Ciri-ciri sahabat Nabi


Assalammualaikum. Hmmm.... ada yang sedang senyum seorang diri??? Kenapa, ya?

Jom. Hari ini, Muthiah ingin menulis tentang ciri-ciri sahabat Nabi. Afwan, Muthiah lupa siapakah yang menyampaikan pengisian ini. Alih-alih, ada dalam buku nota Muthiah (ada 10 buah semuanya).

1- Merasai kehidupan di dunia adalah sementara dan hanya kehidupan akhirat yang kekal abadi.

i) Umair bin Hamam buang kurma yang ingin dimakannya sebab bersemangat untuk turun ke medan perang (Perang Badar) - Afwan, kalau ada kesilapan pada ejaan nama.

ii) Sahabat berhijrah ke Habsyah -> Mekah -> Madinah ketika pergolakan berlaku di Mekah dengan meninggalkan harta benda.

2- Miliki amal yang istimewa.


i) Bilal bin Rabah : Akan menunaikan solat sunat selepas mengambil wuduk.

ii) Uthman bin Affan : Korbankan harta dan kekayaan demi Islam. Uthman telah membeli kolam Bir Ruma dari seorang Yahudi untuk diinfakkan kepada Islam. Bukan itu sahaja bahkan Amirul Mukminin ini juga telah membeli 5 buah rumah (sederet dengan masjid) untuk membesarkan masjid Madinah.

3- Akui kesalahan dan menghukum diri.

i) Abu Dzar gemar mengejek Bilal yang hitam. Nabi SAW menegurnya dengan berkata bahawa tindakan itu adalah ciri-ciri jahiliah. Maka, Abu Dzar pun meletakkan muka di atas tanah dan meminta Bilal memijaknya.

4- Mempunyai tanggungjawab besar dalam Islam.

i) Tunai amanah dalam Islam.

ii) Peranan khalifah Allah di muka bumi - abdikan diri kepada Allah, memakmurkan alam serta berdakwah.

5- Berlumba-lumba melakukan kebaikan.

i) Lihat kepada sahabat Ansar yang menerima kehadiran Muhajirin ~ lebih mengutamakan tetamu.

Muthiah : Hmmm... serah 150% kepada Allah.
Labels: | edit post
0 Responses