Stres!
Monday, December 17, 2012
Assalammualaikum. Apa macam? Muthiah... Alhamdulillah.
Semalam, Muthiah berkata kepada suami, "Apabila Muthiah stres dan tak dapat hadapi stres tersebut, maknanya Muthiah jauh dengan TUHAN kan?"
Suami mengiyakan.
Ya. Hamba yang dekat dengan ALLAH, insya-ALLAH dapat menangani/ mengawal tekanan dengan baik. Tekanan itu bukan menjauhkan dia daripada ILAH bahkan menjadikan dirinya semakin akrab dengan TUHAN-nya.
Kerana dia pasti...
ALLAH ada melihat, mendengar dan mengetahui. Dia tahu, ujian yang datang terhadap dirinya adalah tanda cinta TUHAN kepada-NYA. Maka, dia tidak akan cepat melatah. Dia bersedih hati tetapi tidak berlebih-lebihan dalam melayan perasaan. Dia juga tidak menjadikan orang lain sebagai mangsa dek kerana tekanan yang dihadapi. Habis perkara ingin diungkitnya sedang dia lupa... ungkitan itu menyebabkan pahala kebaikan yang pernah dilakukan dahulu entahkan ada, entahkan sudah menjadi sia-sia. Sesungguhnya, ALLAH lebih tahu.
Jadi, bagaimana?
Daripada mencari salah atau kelemahan orang lain -> untuk menutup kelemahan sendiri...
mengguris hati dan perasaan orang lain dengan kata-kata -> untuk menghibur hati sendiri...
fikir yang melampau-lampau tentang tekanan yang dihadapi -> sampai mengabaikan selainnya.
Dia memilih untuk sujud dan berharap kepada-NYA. Dia tahu... dia sama sekali tidak sendiri.
Alahai, sudah cuba mendekat tetapi tetap stres!
Dia tidak berputus asa. Dia terus berusaha menghampirkan diri kepada-NYA... merintih, merayu... moga ALLAH memberi kekuatan. Moga ALLAH memakbul doa. ALLAH tahu kita mampu menghadapinya (ujian itu). ALLAH juga mahu menaikkan darjat kita di sisi-NYA. Bukankah ALLAH dekat dengan hamba-hamba-NYA yang sabar?
"Tidak AKU bebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya." (2:286)
Jadi...
Muhasabah jom kita muhasabah balik.
Bagaimana hubungan kita dengan ALLAH?
Sejauh mana kita merintih dan merayu kepada ALLAH?
Setakat mana kita redha dengan ketentuan-NYA?
Adakah kita bertawakal kepada ALLAH setelah berusaha?
Hmm... mudahlah tulis. Cuba hadapi sendiri.
Itulah. Memang senang hendak mencoret mata pena... mudah sangat mengungkap kata-kata tetapi motivasi apa lagi yang boleh Muthiah kongsikan agar diri Muthiah dan rakan-rakan tidak berputus asa tatkala berhadapan dengan tekanan?
Tepuk dada, tanya iman. Moga ALLAH pilih kita menjadi salah seorang hamba yang tidak berputus harap terhadap DIA.
Muthiah : ALLAH BAGI APA YANG KITA PERLU...
- ALLAH masih memberi peluang untuk menghirup udara-NYA yang segar.
- ALLAH kurniakan suami yang sangat baik dan penyayang. Moga sampai bila-bila, insya-ALLAH. Doakan kami.
- ALLAH tidak biarkan Muthiah lama tersungkur, ketika Muthiah terlupa. ALLAH hadirkan seseorang yang bisa menarik lengan Muthiah dan terus berdiri tegak.