Tandas... UWEK....
Tuesday, November 10, 2009
Assalammualaikum… huhu… sebenarnya, Muthiah sibuk bangat tetapi memang tidak ada mood hendak masuk ‘office’. Sebenarnya, rasa telah ‘membazirkan’ masa tetapi… CANNOT GO daa :(( Esok pula, Muthiah dan suami akan ke Kuala Lumpur (menghadiri satu majlis perkahwinan) manakala lusa… huhu… perlu ambil kelas 6 jam memandu.
Hmmm… sedikit sahaja perkongsian pengalaman daripada Muthiah hari ini ~ tentang tandas… remeh tetapi begitu ramai yang melupakannya.
Bagaimana rasanya bilamana memasuki tandas awam???? Sekiranya diberi peluang untuk menilai, mana satu pilihan kita??
A : 80 -100 ( )
B : 60 – 79 ( )
C : 40 - 59( )
D : 20 – 39 ( )
E : 0 – 19 = GAGAL ( )
Baru-baru ini, Muthiah dan suami telah singgah ke sebuah masjid yang terletak di …. untuk menunaikan solat Zohor (dan berehat) …. Subhanallah, cantik bangat masjid tersebut. Sudahlah dikelilingi oleh pemandangan yang permai, tasik nan indah. Ditambah dengan senibina masjid yang begitu mengagumkan. Maklumlah, bukannya calang-calang tempat. Muthiah sangat suka hati.
Namun…. Apabila Muthiah memasuki tandas… huhu…. Penuh tisu di dalam mangkuk tandas sedang di hadapan pintu tandas, sudah tersedia bakul sampah. Salah siapa????
Jadi….
Kita bukan mendambakan tandas yang berkilat 24 jam tetapi biarlah bersih daripada sesuatu yang tidak sepatutnya.
1-Jangan buang tisu/ tuala wanita/ pampers bayi ke dalam mangkuk tandas. Kalau tersumbat???? Pihak masjid … pengguna lain yang susah. Puncanya?? Diri kita… orang lain memang tidak nampak tetapi ingatlah… Allah tetap melihat.
2-Sila flush setelah menggunakan tandas. Kalau rosak, siramlah dengan air agar tidak meninggalkan bau atau apa-apa yang tidak sepatutnya.
3-Pastikan tisu yang telah digunakan untuk mengelap/ mengesat pipi kita (sesudah touch up) tidak diletakkan sewenang-wenangnya di atas sinki tandas. Buanglah ke dalam tong sampah yang telah disediakan. Tidak susah, bukan?
OK… moga kita akan menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Sama-samalah kita menjaga kebersihan tandas awam sebagaimana kita menjaga kebersihan tandas rumah kita. Kalau dua-dua kotor??? Huhu… “Tak dapat den nak nulong”…
Muthiah : Sental punya sental tetap tidak berkilat… Huhuhu…