Serahkanlah dirimu kepada ALLAH (al-Baqarah, 2:112)

Assalammualaikum. Apa khabar? Ehe... Sekali lagi mengemaskini blog pada waktu malam. Paginya agak sibuk mengejar deadline sendiri. Jadi... alang-alang suami sibuk tengok bola, Kelate lawan Kedah, Muthiah pun sibukkan diri juga.

Hmm...banyak benda yang hendak dikongsi tetapi blank dan blur pula. Pernah hadapi kondisi begini? Agak-agaklah... apakah punca blank dan blur ini?

  • Terlalu banyak berfikir (termasuk perkara yang tidak sepatutnya).
  • konflik (dalam diri atau dengan orang lain).
  • emosi tidak menentu (sedih, tertekan, blablabla).
  • ada buat salah (pada ALLAH, suami, ibu bapa, orang di sekeliling kita).
  • hati tidak cukup baik (cemburu, tidak bersyukur, mengata, blablabla).

Moga-moga, pengakhiran hidup kita nanti biarlah dalam keadaan yang baik...

  • Hati baik.
  • mulut baik.
  • telinga baik.
  • mata baik.
  • tingkahlaku dan sikap pun baik.

Okey. Hari ini, Muthiah hendak berkongsi satu terjemahan ayat al-Quran. 

'Tidak! Barangsiapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada ALLAH, dan dia berbuat baik, dia mendapat pahala di sisi TUHAN-nya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.' (al-Baqarah, 2:112)

Muthiah rasa termotivasi dengan ayat ini. Jom kita baca dan hayati berkali-kali. Sekiranya ada tafsir ayat, bacalah juga ya. 

  • Serah diri sepenuhnya kepada ALLAH.
  • berbuat baik.
  • mendapat pahala di sisi TUHAN.
  • tidak ada rasa takut.
  • tidak bersedih hati.

Maka yuk... kita sama-sama menetapkan matlamat untuk menjadi yang terbaik di sisi ALLAH. Penilaian baik atau tidak... ALLAH Maha Teliti Penghitungan :)

Selamat malam, semua. 
0 Responses