Lelaki pemimpin bagi wanita

Assalammualaikum. Mulakan harimu dengan senyuman. Apa macam? Oh, hari ini Muthiah kemaskini blog dahulu. Mula-mula, hendak masuk pejabat awal. Maklumlah, target hendak menyudahkan kerja sebelum berpindah. Ya! Insya-ALLAH, Muthiah dan suami akan berpindah buat kali yang ketiga. Doakan ya. 

Perasaan? Entah. Satu perkara yang boleh Muthiah simpulkan daripada apa yang ALLAH tetapkan oleh ALLAH buat Muthiah...

ALLAH BAGI APA YANG KITA PERLU, BUKAN APA YANG KITA MAHU.

Sekiranya ALLAH makbul doa awal (apa-apa yang kita mahu), bermakna... ALLAH tahu yang kita sudah bersedia untuk itu. Sekiranya belum dapat apa yang diingini, usaha lagi. ALLAH kan ada. Maka, yuk... bersangka baik pada ALLAH sentiasa (peringatan untuk diri Muthiah).

LELAKI PEMIMPIN BAGI WANITA

Cuba tanya pak cik google. Banyak juga artikel tentangnya. Namun hari ini, Muthiah ingin berkongsi sesuatu yang berlaku dalam hidup Muthiah sendiri. Pasti! Ada kaitan dengan entri hari ini. 


Alamak! Ada tahi cicak dalam kolam bilik air. Muthiah (wakil wanita) cuba untuk membuang air tersebut. Namun, tidak berjaya. Cuba dua tiga kali. Pun belum berhasil. Maka, Muthiah pun mengambil kertas lalu menulis...

Sila jangan guna air. Ada tahi cicak. Tak dapat buang air dekat bawah tu. TQ.

Apabila suami balik dari kerja, suami pun berkata, "Ada arahan daripada pihak perbandaran ke ni?" Muthiah buat tidak tahu sahaja.

Malamnya, suami (wakil lelaki) pun cuba menyelesaikan masalah besar yang Muthiah hadapi. Sekali, tidak berjaya. Kali kedua, pun sama. Entah macam mana suami buat, tup-tup esok selesai masalah. 

Hmm...

Kesimpulan daripada cerita di atas...

  • Hidup berumah tangga perlu saling membantu dan melengkapi.
  • Usaha tangga kejayaan.
  • Lelaki akalnya panjang, perempuan emosinya lebih.

Okey. Maaf atas keterlanjuran kata. Selamat bekerja :)
Labels: | edit post
0 Responses