How to start? (ii)


2- Apakah yang kita minat?

~ Sembang santai, informasi tentang tarbiyah, maklumat tentang Islam, analisa, cerpen, novel, penulisan skrip ….

Bilamana kita minat dengan sesuatu, kita akan berasa seronok untuk melakukannya. Bukan itu sahaja, kita akan cuba untuk membuat yang terbaik. Kita berusaha keras untuk itu. Inilah kelebihannya membuat sesuatu yang kita suka. Kita tidak akan berasa bosan. Kalau bosan sekalipun, kita tahu bagaimana hendak membangkitkan kembali mood menulis.

Sekiranya ingin menulis sesuatu yang tidak kita minati, buatlah kajian. Tanyalah mereka yang lebih arif dan sematkan tekad yang kuat dalam hati. Sekali kita melangkah, elakkan daripada berundur (melainkan kita benar-benar tidak mampu lagi untuk mendepaninya).

3- Apakah yang mampu kita tulis?

~ Kita mahu tetapi kita tidak tahu. Kita tidak tahu apa yang boleh kita coretkan. Kita tidak tahu apakah minat kita yang sebenarnya. Yang pasti, kita mahu menulis. Hmmm… kehendak dan keinginan sudah ada. Bagus. Kita MAHU dan kita HENDAK tetapi TIDAK TAHU…

Jadi, tulislah apa-apa yang sudah kita ketahui (punya ilmu tentangnya). Contohnya, kita boleh menganalisa sesuatu dan kaitkannya dengan hal semasa. Jadi, mulakan menulis tentang perkara itu. Contoh lain… kita punya banyak informasi tentang tarbiyah. Maka, tidak salah menterjemahkan kefahaman kita itu melalui penulisan. Boleh jadi kita tidak berapa pandai menulis tetapi percayalah… latihan yang berterusan bisa menajamkan penulisan kita. Tidak semua orang sukakan penulisan kita dan tidak semua orang juga tidak menggemari coretan kita.

Apa yang penting, matlamat kita dalam penulisan perlu jelas. Kalau kita menulis kerana hendakkan duit… Insya-Allah, itulah yang kita akan dapat. Kalau kita hendak menyentak hati pembaca terhadap tulisan kita (agar mereka mengingati Allah)… Insya-Allah, bilamana Allah mengizinkan, mad’u itu akan tersentak dan kembali ingat. Kita boleh sahaja mengingatkan manusia dengan penulisan kita. Boleh juga membawa mereka kepada Allah bilamana mereka lupa. Bukankah selaku manusia yang lemah lagi hina, kita acap kali teralpa dan terleka?

Bersambung…

Muthiah : Acap kali juga teralpa dan terleka.
0 Responses