Ah long oh ah long...


Assalammualaikum. Sudah makan? Kenyang? Adakah anda pasti??? Adakah anda yakin telah memberi iman anda ‘makan’? Kalau lapar, perut minta diisi. Kalau ketandusan iman, bagaimana? Tidak sedar? Jadi… apakah yang harus dilakukan? Khuatir… andai dibiarkan sahaja, jasad dan roh akan menjadi semakin lemah. Penat sudah melakukan ketaatan. Tidak larat untuk menegakkan kebenaran. Fikir-fikirkan, wahai teman…

Hehe… bukan isu iman yang ingin Muthiah perkatakan… Isu ah long!!! (Daripada petikan berita yang Muthiah baca di akhbar tempatan).

Yang terlibat???
Kakitangan kerajaan!!!
Tujuan pinjaman???
Untuk membeli kereta…

Hmmm… kesannya, diri sendiri yang merana. Bukan! Bukan hanya diri sendiri tetapi orang yang dekat dengan kita. Keluarga contohnya.

Tanyakan pada diri… Kenapakah kita hendak meminjam dengan ah long?

a) Terdesak! Memang sangat-sangat perlukan duit. Anak sakit!!! Tidak ada orang yang sudi membantu ~ Huhu… inilah masalahnya jika kita (termasuk diri Muthiah sendiri) tidak peka dan prihatin terhadap orang di sekeliling kita. Ada orang yang memerlukan bantuan tetapi kita tidak pernah ambil peduli. Apa yang kita fikirkan hanyalah tentang diri kita sendiri. Perut kita yang perlu diisi. Jiran tetangga??? Hmmm… kita pun sudah bersusah payah. Hendak membantu orang lain pula??? Mungkin kita terlupa… bila-bila masa ALLAH boleh menarik kembali apa-apa yang diberikan-NYA kepada kita. Boleh jadi kita teralpa… tanpa izin-NYA, kita tidak akan miliki apa-apa!!!

b) Keperluan. Keperluan? Sudah dibuang kerja. Maklumlah, ekonomi meleset. Banyak syarikat gulung tikar. Selama ini, kita mempunyai pendapatan tetap RM5,000 sebulan. Bayar sewa rumah, kad kredit, pinjaman kereta, pinjaman itu ini, enjoy sana sini… tidak sempat saving (untuk kecemasan). Tidak sangka pula akan dibuang kerja. Dalam tangan ada KOSONG sen. Dalam bank pula ada RM37.95. Cukup-cukup untuk bayar Astro pakej murah. Bank kejar. Kad kredit kejar. Jadi, bagaimana? Mulakan perniagaan??

c) Hehe… biar banyak hutang asal bergaya. Huhu… Inilah MASALAH YANG SEBENARNYA… Untuk bersenang-lenang walau sekejap cuma.

Berbelanjalah:

1) Tika berkeperluan. Memang… kita semua punya kehendak dan impian. Hendak pakai kereta besar, punya rumah mewah tetapi… anda masih belum mampu memilikinya, bersabarlah. Kumpul duit dahulu sedikit demi sedikit. Insya-ALLAH, satu ketika… jika kita bersabar, kita boleh mendapatkannya namun jangan lupa berusaha (bukan berusaha meminjam dengan ah long pula).

2) Mengikut kemampuan. Gaji RM1,000… berbelanjalah takat itu. Jangan sampai RM5,000. Dan… jangan lupa pula dengan duit kecemasan. Menabunglah…

3) Kurangkan hutang. Memang… semacam sudah menjadi budaya hari ini untuk berhutang di mana-mana. Dengan Courts Mammothlah. Lagipun, banyak orang menggunakan kad kredit. Iyalah…hendak bawa tunai ke mana-mana pun, tidak selamat tetapi pastikan kita menggunakan kad kredit itu betul pada tempatnya. Bukan untuk berpoya-poya atau suka-suka. Sedar-sedar, kita jadi pitam setelah melihat tunggakan bayaran kad kredit yang melangkaui kemampuan kita.

Hmmm… banyak lagi yang hendak Muthiah coretkan tetapi panjang pula… Kalau ada isi tambahan, kongsilah bersama. Muthiah alu-alukan ;) Apa yang pasti…

1) Kita tidak akan dapat memenuhi kehendak semua orang.

2) Kita tidak akan boleh menjadi seperti orang lain.

3) Kita tidak mahu bebani diri kita dengan hutang dan ah long… Kita sayangkan diri dan keluarga kita.

Cukup buat hari ini…

Salam sayang ;)

Muthiah : Terima kasih, Papa kerana isi boring biasiswa JPA dahulu…
Labels: | edit post
0 Responses