. Kadang kita boleh hadap dan bolayan. Tapi sampai satu ketika... bila perkara ni berlaku berterusan. Kita yang sedia lemah ni kekadang terlepas juga dengan doa yang tidak menguntungkan sesiapa. Iyalah. Kan tengah tersakiti tu.
Perkara paling besar pernah Muthiah buat dalam berdoa kepada orang lain...
Muthiah angkat tangan dan merintih pada Allah, "Ya, Allah. Aku berlepas tangan dengan apa yang dia katakan. Ya, Allah. Biarlah buruk sangka dan sakit hati dia sebati dan kekal dalam jiwa dia sampai bila-bila. Dan... (Satu doa ni Muthiah simpan ye. Nak tahu PM tepi. Haha)."
Doa yang agak berat bagi orang yang tersakiti. Impaknya besar jika dimakbul Tuhan kepada orang yang menzalimi. But then... doa yang sekali ini, setelah Muthiah ungkapkan... Muthiah rasa lega. Kenapa lega? Sebab dah serah 101% pada Allah. Allah Maha Adil. Allah Maha Berkuasa. Allah Maha Segalanya.
Justeru...
Jagalah lidah kita. Jaga betul-betul. Kalau tak perlu untuk berbicara, diam sahaja. Muthiah pun... banyak je terlepas cakap sesuatu yang mengguris hati tetapi dari semasa ke semasa, Muthiah cuba untuk berkata yang baik-baik sahaja. Sebab boleh jadi Muthiah yang betul. Boleh jadi juga Muthiah yang salah dan sedang menzalimi. Nauzubillah.
Muthiah: Jom cakap dan doa yang baik-baik.