Ipoh - Putrajaya - Terengganu - Ipoh
Monday, December 10, 2012
Assalammualaikum. Akhirnya... setelah dekat seminggu bercuti di kampung, Muthiah akhirnya kembali ke rumah. Penat berperjalanan tetapi seronok. Dalam masa yang sama, banyak kerja (penulisan) yang ketinggalan. Inilah pilihan Muthiah **... maka, Muthiah perlu berusaha lebih gigih selepas ini. Caiyok!
** Apabila memilih untuk balik kampung, usahlah mengeluh atau merungut apabila kerja tidak siap. Begitu juga hendaknya apabila memilih untuk tidak bekerja, blablabla.. Kesimpulannya, redha dengan ketentuan ALLAH untuk diri kita.Okey, diri! Ingat tu :)
Hmm...
Hajat di hati, hendak sambung kerja mengedit MJB tetapi banyak perkara yang perlu disetelkan. Iyalah. Agak lama meninggalkan rumah. Bak kata suami, "Kalau dahulu, jika dapur tak berasap maknanya tak ada pitih. Sekarang, dapur tak berasap bererti tidak ada bini." Hahaha...
Okey. Hari ini, Muthiah ingin berkongsi pengalaman perjalanan Muthiah dari Ipoh... sampailah ke kampung, Sungai Tong kemudian sampai ke Ipoh semula. Manalah tahu. Boleh dibuat rujukan jika ada yang mahu berperjalanan.
5 Disember 2012
Suami ada miting di Putrajaya. Mengikut perancangan asal, suami ingin balik bersama-sama. Namun tup-tup, ada miting lagi pada 6 dan 7 Disember. Oleh sebab sudah lama Muthiah tidak pulang ke kampung, suami pun izinkan. Yahu!
"Terima kasih, Abe."
Muthiah memang rindukan papa, mama, juga adik-adik Muthiah.
Perjalanan pun bermula...
Muthiah mengikut suami ke Putrajaya. Seawal jam 5.30 pagi, kami sudah bersiap sedia untuk bertolak dengan kenderaan jabatan. Sebaik sahaja sampai di Putrajaya, suami menghantar Muthiah ke rumah pak cik Muthiah.
9.00 malam... Muthiah naik bas Konsortium E-Mutiara. Tambang bas pula sebanyak RM49.50. Destinasi terakhir bas ini ialah Bandar Permaisuri. Muthiah turun di Kampung Sungai Tong. Ada peristiwa menarik di sini...
Dalam jam 5.30 pagi, 6 Disember 2012... mama Muthiah menghantar sistem kiriman ringkas...
Kakak ada di mana?
Muthiah kemudiannya menjawab penuh yakin...
Dah lepas Batu 6.
Maknanya, jauh lagi. Muthiah kemudiannya mengintai ke luar jendela bas. Huh! Banyak sungguh bendera satu parti politik dikibarkan. Muthiah mencebik. Entah. Tidak suka tengok.
Kata Muthiah dalam hati, "Hisy, kampung siapalah yang semangat benar ni..."
Namun!
Dengan tidak semena-mena, Muthiah terperasan akan sesuatu. Muthiah kenal dengan rumah itu, dekat dengan kubur arwah mama. Muthiah segera berdiri...
"Alamak! Kampung aku..."
Pengajaran yang boleh diambil : __________________________ (Fikirlah sendiri).
Sebelum Muthiah terlupa, di Putrajaya Sentral, Muthiah dipesan beberapa kali oleh pak cik Muthiah dan pak cik teksi..
"Pastikan cari bas sebab tak ada pengumuman."....
"Banyak dah orang yang kena tinggal bas."
Jadi, sesiapa yang naik bas ekspres di Putrajaya Sentral, kena peka dengan kehadiran bas. Ingat!
Anda mencari bas, bukan bas yang mencari anda.
Mungkin pihak Putrajaya Sentral boleh lakukan sesuatu untuk menyenangkan para penumpang yang hendak naik bas ekspres.
Satu lagi info tambahan, tambang teksi dari Presint 5 (dekat PICC) ke Putrajaya Sentral ialah RM14.00. Pak cik Muthiah cakap RM13.00 sahaja. Tidak apalah. Rezeki pak cik tersebut.
6 Disember 2012
Alhamdulillah. Hari ini, sepupu Muthiah, Ala telah sah menjadi isteri buat Azwan. Muthiah tidak dapat hadiri majlis sebab perlu menjaga adik-adik di rumah. Tidak apa....
7 Disember 2012
Muthiah dan keluarga ke Jertih sesudah solat Zohor. Kami bermalam di Hotel Impian, letaknya tidak jauh dari Stesen Petronas Jertih. Maaf. Muthiah lupa untuk mencatat kadar bayaran bilik untuk semalaman. Biliknya tidak besar mana... tidak ada Astro juga tetapi okeylah.
8 Disember 2012
Jeng jeng jeng...
Majlis yang dinanti dan ditunggu akhirnya tiba. Tahniah kepada pasangan pengantin. Semoga berbahagia sampai ke syurga, Ala dan Azwan.
9 Disember 2012
Muthiah balik Ipoh naik Bas Ekspres Kesatuan dari MBKT. Sebenarnya, ada bas (katanya, bas SP Bumi) ke Ipoh dari Bandar Permaisuri (lokasinya lebih dekat dengan rumah Muthiah) tetapi tiket habis terjual. Jadi, hendak tidak hendak, terpaksa naik di Bandar Kuala Terengganu. Tempoh perjalanan dari rumah Muthiah ke Kuala Terengganu lebih kurang 45 minit.
Info Bas Ekspres Kesatuan
Pejabat KL : No. 58 Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur
Kaunter : 29; Tel : 03-20786642/ 016-5217774
Ipoh (Tel) : 05-3188750, 016-5217773
Peringatan : Pendingin hawa bas ini sangatlah sejuk. Pastikan bawa baju sejuk. Tidak cukup! Kena bawa toto. Bas ini berhenti selama setengah jam di D'Cherating.
Oleh sebab bas ke Ipoh ikut Gerik sudah penuh, Muthiah pun naik bas ke Ipoh melalui Kuantan. Tambang bas Kesatuan ini ialah RM57.20. Destinasi yang bas ini pergi ialah Kuantan, Tanjung Malim, Bidor, Tapah, Kampar, Gopeng, Ipoh dan Sri Iskandar.
Muthiah sampai rumah pada jam 6.30 pagi di Medan Gopeng. Alhamdulillah. Hore....
Muthiah : Sayang pada mereka yang menyayangi.
Patutlah lama tak update blog.
Tahniah untuk ulasan buku akak yang masuk Berita Harian, hari Jumaat lalu. Ayah, Amir nak masuk U!
Ehe. Itulah pasal :)
Oh, ya ka? Alhamdulillah. Kenapa akak selalu ketinggalan zaman bab karya sendiri ni? Huhu... nak minta scan ulasan, segan tapi kalau berkelapangan, tolong ya. Nanti kalau jumpa, akak belanja, insya-ALLAH. Insya-ALLAH nak cari juga dekat perpustakaan. Nak tengok!
Okey. Selamat berkarya. Akak sekarang, tengah edit manuskrip MJB. Doakan ya :)