Yuk, positif!

Assalammualaikum. Mulakan harimu dengan senyuman. Apa khabar? Alhamdulillah, Muthiah baik-baik sahaja. Hari ini, kembali mengedit manuskrip. 



Sungguh!

Jika diikutkan kata hati, memang tidak mahu meneruskan kerja mengedit yang satu ini. Entah. Mungkin sebab sudah terlalu lama tersimpan. Mula-mula buat. Kemudian, menanti respons daripada editor. Seterusnya perlu edit. Ada pula beberapa kekangan. Jadi, hampir give up!

Namun!

Muthiah tahu, bukan mudah untuk berjaya. Mana ada istilah give up bagi orang yang hendak sukses dalam hidupnya. Maka, kena berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh. Yakin, ALLAH ada memberi ruang dan jalan. Hidup mesti sentiasa positif. Lagipun, sebagai seorang Muslim... bukankah kita perlu menjadi contoh yang terbaik buat orang lain?

Percaya!

Andai kita memilih untuk negatif...

Negatif terhadap diri sendiri.
Negatif terhadap orang di sekeliling kita.
Negatif dengan apa yang kita miliki.
Negatif dengan ujian yang ALLAH turunkan buat diri kita.
Negatif dalam beranggapan... maknanya, suka bersangka-sangka. 
Negatif dalam mendepani masalah... kemudian, mencari salah orang lain pula.
Negatif ________________ (sila isi sendiri).

Kita tidak akan bahagia selamanya.

Betul? Boleh jadi salah. Mungkin betul juga. Apapun, pilihan ada di tangan kita. 

Moga ALLAH pelihara Muthiah, suami, keluarga, teman-teman yang Muthiah sayang (tidak terkecuali mereka yang banyak menyokong Muthiah dalam lapangan kerjaya ini walau tidak pernah kenal), serta sahabat-sahabat yang menyayangi Muthiah daripada sikap negatif ini. Andai ujian itu (sikap negatif) hadir, semoga ALLAH tidak membiarkan kita lama sebegitu.

***Jom kita tanya sendiri, apabila kita bernegatif begini... hati kita bagaimana? Clear tak? Sekiranya hati tidak clear, di manakah silapnya? Sejauh mana kita mengharapkan TUHAN tatkala berdepan dengan sesuatu bencana? Sejauh mana hubungan kita dengan PENCIPTA? Hukhuk... Muthiah, ingat tu!***

Jadi!

Yuk, kita...

Kurangkan mengeluh.
Banyakkan berusaha dan berdoa.
Bersihkan hati dan jiwa.
Senyum sentiasa.
Pandang sesuatu secara positif (jangan pula mengumpat dan mengata, kemudian mahu melihatnya dari aspek positif).

Okey. Cukup motivasi untuk diri Muthiah dan kawan-kawan untuk hari ini. Moga kan mendapat manfaat daripadanya. Jom kita sama-sama lakukan yang terbaik untuk diri kita, orang yang kita sayang, orang yang sayangkan kita dan pasti!

LAKUKANLAH SESUATU KERANA ALLAH.


Buat sahaja... selebihnya, biar ALLAH yang menilai kerana sesungguh-NYA DIA Maha Teliti Penghitungan-NYA.

Masa untuk rest sebelum sampai kerja petang nanti :)
Labels: | edit post
0 Responses