Maafkan aku

Assalammualaikum. Selamat petang? Sudah sampai ke rumah? Ehe. Muthiah ada lebih kurang 10 minit untuk mengemaskini blog. Yuk, pantas!

Jeng jeng jeng...



Cerpen lama Muthiah. Terima kasih kepada Sdr. Helmi atas pemberitahuan. Teruskan berkarya ya. Moga sukses!


Judul : Maafkan aku

Akhbar : Mingguan Wasilah

Edisi : 26 Julai - 1 Ogos 2009

Sekadar perkongsian pengalaman. Muthiah bermula (sebagai penulis) bukanlah semudah yang dilihat. 

Ada yang cakap, "Wow! Dalam tempoh dua tahun (lebih sedikit) dah ada lapan buku?" ~ terima kasih, terima kasih. Doakan Muthiah berjaya di dunia dan akhirat.

Alhamdulillah. Segalanya dengan izin ALLAH. Muthiah menjadi penulis pun tanpa dirancang. Semua dengan kehendak ALLAH. 

Kronologi...

  • Berhenti kerja (di Kuala Lumpur) ->


  • Mengikut suami yang bekerja di Taiping -> 


  • Tidak tahu hendak kerja apa (orang cakap, ada ijazah tapi duduk di rumah saja?), cuba menulis tetapi macam mana? Muthiah tidak tahu apa-apa. Sudahlah buta IT -> Banyak kisah suka duka di sini. Bagi yang tidak faham, ada yang mengata, tidak kurang juga yang menakutkan. Kalau suami tinggalkan atau tidak ada, macam mana? Yang bersyak wasangka pun ada. Lagi? Ada juga yang kata Muthiah tidak bertimbangrasa. Tidak apalah. Serah segala kata-kata itu kepada ALLAH. Pasti, ALLAH akan kembalikan kata-kata itu pada mereka (untuk sedapkan hati sendiri). Muthiah? Bohonglah kalau kata tidak ada apa-apa. Menangislah juga (sedikit) melayan kata-kata dan persangkaan orang (tak boleh menangis lama-lama, tak untung apa-apa).

  • Percayalah ... ALLAH ada -> Buat cerpen. Hantar ke majalah. Tak keluar pun untuk disiarkan. Tak apa. Cuba lagi... dan lagi ... dan lagi. Eh, apa kata kalau bertanya kepada penulis-penulis lama? Naik semangat sekejap. Namun, tidak ada pula responsnya. Merudumlah juga. Bersangka baik. Masing-masing sibuk menulis agaknya. Lagipun, mana boleh berjaya dengan mudah. Tidak apa. Cuba tulis lagi. Buat cerpen dulu. Belajar tulis cerpen. Macam mana? Buat aja. Hantar ke majalah. Semak bulan depan... bulan akan datang.. tak keluar juga. Hmm... jadi, buat saja tak payah semak.
....
....
....
....

Kalau nak tulis lagi, panjang sangat. Mungkin dek kerana tidak yakin cerpen akan tersiar dalam akhbar ataupun majalah, Muthiah tidak menyemak mana-mana majalah/ akhbar setelah menghantar karya. Menulis cerpen untuk menajamkan mata pena. Sebagai persediaan sebelum belajar buat novel.

Akhirnya... 

Alhamdulillah. Walaupun tidaklah dapat merasa sepertimana penulis book seller rasa, ALLAH izin Muthiah bergelar novelis... ada buku sendiri. Karya akhirnya tersiar di dalam majalah.

Kesimpulan daripada sedikit pengalaman ini...

Usah sekali-kali berputus asa dalam mengejar cita-cita. Percaya, ALLAH ada. Kita berjaya bukanlah disebabkan oleh diri kita tetapi dengan izin ALLAH. Sekiranya belum dapat apa yang diimpikan, usaha lagi. Dalam masa yang sama, gandakan doa kerana SIAPA KITA TANPA ALLAH?

Okey. Sudah terlebih masa. Moga sahabat-sahabat semua berjaya dalam apa jua lapangan kerja.

Muthiah : Moga ALLAH makbul doa yang satu... dua... tiga... empat ini, insya-ALLAH. Amin.
2 Responses
  1. Akak dh jumpa ke surat khabar ulasan buku tu? kalau belum jumpa nanti saya tangkap gambar dan hantar ke emel?

    Tahniah ye kak. Dah banyak buku dan menjadi seorang penulis yang berjaya.
    Moga tahun depan lebih berjaya.


  2. Belum lagi :( Suami akak baru dapat surat berpindah. Jadi sekarang, akak cuba untuk menyiapkan kerja sebelum nak berkemas. Nanti kelapangan, Helmi tolong ambil gambar ya tapi tak rushing. Nanti lapang. Dah ambil gambar, boleh e-mel akak (ada kan e-mel tu).

    Terima kasih :) Insya-ALLAH. Moga-moga, buku akak akan sentiasa ada saban tahun. Akak cerita pasal Helmi dekat suami (pasal cerpen Helmi). Suami suruh contohi Helmi. Nanti, bagilah tips berjaya :)