Malas (ii)


Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Hmmm… minggu-minggu sebelum ini, Muthiah ada berbicara tentang malas ~ malas hendak mengaji. Ingat lagi? Hmmm…

Muthiah muhasabah kembali. Dua situasi yang berbeza :

1- Malas beribadah (Contoh : Mengaji, solat sunat dan lain-lain)
2- Malas buat kerja (Contoh : Perlu siapkan ABM ~ contoh sahaja, ya)


Malas beribadah (mengaji)

Kita malas mengaji dan kita biarkan diri kita dikuasai rasa malas itu.

Macam mana?

~ Kita tidak mengaji. Kalau sebelum ini kita membaca Al-Quran 1 juz sehari, disebabkan rasa malas… jadilah satu muka surat sehari. Paling parah… tidak baca langsung!

All out untuk tetap mengaji?
~ Ya. Kita mahu istiqomah dalam setiap amalan kita. Syabas!
~ Tidak. Kita betul-betul malas dan tidak punya hati untuk melakukannya. Lagipun… letih bangat… Hmmm…

Malas bekerja (siapkan laporan ABM)

Kita malas… tetapi kita perlu menghantar laporan tersebut kepada ketua sebelum tarikh sekian sekian sekian. Jadi, hendak tidak hendak… kita TERPAKSA menyiapkannya. Kita tidak punya ruang untuk mengelakkan diri. Memang kerja dan tanggungjawab kita. Kalau tidak, kita juga yang akan dipersoal kelak. Iyalah… kerja tidak dibereskan.

Justeru, kita melawan perasaan malas tersebut. Tetap malas? Hmmm… tidak boleh tidak! Kita perlu mengatasi ‘masalah besar’ ini. “ABM mesti disiapkan pada waktunya…”

Apakah yang boleh sahabat-sahabat semua simpulkan? Hmmm…

Benar… apa yang diperintah Allah, mata kasar kita acap kali tidak dapat melihat kemanfaatannya. Mungkin sahaja ketenangan hati itu (bilamana kita membaca Al-Quran) belum cukup besar impaknya bagi diri kita berbanding dengan laporan kerja yang perlu disiapkan. Iyalah… Kalau laporan tidak siap, kitalah yang menempah nahas. KPI jatuh. Prestasi merundum. Bos pun pandang semacam. Hal-hal ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada kerjaya kita.

Hmmmm…

Kita mungkin tidak nampak syurga dan neraka tetapi yakinlah bahawa syurga dan neraka itu ada ~ disediakan buat makhlukan di atas muka bumi ini. Tidak terkecuali diri kita :)

Kita mungkin tidak nampak impak daripada mendekatkan diri kepada Allah melalui ibadah-ibadah seperti mengaji, solat sunat dan lain-lain tetapi percayalah… bilamana kita dekat dengan Pencipta alam ini, urusan kita pasti kan dipermudahkan-Nya (Al-Insyirah : 1-8). Boleh jadi sukar tetapi Allah bisa menunjukkan jalan buat kita. Apa yang penting, kita tidak berputus asa dalam melakukan yang terbaik di samping banyak bermunajat memohon pertolongan daripada-Nya.

Fuh… panjang pula rasanya. Apapun… fikir-fikirkan wahai teman.

Muthiah : Tidak mampu buat semua, usah tinggalkan segalanya.
Labels: | edit post
0 Responses