Baby hatch


Assalammualaikum. Apa khabar iman kita hari ini? Rasa berkurangan? Kenapa? Kurang amal? Kenapa begitu? Sibuk dengan kerja. Hmmm... kerja juga merupakan satu ibadah sekiranya kita lakukannya dengan;

1) Ikhlas.
2) Mengikut syariat.
3) Kerana ALLAH SWT.

Hmmm... pernah dengar BABY HATCH atau nama lainnya 'Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini'? Baby Hatch yang beroperasi 24 jam ini menyediakan tempat perlindungan sihat dan selamat kepada bayi (yang dibuang/ tidak diingini) sebelum diserahkan kepada keluarga angkat.

Banyak orang berbicara tentangnya. Ada yang bersetuju, dengan alasan hendak melindungi bayi-bayi yang tidak berdosa. Benar! Yang melakukan kesilapan itu adalah ibu dan ayah mereka sedang bayi-bayi ini tidak tahu apa-apa. Bahkan, mereka dilahirkan suci murni. Ada juga yang membantah. Alasannya jelas. Bisa menggalakkan perbuatan zina. Senang-senang berbuat maksiat. Anak yang dilahirkan, ada tempat untuk 'membuang'nya.

Boleh fikir dan boleh renung. Namun di sini, Muthiah tidak mahu menulis tentang isu baby hatch.

Muthiah ingin berbicara tentang TARBIAH ~ pendidikan akhlak... pendidikan yang membawa manusia kepada ISLAM... pendidikan yang boleh mendorong manusia kepada ALLAH dan jalan-NYA.

Sekiranya OrphanCARE bercadang hendak mewujudkan banyak lagi pusat perlindungan bayi di seluruh negara... apa kata kita tambah satu lagi cadangan?

Hehe...

JOM GEMPUR... JOM PERHEBAT DAKWAH DAN TARBIAH.

Macam mana?

Setiap orang perlu memainkan peranan masing-masing. Bukankah "Barangsiapa yang mengucapkan 'Tidak ada TUHAN melainkan ALLAH', dia adalah PENDAKWAH."?

Sampaikan dan terus sampaikan kebaikan walau seayat. Meski kita bukanlah ustaz ustazah, kita juga boleh mengajak manusia lainnya kepada kebaikan.

Macam mana???

Si ibu bertanya, "Milah hendak ke mana malam-malam begini?"
"Keluar, Mak," jawab si anak pendek.
Mata si ayah membulat. Dia memandang jam di dinding. "Pergi mana pukul 12.00 malam?" Si anak terus berdegil. Dia pun cepat-cepat berjalan ke muka pintu. Ayah dan ibu bagaimana? Biarkan sahaja? Atau, si ayah tarik tangan dan pukul anak yang biadap itu. Huhu.... bukan tidak mahu pukul. Silap hari bulan, jadi macam Mael XPDC. Dikenakan tindakan kerana memukul anak sendiri. Sudahlah duit tidak ada. Dipenjara pula...

Fikir-fikirkan...

Jadi...

Hehe... Muthiah ulang JOM GEMPUR... JOM PERHEBAT DAKWAH DAN TARBIAH.

Akhbar boleh main peranan. TV pun boleh main peranan. Tidak ada lagi cerita yang melalaikan. Tidak ada lagi kisah-kisah yang melekakan. Apa-apa yang disajikan adalah sesuatu yang mendamaikan. Bukan sesuatu yang bisa mendorong orang lain bermaksiat kepada ALLAH.

Renung-renungkan...

Hmmm.... bukan akhbar dan televisyen sahaja tetapi kita semua. Tunjukkan akhlak yang baik. Hindari diri daripada sesuatu yang dilarang ALLAH. Sampaikan kebaikan walau seayat. Cegah kemungkaran kalau mampu melakukannya. Kalau tidak mampu, bencilah kemungkaran itu sedalam-dalamnya dalam hati. Berdoa pada ALLAH agar dihindari perbuatan sebegitu. Dan.... peliharalah diri daripada sesuatu yang salah ~dari sekecil-kecil perkara.

Fikir-fikirkan...

Hehe... renung dan fikir sahaja. Ya... Muthiah hendak kita sama-sama fikir, renung dan buat. Hehehe...

Muthiah : Kadang-kadang tidak buat. Atau selalu?
Labels: | edit post
0 Responses