Putus sudah kasih sayang (i)


Assalammualaikum, semua? Apa khabar? Mulakan harimu dengan :

1- Mengingati Allah.
2- Maafkan mereka di sekeliling kita.
3- Ceria dan gembira.
4- Optimis dalam kehidupan.

Baru-baru ini, Muthiah dihubungi oleh seorang teman (eh, dua oranglah….)… Teman yang berhadapan dengan krisis dalam percintaan.

Si gadis… merasakan diri dianiaya… dizalimi… diperkotak-katikkan. Sungguh! Muthiah benar-benar simpati dengan apa yang telah menimpanya. Dengan usia yang semakin meningkat (tetapi bagi Muthiah, masih muda lagi ~ baru 25 tahun), ia merasakan hala tuju perkahwinannya entah ke mana.

Si gadis… meluahkan rasa hati. Mungkin tidak menyeluruh tetapi sudah cukup menggambarkan keperitan yang dialaminya. Meskipun Muthiah belum cukup dapat menyelami, sedikit sebanyak masih dapat menghayati (Maklumlah… bertalu-talu mesej Muthiah terima daripadanya). Ia benar-benar kecewa. Tambahan pula, permasalahan ini turut melibatkan ibu dan bapa. Iyalah…lazimnya… bilamana kita sendiri yang mendepani sesuatu masalah, kita mungkin kuat tetapi tatkala melibatkan emak dan ayah… semakin kompleks jadinya. Anak mana sanggup melihat ibu dan ayahnya kesedihan???

Si gadis… mahukan jawapan yang pasti tetapi si teruna sepi membisu.. membuatkan si gadis semakin tidak keruan.

Si gadis… Ah!!!! Satu kenyataan yang membuatkan Muthiah terkedu sendiri, “Kalau beginilah keadaannya, saya tidak mahu berkahwin sampai bila-bila…”

Alahai teman Muthiah sayang….

1- Sabarlah… setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Hanya ini yang mampu Muthiah katakan… Sabar dan terus sabar…

2- Dalam apa jua kondisi, kembalilah kepada Allah. Merintih dan merayulah kepada-Nya. Mohon agar dikurnia kekuatan dan ditunjuk jalan. Berdoalah kepada Tuan Punya alam ini… Moga-moga kan diteguhkan iman… dicampakkan rasa taqwa dalam diri.

3- Usah sekali-kali berputus asa dan kecewa. Allah sayang… Allah cinta… Dia mahu membangkitkan kita dari leka. Dia mahu kita kembali mengharap kepada-Nya. Mungkin sahaja saat kita riang, kita terlupa akan kewujudan-Nya sedang Dia ada di mana-mana.

4- Maafkan mereka … serahkan segalanya kepada pengitungan Allah. Percayalah. Allah Maha Tahu… Allah Maha Adil… Dan Allah jua lebih arif dalam menentukan yang terbaik buat hamba-hamba pilihan-Nya.

5- Luahkan rasa sakit itu kepada Allah. Ya! Dia sentiasa dekat dengan kita. Lebih dekat daripada ibu/ ayah/ adik kita… Lebih dekat daripada urat merih kita…

Hmmm....

Si gadis tetap mahu meluahkan rasa tidak puas hatinya… Bukan itu sahaja, terpacul dari bibirnya, ‘Bagaimana kalau hal sedemikian berlaku kepada Muthiah? Apa perasaan Muthiah?’…

Bersambung….

Muthiah : Apa perasaan Muthiah???
Labels: | edit post
0 Responses