Ah, suka benar tag gambar!
Tuesday, December 18, 2012
Assalammualaikum. Mulakan harimu dengan senyuman. Suami cakap, apabila Muthiah berada dalam keadaan normal, akan tampak masam (silap hari bulan, boleh dikatakan sombong). Suami sarankan Muthiah membiasakan diri membuat senaman mulut. Jadi, orang akan nampak kita sentiasa tersenyum.
SENYUM....
Okey. Hari ini, Muthiah ingin menulis tentang FB namun sebelum itu, Muthiah ingin bertanya beberapa soalan.
Pernah kena tag gambar di FB?
a) Ya.
b) Tidak.
Orang tag apa?
a) Gambar orang lain (tidak ada kaitan dengan kita).
b) Gambar kita pada album orang lain.
c) Gambar produk (produk kecantikan, buku dll) yang hendak dijual.
d) Gambar promosi skim cepat kaya.
e) ____________________________
Apa perasaan kita?
a) Tidak kisah asal tidak menyakitkan hati kita.
b) Tidak suka. Gambar kita dalam album tu tidak cun.
c) Marah. Kenal tak. Bertegur tak. Tup-tup, tag nak jual barang.
d) Tidak apa. Kawan kita nak buat promosi. Kalau bukan kita yang tolong, siapa lagi?
e) Benci. Mencacatkan wall kita.
f) Dilarang tag pada wall saya!
g) ______________________
Apa yang kita buat setelah ditag?
a) Buat tak kisah.
b) Untag gambar yang ditag.
c) Maki kaw kaw dekat komen gambar yang ditag. Kau siapa?
d) Report spam.
e) Mesej orang yang tag dan nyatakan isi hati kita yang tidak suka tu. Kena jaga aib orang juga. Maka, secara senyap-senyaplah.
f) ____________________
Apa kita buat apabila kita tetap kena tag (walaupun sudah dinyatakan baik-baik agar TIDAK TAG GAMBAR)?
a) Remove friend.
b) Block friend.
c) Marah dekat komen - Tolong jangan tag saya lagi!
d) Pos dekat wall orang yang tag - Saya tak suka awak tag gambar pada FB saya. Saya tak kenal awak.
e) __________________
Blablabla...
Di sini, Muthiah ingin berkongsi satu cara untuk hide gambar-gambar yang ditag. Mungkin ada yang sudah tahu tetapi bagi yang masih belum maklum.
Jeng jeng jeng...
1. Klik Privacy Settings
2. Klik Edit Settings pada Timeline & Tagging
3. Klik pada Riview posts friends tag you before they appear on your timeline. Jadikan Enabled (seperti contoh di bawah). Apabila sudah tercatat on, klik Done.
4. Daripada Disabled, jadikan Enabled.
5. Setelah itu, kita akan mendapat Notification bahawa Polan binti Polan tag kita. Jika kita tidak mahu gambar itu terpapar pada wall kita, klik pada Hide. Jika kita tidak kisah, klik pada Add to Timeline.
Mudah bukan?
Alah... kita masih menerima Notification pada gambar yang ditag!
Ada dua cara untuk menyelesaikannya iaitu :
1. Klik Unfollow pada atas komen. Jadi, anda tidak akan mengikuti komen pada gambar tersebut.
2. Klik Option, kemudian klik pula Remove/ Report Tag seterusnya klik Continue.
Akhirnya...
Selesai sudah. Moga kan mendapat manfaat daripadanya. Jangan stres dengan tag yang banyak. Elakkan memaki hamun orang yang tag kita. Khuatir, bisa meruntuhkan tali persahabatan. Cakap elok-elok. Kalau tidak suka, boleh nyatakan hak anda tetapi perlulah dengan hikmah. Apa yang anda buat, sedikit sebanyak menunjukkan keperibadian anda. Sekiranya tidak mampu untuk bersuara, perkongsian di atas rasanya boleh membantu.
Muthiah : Dulu, suka tag famili dan kawan yang dirasa akrab. Sekarang, suka tag famili sahaja. Sebab... kita tidak tahu apa yang ada dalam hati manusia.