Tidak nampak permata?


Assalammualaikum. Apa macam hari anda? Muthiah? ‘Ala kullihal Alhamdulillah. Syukur dengan segala apa yang dikurniakan-NYA buat Muthiah. Punya suami yang penyayang, keluarga yang memahami, tempat tinggal yang baik, makan minum yang mencukupi dan banyak lagi. Terima kasih, ya ALLAH.

Satu hari, Muthiah memberitahu suami, “Entah kenapa sejak akhir-akhir ini Muthiah cepat marah dan mudah benar naik darah.” Suami membalas, “Muthiah tertekan agaknya.” Muthiah berfikir-fikir sendiri. Tertekan?? Macam tidak. Semua okey-okey belaka rasanya. “Mungkin sebab Muthiah letih dan tidak berjalan ke mana-mana…” tambah suami lagi.

Kemudian, suami mengajak Muthiah bersantai di luar ~ sama ada main bowling atau tengok wayang. Hehe… Muthiah pun memilih untuk masuk panggung. Shrek Forever After akhirnya menjadi pilihan. Banyak juga yang datang bersama keluarga. Suami kata, “Tengok, siapa yang tengok cerita ini?” Huhu… rata-rata kanak-kanak di bawah umur ;)

Perkongsian hari ini? Pengajaran yang boleh diambil daripada cerita ini…

Shrek… ingin kembali ke zaman lampaunya; digeruni manusia, tidak diganggu sesiapa, dia bebas melakukan apa sahaja yang disukainya. Dia berasa rimas dengan kehidupan barunya; mempunyai hubungan yang baik dengan manusia, punya keluarga dan anak-anak, dia berasa diri terkongkong. Hendak dijadikan cerita, dia bertemu dengan seorang ahli sihir. Dia minta untuk kembali pada kehidupan lampaunya itu TETAPI hanya untuk tempoh satu hari. Akan tetapi, setelah itu… barulah dia sedari bahawa kehidupan yang sedang dilaluinya selama ini adalah yang terbaik buatnya.


Nilai-nilai moralnya???

1) Firman ALLAH dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud, “Dan (ingatlah juga), tatkala TUHAN-mu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti KAMI akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-KU), maka sesungguhnya azab-KU sangat pedih.” Ya! Bersyukurkah kita dengan segala apa yang sudah kita miliki? Atau… kita hanya asyik melayan hati yang pilu dek tidak mendapat apa yang kita inginkan.

2) Hmmm… kadang-kadang, kita tidak nampak permata yang berada di hadapan mata. Kita hanya memandangnya kosong. Tidak tahu bagaimana mahu menghargainya. Tidak dapat melihat keistimewaannya. Tidak dapat menilai kepentingannya. Namun, apabila ia sudah hilang dari pandangan, barulah kita teresak-esak. Kita menyesal. Kita betul-betul kesal. Kita mahu ia kembali. Namun…

Muthiah : Bersyukur dengan kehidupan yang sederhana tetapi bahagia…
Labels: | edit post
0 Responses